Ketika aku demam panas beberapa minggu lepas, tabib Cina TCM tempat aku berurut menyarankan aku meminum air cap badak (Three Legs cooling water) untuk mengurangkan panas badan. Serius, dah berumur 40+ tahun inilah kali pertama aku meminum air ini.
Tapi aku terjumpa produk alternatif daripada jenama yang sama yang lebih ranggi iaitu Cooltopia cooling water. Meminum Cooltopia ini lebih "seronok" berbanding air cap badak biasa yang tawar, ia berasa sedikit manis selain memiliki beberapa perisa dan aroma buahan eksotik seperti limau, biabas (guava), pic dan laici.
Berharga sekitar RM2.60 di pasar raya D untuk sebotol berisipadu 320 ml. Selain untuk menyejukkan badan (subjektif), boleh juga menjadi minuman alternatif untuk pemanduan jarak jauh.
_____
AADI: Cool Rhino nampak lebih moden.
0 comments
Post a Comment