Setelah mengambil kira *beberapa faktor, set pikap pasif EMG ALX/H1N yang baru dipasang pada Shiro bulan lepas, dikeluarkan dan dipasang pula pada Deluxe. Set EMG 81/60 sebelum ini akan dipasang semula pada Shiro untuk mengembalikan kepada spesifikasi asalnya.
Suis push-pull ABQ EQ/boost pada pot VOLUME lebih senang ditarik menggunakan tombol jenis dome sebegini berbanding tombol jenis top-hat pada Shiro.
Setup yang digunakan masih sama, master VOLUME, neck TONE, bridge TONE dengan ABQ preamp default Alexi (resonant frequency @ 1.38 kHz) dan GAIN booster sekitar 35-40%.
Dengan sistem tanpa pateri EMG, memasangnya sekitar 15 minit sahaja, berbanding membuka litar hardwired EMG 81/60 sebelum ini secara berhati-hati supaya dapat digunakan semula pada gitar lain.
Dalam kesempatan yang ada dipasangkan dengan set tali baharu Rotosound Roto Blues RH10 (10-52) dan ditala Drop-C# (Eb-standard jika perlu).
Set Roto Blues ini satu-satunya set Rotosound yang masih tinggal dalam batch November 2019, selebihnya diborong oleh Azrol secara berperingkat. Masih belum karat selepas terperap dua tahun dalam stok.
*Deluxe ini menjadi gitar belasahan dan workhorse untuk jamming atau gig. Disebabkan fizikalnya yang sudahpun memiliki beberapa battle scars, tidak cuak untuk membawanya keluar berbanding Shiro yang lebih premium (ESP beb~).
_____
AADI: Tak terasa, Deluxe ini pun sudah dua tahun dalam axology.
2 komen:
Aturan dalaman yang kemas - mantap! 👍🏾
meneruskan legasi YusTech
Post a Comment