Ada Apa Dengan San Francisco Coffee?


[Filler entry] Dah lama aku tengok banner sekitar bandar Bintulu pasal San Francisco Coffee "opening soon in Bintulu", dan selalu juga aku lalu depan premis ni bila nak pi Maybank dan TM Point (Medan Raya). Premis ni rasanya dah mula beroperasi awal atau pertengahan bulan September.

Soalannya, kenapa orang berani melabur untuk membuka premis "kopi" macam ni berbanding restoran makanan segera (franchise) yang belum ada lagi di Bintulu contohnya McDonald's, Burger King atau A&W? Diorang ni tak survey market dan permintaan ke?

Bagi aku, permintaan untuk restoran makanan segera di Bintulu terutamanya McDonald's (dan Burger King - info Speedrider) lebih tinggi berbanding premis "kopi" yang cuma akan dikunjungi golongan berada, berprestij dan "orang minyak" sahaja.

Sebagai contoh, semalam aku pi Sibu singgah kat McDonald's (restoran baru sebelah Wisma Sanyan) untuk ditapau balik Bintulu... Orang-orang Sibu sanggup berbaris empat barisan panjang semata-mata nak makan McDonald's. Sama juga kisahnya di Miri.

But, that's just my ranting of dissatisfaction. Yelah aku ni pun kira peminat tegar burger McDonald's juga, hehehe...

Teringat aku entri Speedrider ni...

_____
Ada apa: Rindu nak makan GCB dan Prosperity...

Ada Apa Dengan Kitar Semula? (Part 2)


[Filler entry] Backdated to 30/10/2010 - Another cliché picture of the day... Dengan konsep yang sama macam entri yang lepas.

Lokasi kali ni ialah di Pantai Temasya Bintulu, dulu dipanggil Pantai Tanjung Batu. "Pondok" pusat pengumpulan bahan kitar semula yang dah lama dibina tapi sampai sekarang masih lagi "kosong" dan belum digunakan untuk tujuan asalnya.

Seperti biasa, ia didirikan dengan "mencuri" dua petak tempat meletak kenderaan. Jadi, pemilik Kenari dalam gambar di atas mungkin juga berfikir seperti pemilik Avanza dalam entri yang lepas;

"Daripada ia dibiarkan kosong, baik aku letak kereta kat sini... Btw, it was a parking area in the first place, right?"

Instant roofed parking lot I'd say...

Aku rasa entri yang berkaitan dengan alam sekitar ni sepatutnya aku tak kategorikan sebagai filler entry kan? Sebab ia masih ada kaitan dengan konsep blog aku.

_____

Sebenarnya tujuan utama aku singgah kat Pantai Temasya ni sebab nak makan ABC Tanjung Batu (dengan *ehem-ehem* of course hehehe). ABC kat sini jauh lebih sedap berbanding ABC yang dijual kat bazaar Ramadhan walaupun harganya agak premium RM3.50 per bowl (with specified toppings).

ABC Milo topping dan ABC ice cream topping.
Ignore the cameo appearance in the background ;)

Aku juga ada order sate, lima cucuk sate daging dan lima cucuk sate ayam. Tapi sampai habis makan ABC, sate yang diorder tak sampai-sampai... Hangin satu badan!

_____
Ada apa: ABC kat Stadium Negeri Pulau Pinang masih lagi menjadi pujaan hatiku...

Ada Apa Dengan Tadak Entri? (Part 2)


[Filler entry] Backdated to 29/10/2010 - Dalam dua-tiga hari ni aku sibuk pindah barang sikit-sikit pi rumah sewa baru terutamanya waktu malam, kontrak rumah sekarang akan tamat 31/10/2010. Jadi alasan tadak masa nak update blog, walaupun ada banyak entri dalam bentuk draf yang belum disunting dan diolah.

Sekadar gambar hiasan.

Rumah sewa baru nun jauh kat area Kidurong, 12 km drive dari Bintulu town @ 15 minit drive santai. Maknanya mulai minggu depan aku kena ubah jadual terutamanya waktu pagi nak pi kerja, sebab sebelum ni paling "need for speed" boleh sampai opis dalam lima minit sebab jarak rumah-opis cuma 2-3 km sahaja (bangun lambat tak menjadi masalah).

