Ya bungkusan poslaju dari NoobAxe lagi...
Kali ni aku order beberapa alat-ganti elektronik untuk gitar. NoobAxe merupakan tempat utama untuk aku mendapatkan alat-ganti elektronik yang pelik-pelik.
Sebelum ni aku pernah survey harga alat-ganti elektronik di premis menjual alat muzik tempatan, malangnya harga yang ditawarkan memang "cekik leher".
Some ProLine guitar parts, made in Korea?
Two units of ProLine A taper 500k potentiometer (or just pot), a 3-way switch, (Sprague?) 473mF orange capacitor (or just cap). Btw, besar gila orange cap tu hahaha!~
Aku pernah mencari benda-benda macam ni di premis membaiki alatan elektronik (radio, TV, dll), tapi malangnya tidak ada jenis yang spesifik seperti yang aku mahu dari segi jenama, saiz, kapasitan dan rintangan.
Malam nanti bakal memulakan eksperimen lagi...
_____
Ada apa: Projek besar kali ni ye Korawk?
2 komen:
itu capacitor atau gula gula haha, tapi yang pasti ianya orange!!
itu oren aku bagi saiz yg paling kecik bai~~~ kalo yg mcm bro subV pakai lagi gedabak
Post a Comment