Setelah menjalani beberapa kali sessi jamming dalaman, inilah persembahan pertama kugiran kelab tempat kerja kami (belum ada nama rasmi) bersempena majlis Hi-Tea kelab petang Jumaat lepas. Diterajui oleh Ken, seorang pemuzik muda serba boleh (boleh main keyboard, gitar, bass, drum).
Juga dianggotai oleh Methodman (gitar), Bob Kandar (drummer 1) dan Wilther (drummer 2). Bassist yang diperuntukan sebelum ini berperangai Chipsmore semasa sessi jamming, untuk melancarkan keadaan, aku mengambil alih tugas sebagai bassist. Vokal? Bergilir-gilir antara ahli kelab.
Wilther menjadi perantis sound tech aku dan Bob Kandar untuk mengendalikan PA system, juga merangkap pemain drum kedua. Juga pandai bermain gitar dan bass, tapi masih malu-malu.
Sebenarnya bassist tu bersembunyi di belakang PA system sebab senang nak baca notes/chords. Setlist pun selalu bertukar-tukar mana sempat nak berlatih. Ditambah lagi dengan lagu yang bukan jiwa, kah kah kah...
Selain lima lagu yang telah dipersetujui semasa jamming sebelum ini, ditambah pula dengan beberapa lagu Indo-rock Sheila On 7, Armada, Repvblik dan Wali. Itu belum lagi selera veteran yang tiba-tiba request lagu era mereka; Jeffrydin, A. Halim, A. Ramlie, P. Ramlee.
Bob Kandar yang baru sahaja selesai menjalani fasa pasca-Covid, tidak dapat menggalas posisi pemain drum sepenuhnya kerana cepat semput, paru-paru masih belum kuat. Sebab itu ada dua orang drummer, bergilir-gilir dengan Wilther.
Oh ya, aku menggunakan Tommy dan B1Xon dengan patch yang ringkas (compressor dan amp modeling) terus ke PA system.
Inilah cabaran bermain kugiran mainstream, bukan sahaja dari segi lagu/genre yang bukan jiwa dan setlist yang berubah-ubah, tapi juga cara berkomunikasi antara ahli kugiran yang ternyata berbeza berbanding dengan geng yang "sekepala".
_____
AADI: Dah boleh fokus untuk MUP Facebook live stream.
2 komen:
ok la tu janji dapat lepas gian...haha...
minggu depan ada lagi show kat ofis
Post a Comment