Tak tersengaja melayari web
CK Music beberapa bulan lepas, terjumpa pula saki-baki barangan Line 6 yang dijual pada harga penghabisan stok (CK Music bukan lagi pengedar rasmi barangan Line 6 sejak 2015). Satu daripadanya ialah Pod HD Desktop "Black Bean" ini yang dijual pada harga diskaun 70%. Ini antara gajet yang
pernah terGAS suatu ketika dahulu.
Pembelian sampingan ialah dua unit tali gitar jenama GHS,
Boomers GB9 1/2 (9.5-44) dan
Burnished Nickel Rockers BNR-L (10-46). Kebetulan juga ketika itu CK Music ada promosi GHS 20%.
Diterima dalam keadaan yang memuaskan, cuma kotak asal sahaja agak kemek akibat transit. Kandungan di dalam lebih ringkas berbanding
Pod X3, cuma ada manual ringkas dan adapter. Tiada apa-apa CD atau manual tebal disertakan, semuanya disuruh muat-turun dari website Line 6, juga tidak disertakan dengan kabel USB (duh~).
Unit ini berstatus new old stock dan bukannya display unit, katanya masih ada 1-2 unit lagi dalam stok mereka. Cuma, tiada lagi waranti kerana perenggan pertama di atas. Diperolehi berbekalkan dana-dana hasil jualan
Micro Terror dan
SC58, aku cuba mendapatkannya awal bulan Mac tetapi tertangguh kerana
PKP.
 |
Second input, XLR version. |
Ini merupakan model terakhir siri Pod bentuk kacang (discontinued), pod yang masih wujud kini hanyalah
Pod HD500X dan Pod HD Pro X. Aku pernah memiliki versi "Red Bean" Pod X3 pertengahan tahun 2011 (
jual,
beli balik,
jual lagi). Ketika itu belum berapa "mahir" dan terasa agak leceh digunakan ketika
jamming. Tetapi sejak memiliki
Pod HD300 aku mula faham bagaimana mengendali siri-siri Pod Line 6. Sayangnya Pod HD300 tadi pula dah
kaput dan kemudiannya dijual sebagai
alat ganti.
Fungsi-fungsi utamanya iaitu amp modeling lebih kurang sama seperti yang ada pada Pod HD300, tetapi lebih banyak opsyen contohnya
dual-tone dan dual-rig sama seperti Pod X3. Setelah dicuba secara spontan, ia terus dikemaskini dengan flash memory terkini v2.62 untuk mendapatkan tujuh lagi
model amp tambahan.
Seperti Pod X3, ia lebih digunakan sebagai mainan di rumah (*lebih-lebih lagi musim PKP ini) berbanding dibawa jamming, gig atau persembahan pentas. Akan dipadankan dengan Laney
IRT-X atau menggunakan headphone
HD-330 untuk mod senyap. Selain hanya memainkan patches yang tersedia ada (kes malas buat patch sendiri), juga akan cuba download patches yang ada pada website
custom tone Line 6.
*Tapi serius ketika musim PKP ini serius kehangatannya telah dipotong oleh
PS4...
_____
AADI: Beg Line 6
FG5 sudah boleh digunakan semula :)