Penat angkat barang naik tingkat dua... Teringat zaman-zaman jadi delivery boy hantar PC sekitar Penang Island, jangankan area rumah mhagnoth, kat monastery/tokong atas Bukit Mutiara pun aku pernah hantar.

_____
Ada apa: Blog, blogging, blogger, bloggest...

Ada Sesuatu Dari yNot Studio (Part 5)


Rabu 27/10/2010 - Received yet another parcel from Penang. Yup, bila dari Penang memang tak lain tak bukan daripada Musyrif Abu Bakar Engbok of yNot Studio.

Aku order benda ni hari Isnin lepas (via SMS je), dihantar pada hari Selasa. Benda apa pulak kali ni? Seperti biasa, kalau dari yNot studio (under MMO Music Net) memang aku order stuff Behringer, sebab lebih murah berbanding tempat lain dan berurusniaga dengan Engbok memang lancar dan hassle-free, kali ni merupakan urusniagaku yang keenam dengan Engbok.

Oh ya, bendanya ialah Behringer BLE100 bass limiter enhancer. Apa fungsi limiter/enhancer ni? Yang tu pada asasnya kena bukak balik buku Fizik Matrikulasi topik Optik dan Gelombang, bab Frekuensi dan Modulasi. Susah-susah, baca je penerangan kat website Behringer.

Cheap plastic packaging. Hey, what you pay is what you get!

Seperti BOD100 dan BDI21 yang aku ada, pedal Behringer memang tidak mempunyai dokumentasi yang lengkap (terutamanya bab pasang bateri) dalam pakej bungkusannya, mujurlah aku dah berpengalaman mengendalikan pedal-pedal Behringer. Harganya? Hampir sama dengan pedal-pedal Behringer yang aku ada, termasuk pos cuma RM1xx sahaja.

Aku suka warnanya, warna hijau Petronas.

Aku perlukan pedal limiter/enhancer untuk "membantu" bass playing style aku yang kurang konsisten (masih beginner) sama ada guna jari atau pick. Cuma tinggal satu pedal bass saja lagi aku nak target iaitu pedal chorus, kira baru lengkap bass rig aku. Efek-efek yang lain (flanger, phaser, tremolo, delay, reverb) memang aku tak guna pun, jadi buat apa nak beli kan? Kalau kemaruk nak main efek-efek macam tu, kat dalam B2 aku pun dah ada...

Mesti ada yang akan tanya, dah ada B2 awat aku beli lagi pedal jenis stompbox sebijik-sebijik?

Btw, pedal ni merupakan klon Boss LMB-3.

Ada masa nanti aku review dalam entri lain. Tak sempat nak test dengan Black Ice, sebab aku dah pindahkan barang-barang kegitaran pi rumah sewa baru. Kecuali Replacement dan Micro-Cube saja yang masih tinggal. Hujung minggu ni pun tak dapat nak jamming sebab Sabtu aku sibuk pindah barang dan bersihkan rumah, Ahad pulak dah plan nak dating pi Sibu.

Bass amp coming soon :)

_____
Ada apa: Awat tak ambik stuff Boss kali ni?

Ada Apa Dengan Booster Blitz?


Lagi cerita pasal minuman, kali ni Booster Blitz energy drink "xtra strength". Aku gelar "air cap kuda" - sesuai untuk orang-orang yang lambat buat kerja, bila minum air ni boleh buat kerja laju macam kuda! Hahaha...

Dibuat oleh Suri Trading Company (Pvt) Ltd. Sri Lanka dan diedarkan oleh Kotra Pharma (M) Sdn. Bhd. Kepada yang berkira pasal apa yang diminum, jangan risau sebab minuman ni ada cap halal JAKIM.

Dengan harga berpatutan RM1.70-2.00 untuk setin 250 ml (standard macam harga Milo atau Nescafe dalam tin). Paling murah aku pernah jumpa kat Yang Qing Trading Sdn. Bhd. Limbang, ia dijual dengan harga RM1.50 sahaja! Selalu kalau long distant drive tour de Brunei, memang aku akan singgah dan beli dua-tiga tin kat kedai ni.

