Jumaat (14/9/2012) - Sessi melepak bersama Calvin Chuah aka tauke
Dead Eye Guitars (DEG) di lobi Shah's Village Hotel berlarutan hampir dua jam setengah. Selain membincangkan hal-hal duniawi, kami juga membincangkan masa depan beberapa buah gitar, dua daripadanya dikategorikan sebagai B-stock.
Berikut antara gitar yang dibawa dan dibincangkan sambil melepak:
1) Ibanez "Dark Stone"
DN520K SSB (silver stream burts) - B-stock.
|
Sila abaikan model yang memegang gitar tu, hehehe... |
Gitar yang sama dalam
entri ni, seperti namanya "Dark Stone" ia merupakan gitar yang berat, tegap dan mantap, lebih berat berbanding Les Paul aku (
Goldie). Neck yang tebal, lebih tebal jika dibandingkan dengan neck Les Paul dan mungkin setebal neck gitar akustik.
Kemasan silver stream burst (SSB) yang mengiurkan. Tapi sayangnya model DN520K ni telah diberhentikan pengeluarannya (discontinued), yang masih ada cuma model
DN500 dan
DN300 berwarna hitam yang membosankan.
2) Ibanez
ART200FM VLS (violin sunburst).
Oke, yang ni bukan B-stock tapi gitar baru, gitar yang sama dalam
entri ni. Ia merupakan batch dari 2011 limited edition dan bukannya batch dari 2012 production model. Walau bagaimanapun harganya tetap sama seperti 2011 production model.
Violin sunburst flamed maple, kemasan yang agak eksotik dan menarik pada harga yang ekonomi, harganya boleh dikirakan dalam julat harga Gio series! Singlecut yang agak nipis dan ringan, lebih kurang macam LTD EC series (Eclipse). Antara gitar yang aku pernah
terGAS untuk memilikinya.
3) Epiphone Les Paul Standard Plus Top (trans-amber) - B-stock.
Epiphone buatan Indonesia, agak sedikit berbeza berbanding Epiphone buatan China (macam
Goldie aku) dari segi cantuman kayu untuk neck, 3-piece mahogany? Neck pun agak nipis berbanding
Goldie aku.
Sekali imbas kemasan flamed maple trans-amber pada Les Paul ni lebih kurang macam kemasan flamed maple lemon drop pada LTD
EC-256FM. Sekarang aku agak GAS dengan singlecut yang memiliki kemasan flamed maple. Kalau gelap sikit, mungkin ia iras-iras Les Paul
Appetite Slash.
* * * * *
Btw, apa itu B-stock? Gitar baru yang memiliki sedikit kerosakan pada kemasan - contohnya cat merekah atau terkopek (paint chipped) - yang dipulangkan semula kepada DEG oleh pembeli yang tak puas hati. Mungkin kerosakan tersebut terjadi semasa penghantaran atau kesilapan pembeli itu sendiri (tapi tak nak mengaku) - well, shit happens.
Walau bagaimanapun ia tidak mempunyai masalah lain (not affecting playability) dan dilelong pada harga yang boleh membuatkan anda tersenyum. Kalau bukan disebabkan aku dah ada "komitmen" lain, memang aku dah kebas DN520K tu!~
Entri Mini: Selamat Pengantin Baru Gapnap!
Dalam kesempatan ini, blog AADI ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada tauke
Music Master Studio (and fellow LYN forumer) Mr. Clement Cheng aka Gapnap. Lepas ni boleh
dapat tuntut angpao bila CNY :) hahaha!
_____
Ada apa: Giliran DEG bila lagi?
2 komen:
lawa MODEL gitar yang first tu......hehehehe
wishlist xkesampaian tu...
Post a Comment