Kebelakangan ni Mrs. Ijau dah selalu minta "cuti rehat" memasak juadah berbuka puasa. Semalam (Rabu 10/8/2011) lepas balik kerja, Mrs. Ijau ajak singgah bazaar Ramadhan Medan Raya (lagi sekali), katanya teringin nak makan char koey teow. Kebetulan minggu lepas dia ada terbaca entri pasal char koey teow "rage" dalam blog Geng Kereta Sapu.
Dalam perjalanan ke bazaar Ramadhan, aku terjumpa restoran ni. Oh di sini rupanya restoran D'Manis, nampak gempak juga hiasan dalaman dan papan tanda restoran ni. Nanti ada masa aku nak cuma makan di restoran ni, kalau best boleh masuk dalam entri AADI nanti. Tiba-tiba terlintas di hati nak "siasat" nasi briyani D'Manis seperti dalam entri yang lepas.
Jadi, gerai pertama yang dikunjungi tak lain tak bukan gerai nasi briyani D'Manis, beli nasi briyani berlaukkan ayam madu. Secara peribadi, ayam madunya biasa-biasa saja, dalam skala 10 (ayam madu Abu Nasi Kandar sebagai penanda aras berskala 10/10), ayam madu D'Manis ni aku bagi skala 7/10. Nasi briyaninya kurang sedap berbanding nasi Briyani Raja, tapi ia hanyalah pendapat peribadi aku.
Mizel Cafe & Catering, ni gerai makcik yang jual di kantin Jabatan Perhutanan seberang pejabat aku. Memang selalu sangat makan nasi ayamnya, jadi tak terliur nak makan nasi ayam petang ni. Tapi cendol yang dijual nampak best, walaupun dah standard harga Bintulu sebungkus kecil tu RM2.00 mau tak mau beli juga, Mrs. Ijau pula beli rojak buah.
Tebu bandung? Kali pertama aku nampak, tapi tak pula teringin nak beli.
Ya ini dia gerai yang dicari-cari! Tapi aku rasa tak payah letak perkataan "Penang" tu lagi bagus... Eh? Ada nasi baryani gam? Akan "disiasat" kemudian (apa beza briyani dan baryani?). Deliciou$?
Walaupun aku dah warning pasal kuantiti char koey teow per harga di gerai ni yang tak munasabah, tapi Mrs. Ijau masih berkeras nak beli, "kalau sedap berbaloilah RM4.oo walaupun sedikit" katanya... Lagipun aku rasa cuma gerai ni saja yang menjual char koey teow di bazaar ni.
Sebagai tradisi char koey teow "Penang", ia hanya akan dimasak bila dipesan oleh pelanggan. Aku perhatikan cara ia dimasak, okelah boleh dikira ala "Penang" jugalah walaupun dapur gas yang digunakan bukan jenis dapur gas "api jet", jadi koey teow yang dimasak tak berapa hangus (hence the word char) seperti yang dijual di tepi-tepi longkang di Penang - char koey teow longkang, melekat dah nama ni, betul tak Muspeed?
Korawk dan Rizal X86, sekurang-kurangnya char koey teow ni ada udang.
Ya, memang benar kuantitinya sejemput saja seperti yang dilaporkan dalam entri blog Geng Kereta Sapu. Dengan harga RM4.00 aku rasa tak berbaloi (sedap atau tidak itu belakang kira), bagi aku kalau RM3.00 masih boleh diterima, tapi memandangkan bumi yang aku pijak ni bernama Bintulu, memang tak hairan kalau harga barang-barang mahal, termasuk harga makanan. Alasannya, orang-orang Bintulu kaya-raya sebab kerja minyak dan gas...
Oh ya, rasa? Aku bagi skala 6/10 walaupun Mrs. Ijau bagi skala 8/10, mungkin disebabkan dia belum pernah makan char koey teow longkang Penang lagi. Aku malas nak sebut pasal "Penang" depan Mrs. Ijau, sebab mesti dia akan tuntut janji aku dulu (sebelum kahwin) nak bawa berbulan madu ke Penang, hehehe. Well, that was another story...
[Diari Ramadhan 1432H entri #9]
_____
Ada apa: Dengar-dengar Oriaj ada bisnes nasi briyani di kampung, betul ke?
10 komen:
errrrr no komen
Abu tu hang letak 10!!!!!??? Biar betul ijau.. nanti aku kena pi test jugak lah.
oriaj:
xsmpt la aku merasa briyani power
muspeed:
ayam madu abu biasanya akan sold-out sblm pkl 7mlm, so hang kena dtg awal
sekor je udang??
bro kau tau tak kalau wanita mengandung tak larat puasa dia dibenarkan tak puasa?
Wife aku pun mengandung sekarang dan banyak hari dia tak puasa.
Untuk keselamatan beliau dan baby.
korok:
2 ekor, ada sekor lg di ujung tu
dr. ben:
err... mrs. ijau blm ngandung lg :) atau blm ada tanda2 menunjukkan dia ngandung
aku rasa lepas raya nanti adalah entri ngandung2 tu.... tapi aku tinguk ko ni yang daha ada tanda2 ngandung
aku pun suka gak char kuew tiaw yg kau maksudkan di gerai tu bro...sedap tapi ciput hahahaha aiya!
aku pun suka gak char kuew tiaw yg kau maksudkan di gerai tu bro...sedap tapi ciput hahahaha aiya!
aku pun suka gak char kuew tiaw yg kau maksudkan di gerai tu bro...sedap tapi ciput hahahaha aiya!
Post a Comment