Rasanya macam Red Bull (Krateng Daeng?) tapi dalam kepekatan yang rendah dan yang best sebab ia berkarbonat (fizzy). Amat sesuai dinikmati ketika ia masih sejuk. Dan disarankan menyedutnya menggunakan straw berbanding diminum secara meneguk, sebab bila guna straw kita akan sedut sikit-sikit, waktu ni lah fizzy feel kat lidah dapat dirasakan seperti sesuatu yang amat "kimochi~"

_____
Ada apa: Apa pulak "kimochi-kimochi" ni? Kalau Portdy baca mesti dia teruja...

Ada Apa Dengan Minute Maid?


Kes terminum sampel dalam gelas kecik promo kiosk kat Farley, sedaplah pulak hahaha... Akhirnya terbelilah sebotol - Minute Maid Pulpy Tropical. (Terbeli macam kes Abang Ben terbeli Pod HD500, jeles eh... Hahaha!~)

Dengan harga RM4.xx per botol 1 liter, not bad... Lebih kurang macam beli jus buah jenama Marigold Peel Fresh atau Twister. Minute Maid ni kalau perisa oren memang dah selalu aku tengok dijual di pasaraya.

Tapi aku bab jus oren ni pelik sikit, selalunya kalau aku minum jus oren (ataupun minuman berkarbonat berperisa oren) 80% kebarangkalian aku akan selsema keesokkan harinya, pelik kan? Sebab tu kalau beli jus buah-buahan aku akan beli jus selain jus oren, contohnya jus mangga, epal, lobak merah, *biabas dan nanas.

*biabas = jambu batu, guava (bahasa Brunei).

Bila dah cerita pasal oren... Oren ni macam best la pulak kan?

Orange Crush Pix CD50BXT
Image link from DV247.com website.

Soalannya, 50 watt cukup kuat ke nak lawan bunyi drums? Nak rembat KB100 macam terlalu over-the-hills-and-far-away la pulak...

_____
Ada apa: Oren oren oren...

Ada Sesuatu Dari Pusat Muzik Reco (Part 3)


Khamis 21/10/2010 - Pagi ni aku menerima bungkusan poslaju dari Melaka, non other than Pusat Muzik Reco (Reco).

Berkaitan masalah MO-VM seperti entri lepas? Semalam (Rabu) aku dah memulangkan semula kepada Reco via poslaju. Sebelum memulangkannya, aku dah runding-runding dengan Miss Ng (atas sebab-sebab tertentu) supaya digantikan atau dinaiktaraf dengan distortion pedal yang lain selain MO-VM. Dah tawar hati dengan dengan produk Moen.

Miss Ng bersetuju untuk menggantikannya dengan distortion pedal yang lain. And as a mutual respect and trust, ia jugak dihantar pada hari Rabu (cross-send).

So, what did I get?

Enter Boss Distortion DS-1!

Neatly wrapped. RM220 cuma harga tampal.

Dengan beza harga dalam RM20 berbanding MO-VM, sekurang-kurangnya pedal ni tak perlu diperkenalkan dan dikompromi lagi. It's a legend pedal...

Resit, owner's manual, Roland/Boss warranty card, product lineup catalog, important notes, leaflet bla bla bla... Ui, banyak gila documentations dalam packaging Boss ni.

So far aku dah test dengan rig yang sama macam aku test Metal Zone MT-2 raya lepas. Well, that Boss sound and quality for you!~ Walaupun tak se-Metal pedal MT-2, tapi senang-senang je dapat distortion lagu-lagu Hard Rock, Heavy Metal dan Grunge. Kira oke la kot kalau digandingkan dengan Replacement aku yang selalu digunakan untuk main lagu-lagu lama Wings dan Iron Maiden.

Three knobs - TONE, LEVEL, DIST.

Made in Taiwan.

Nantilah aku buat entri lain review pasal pedal ni. Credits to Miss Ng from Pusat Muzik Reco. Sapa-sapa yang kat Melaka tu, aku rekomen korang pi kedai Reco ni.

_____
Ada apa: Boss, Sivaji The Boss...

Aku, CD dan eBay... (Part 6)


Pagi ni sibuk kemas beberapa barang kecil-kecilan sebab nak pindah rumah hujung bulan ni (kontrak sewa tamat 31/10), minggu depan baru nak pindah barang besar-besar pulak. Rumah sewa baru nanti nun jauh kat area Kidurong (tak jauh dari bazaar Ramadhan Kidurong hari tu) lebih kurang 10-15 minit drive dari Bintulu town. Selama aku bermastautin di Bintulu ni sejak 2006, dah masuk empat kali dah pindah rumah.

Daripada tiga orang housemate yang menyewa, aku sorang saja yang banyak barang... Koleksi CD, DVD, ICT stuff, barang-barang kegitaran, majalah dan buku. Itu tandanya orang ada hobi, ye tak?

Cerita pasal CD, ni dia koleksi audio CD aku, 70-80% daripadanya dibeli melalui eBay, selebihnya Speedy Video, Goblinz, Victoria, dB Music, Campbell's dan beberapa kedai-kedai CD/DVD tempatan seluruh Malaysia yang lain.

Waktu kemas-kemas, tak sangka pulak koleksi aku dah sampai dua kotak! Tapi masih tak boleh lawan koleksi Abang Ben, Deaf-Angel, Berteromber mahupun Takilala. Dorang ni semua dah masuk kasta atas atau pengumpul tegar. Aku? Aku cuma kumpul band-band dan album-album tertentu sahaja.

Koleksi album-album Iron Maiden aku mencecah 20+ CD, paling banyak dalam koleksi, diasingkan... Nanti nak buat entri lain pasal koleksi Iron Maiden ni, simpan idea untuk marathon blogging 1h1e1m v2.0 akan datang.

Antara koleksi lain yang hampir lengkap - Blind Guardian, Bruce Dickinson (album studio dah lengkap), Children Of Bodom (album studio dah lengkap), Kamelot, King Diamond, Manowar, Megadeth, Metallica, Nightwish, Nirvana dan Wings (ada jugak masuk koleksi artis tempatan tau~).

_____
Ada apa: Nanti kahwin, nak kena pindah lagi~ Aduih, dua kali kerja...

Sessi Jamming Metuk Ulau (Part 2)


Ahad 17/10/2010 - Sessi jamming yang sepatutnya dijadualkan semalam (Sabtu) terpaksa ditunda hari ni atas sebab-sebab tertentu. Kali ni jugak merupakan kali kedua Adi Herman (tauke blog Metuk Ulau) join kitorang jamming.

Kebetulan pulak sessi kali ni disertai secara impromptu oleh KORawk (tauke blog Geng Kereta Sapu) yang sepatutnya ada "aktiviti sosial" sepanjang hari di Pantai Tanjung Batu, tapi curi-curi masa datang ke Hepi ;) makeshift studio untuk join berhepi-hepi dihujung minggu. Tujuan utama KORawk datang sebenarnya adalah untuk topik [Entri-Mini] kat bawah.

Dari 3-piece sekarang dah jadi 4-piece, lagi meriah rasanya.

Line-up with simple rigs setup:

Pertama kali mencuba mikrofon Sony F-V120 untuk jamming, salah setting kat PA system vokal jadi tenggelam. Dalam sessi ni jugak aku dapat double-confirmed masalah MO-VM seperti yang aku merapu dalam entri ni.

Banyak cover lagu-lagu Iron Maiden - The Trooper, Wasted Years (dua lagu wajib), eksperimen lagu Fear Of The Dark dan Coming Home. Lagu lain aku main bass sangkut-sangkut, vokal pun hampeh... Takpe, yang penting hepi ;)

Bunyi gitar pun bercelaru sebab berkongsi output yang sama (PA system), rasanya kalau setiap gitar mempunyai output yang berlainan (with separate amps) mungkin lebih harmoni kot? Hah bab amp ni bakal menelan belanja yang banyak ni...

Senyum tandanya Hepi ;)

KORawk dah jatuh hati dengan makeshift studio kitorang, lain kali katanya kalau dia nak join jamming dia nak bawa equipment sendiri (macam Adi). Ini sudah bagus, kira aku boleh tumpukan perhatian sepenuhnya kepada bass sahaja, tak payah nak menyusahkan diri bawa kedua-dua bass dan gitar lagi.

[Entri Mini] Let-Go: Behringer USB Guitar Link UCG102

Aku ada iklankan UCG102 ni kat Facebook secara tertutup (closed-advertisement), maknanya promote di kalangan member tertentu saja, kalau-kalau ada yang berminat.

Item sold to *KORawk, katanya ada kawan nak beli, sebab harga pasaran tempatan mahal nak mampus. Barang ni tak sampai sebulan aku guna, jadi apa alasan kenapa aku nak let-go? Hehehe alasan yang sama sebab nak upgrade pi brand/model lain...

*KORawk ni merupakan orang tengah yang bertanggungjawab dalam proses let-go Dinoscars aku tempoh hari. Macam broker la pulak.

Dalam bulan ni saja dah tiga barang aku let-go, yang keempat menyusul kemudian... Apa nak jadi ni?

_____
Ada apa: Ranggi Metropolis? Hmmm... Idea yang bagus ni untuk lagu projek akan datang.

Guitar Talk: Moen Violent Metal MO-VM (Part 2)


Daripada sessi jamming Metuk Ulau yang lepas dan sessi "pandu uji" Replacement, aku dapati pedal Violent Metal ni macam ada sesuatu yang tak kena. Mungkin ia masalah kecil, tapi bila digunakan semasa sessi jamming ia merupakan suatu masalah yang besar.

Volume inconsistent - in bypass mode (clean) bunyinya tak kuat, macam tenggelam, but in distortion mode (dirty) bunyinya terlampau nyaring terpaksa set knob LEVEL (volume) pada kedudukan 9 o'clock @ 25% sahaja untuk menyeimbangkan antara bunyi clean/dirty. I began to wonder, is it really a true bypass?

Masalah ni cuma akan dikesan sekiranya menggunakan rig besar pada volume yang tinggi seperti waktu jamming, kalau guna rig kecil-kecilan pada volume yang rendah (practice amp or headphone), masalah ni kurang ketara.

Isnin lepas aku repot masalah ni kepada Miss Ng dari Pusat Muzik Reco (Reco) melalui emel, yang kemudiannya mungkin dipanjangkan (forwarded) kepada distributor Moen di Malaysia (The Guitar Store). Keesokan harinya, Miss Ng menyuruh aku memulangkannya kembali kepada Reco untuk diganti dengan set yang baru [sigh~].

Is it Moen pedals problem in general or just this individual pedal's problem?

_____
Ada apa: Dah hilang minat nak kumpul pedal-pedal Moen ni...

Bass Talk: Kustom KB100 Bass Amp


KB100 Specifications:

  • RMS Wattage: 100 watts
  • Speaker: 1 x 15-inch Kustom
  • Horn Type: N/A
  • Input Configuration: 0 dB & -6 dB
  • EQ: Bass, Lo-Mid, Hi-Mid, Treble
  • Gain Control: Yes
  • Effects Loop: Yes
  • Line Output: XLR with Volume Control
  • External Speaker Jack: Yes
  • Headphone Jack: Yes
  • Auxiliary Input: Yes
  • Dimensions: 23.5 (H) x 18.75 (W) x 15 (D)
  • Dimensions (mm): 597 (H) x 476 (W) x 381 (D)
  • Weight: 53 lbs/24 kg <-damn! this thing was heavy
  • Power Amp Circuit: Organic Overdrive
  • Retail Price: RM1098 @ Guitar Collection

Specifications, price and image taken from Guitar Collection website.

Petang semalam lepas balik kerja aku singgah kat Zoso Music, browsing for some "big" bass amp not those 10-35 watt practice amps. Cuma ada tiga bass amp besar kat Zoso - Kustom KB100, Fender Rumble 75 dan Randall RX75BM, yang lain-lain semua practice amps. Daripada harga per watt, Kustom KB100 agak menarik perhatian berbanding Fender dan Randall.

Yang bestnya aku dapat test amp ni kat Zoso, test dengan Cort Action bass direct to amp without any effects. Hohoho! baru pulas volume suku tapi bunyi dah kuat bergegar satu kedai! Test beberapa bassline lagu The Trooper, Wasted Years, bla bla bla... Ala lagu-lagu yang selalu kitorang jamming la, lagu lain mana aku reti...

Tag price RM1450!

Pros

  • F*cking 100 watts!
  • 15" speaker.
  • 4-band EQ bass, low-mid, hi-mid, treble.
  • Effects loop, XLR output with volume, external speaker output.
  • Auxiliary input, headphone output.
  • Passive (0dB) and active (-6dB) inputs.
  • Barang memang dah ada di Bintulu, tak payah nak order.

Cons

  • 24 kg! Berat nak mampus...
  • No built-in effects except gain (eh, ni kira bagus lah ni).
  • Boxy shape, doesn't have tilt-back @ kick-back monitor position.
  • Bukan selalu dapat pulas volume lebih daripada suku.

Last price? Paling rendah aku boleh dapat dalam RM1.3k nett. Not bad eh? Kalau bandingkan dengan retail price Guitar Collection lebih kurang RM1.1k, beza RM200+ tu boleh dikira sebagai shipment cost la kan (actually Guitar Collection charged RM180+ for shipment via City-Link). Planning to get it next week after payday, tapi kena fikir masak-masak dulu.

Jadi persoalannya, adakah berbaloi aku beli amp besar macam ni? Kalau aku beli pun mungkin ia akan statik melepak kat Hepi ;) makeshift studio sahaja sepanjang masa. Nak beli yang sederhana tapi mobile (45-75 watts) macam alang-alang la pulak kan?

Kustom KB100 (KXB100) bass amp, more info at Kustom official website.

Btw, main gitar kat amp bass tadak masalah kan? Lainlah kalau main bass kat amp gitar...

_____
Ada apa: Tu belum lagi test dengan PHAT II Black Ice aku...

Maple Road Gear!


Dah cukup seminggu baru aku nak buat review pasal RG350M aku ni. Memang aku teringin untuk memiliki gitar superstrat dengan fretboard maple, dan pada masa yang sama aku rindu feel Mephisto (bab floating tremolo).

Selain RG350M, antara calon-calon yang tersenarai ialah LTD MH-53 dan M-103FM. Disebabkan pengalaman aku menggunakan Ibanez, dari segi keselesaan, kualiti dan harga membuatkan aku memilih RG.

Sebenarnya dah lama aku order model ni daripada Dead Eye Guitars (yup, tauke DEG lagi), kalau tak silap sebelum bulan puasa. Sepatutnya aku akan ambil gitar ni sendiri kat PJ (macam Dinoscars dan Abominations dulu) penghujung September lepas, tapi disebabkan konvensyen kat PJ ditunda ke suatu tarikh yang tidak diketahui, jadi poslaju sajalah...

Resit, kad bisnes DEG (ntah dah berapa banyak aku ada), resit, dua set manual dan kabel (satu set adalah kepunyaan Dinoscars yang dulu DEG lupa nak bagi). Dan tak lupa free gift kali ni ialah Dunlop 65 Ultimate Lemon Oil (walaupun ia tidak akan digunakan untuk RG350M ni, not suitable for maple fretboard).

Salim? Marzuki? Edy? Supadi? Indon luthiers.
Strung with D'Addario strings though.

Ibanez RG350M BK

"Awat hang tak ambil yang warna kuning?" - komen spontan seorang rakan...

Meet the Roadgear (spesifikasi)

  • Brand: Ibanez
  • Model: Roadgear
  • Model Code: RG350M
  • Made In: Indonesia
  • Serial No: I100518630 (May 2010 production!)
  • Construction: Bolt-on
  • Body: Basswood
  • Neck: Wizard II three piece maple
  • Fingerboard: Maple (dot inlays, kalau sharktooth lagi gempak)
  • Pickups: H-S-H Ibanez Infinity (INF3/INFS3/INF4)
  • Colour: Black (gloss), with black pickguard
  • Hardware: Black
  • Scale: 25.5"
  • Fret: 24 jumbo
  • Bridge: Ibanez Edge III
  • Price paid: RM1xxx + RM8x (poslaju)

Untuk spesifikasi lebih lanjut boleh rujuk pada website rasmi Ibanez Guitars.

Standard Ibanez headstock with two improvements from older RG version:
No string retainer, swiveling trussrod cover, senang nak adjust trussrod.

Made in Indonesia, three piece maple neck, die cast tuners.

Ibanez Infinity pickups, INF3/INFS3/INF4, 5-way pickups switch, volume and tone knob. INF pickups pada dasarnya merupakan pickup yang versatile dan pastinya lagi best berbanding STD dan PSND yang ada pada GIO series. Sebab tu kebanyakkan model-model RG menggunakan pickup INF. So far, sound was nice, mellow and warm... Jadi belum terbuka hati lagi untuk upgrade kepada aftermarket pickups.

Ibanez Edge III tremolo bridge.

Craftsmanship was superb! Bab ni yang membuatkan aku suka gitar-gitar Ibanez. Sedangkan GIO series (entry level) pun dah bagus, inikan pulak full-fledge RG! I wonder how pristine was Prestige series craftsmanship? Tak seperti craftsmanship entry level gitar jenama lain contohnya Kelly Kelly (Jackson JS32T) dan Abominations (Dean VMNTx) yang tak seberapa.

Serius, craftsmanship Dinoscars lagi halus berbanding Kelly Kelly dan Abominations. That's Indon luthiers for you~

Jumbo frets - amat sesuai untuk jari-jariku yang belum kuat.

AANJ standard RG.

Standard tuning EADGBE, untuk main lagu-lagu 80's-90's Rock (rokapak) terutamanya lagu-lagu lama Wings and those with Maidenesque sound. So far aku dah test dengan UCG102 dan Violent Metal (around 9 o'clock distortion).

Kelebihan:

  1. Lebih murah berbanding model RG350EX dan RG350DX dengan setup dan spesifikasi yang sama (kecuali maple fretboard).
  2. Wizard II neck - lebih nipis berbanding neck GRG, ia hampir menyaingi kenipisan neck Jackson JS32T.
  3. Jumbo frets - memang sesuai untuk jari-jariku yang masih halus mulus belum kuat menekan fret.
  4. Edge III bridge - lebih stabil dan tegap berbanding ILT bridge pada Mephisto.
  5. INF pickups - kombinasi pickup yang agak versatile.

Kelemahan:

  1. Pickguard - kenapa semua varian RG350 ada pickguard? Nanti aku nak modified pickguard ni tukar jadi warna hijau.
  2. Volume knob - baru dipulas suku tapi volume dah hilang. More to electronics problem.

Nick? Seminggu lebih aku memikirkan nick yang sesuai untuk RG aku ni, memandangkan ia adalah untuk menggantikan Mephisto (dan Dinoscars) sebagai gitar utama aku, jadi aku bagi nick REPLACEMENT sajalah. Ala-ala filem Chow Yun Fat Replacement Killers gitu~

Btw, Bro Sub ada cerita sikit-sikit pasal model RG350M ni...

_____
Ada apa: Muspeed, bila lagi mau kebas yang warna kuning?

Aku, CD dan eBay... (Part 5)


Dah lama aku tak order tiga CD sekaligus, kali terakhir waktu black mood bulan April lepas.

Pagi tadi aku menerima bungkusan dari UK dihantar oleh brader posmen (bukan yang sengih-sengih). Aik? Sebelum-sebelum ni diorang bagi aku slip suruh tuntut kat kaunter pos, kali ni diorang hantar la pulak.

Dan seperti teori jangkaanku, bungkusan dari UK memang tidak "dijenguk" oleh KKDN (walaupun ketara isinya adalah CD), cuma ada cop pelepasan kastam sahaja. Agaknya KKDN percaya barang-barang dari UK atau negara-negara Commonwealth kot?

CD apa pulak kali ni?

  1. Blind Guardian - Follow The Blind
  2. Blind Guardian - Tokyo Tales
  3. Samson - Joint Forces

Bertambah lagi koleksi CD Blind Guardian aku (remastered version)... Btw, CD Samson tu sebenarnya aku joybid (lowest bidder), tup-tup menang bid la pulak sebab tadak orang lain bid. Aku ingatkan album zaman Abang Bruce, rupanya bukan hehehe... Patutnya aku buat homework dulu sebelum bid.

Nantilah aku buat entri berasingan untuk semua CD ni, memandangkan ada beberapa CD eBay yang lain aku belum buat entri (stok untuk entri 1h1e1m v2.0 yang akan datang).

_____
Ada apa: Tengah survey harga album baru Blind Guardian kat eBay...

Ada Apa Dengan Mikrofon?


Disebabkan aku dah segan nak cilok mikrofon bilik mesyuarat setiap kali jamming, ada baiknya aku beli mikrofon sendiri. Bukannya mahal pun kan? Gitar harga empat digit mampu beli ye tak?

Jadi aku memilih mikrofon Sony model murahan F-V120 yang berharga RM33.00 (harga standard) dibeli dari Sony Style, Parkcity Mall.

Cheap plasticy feel, ringan dan tidak menggunakan XLR balanced connector. Kabelnya adalah fixed, dengan kabel nipis sepanjang tiga meter (nipis macam desktop microphone). Aku tak nak beli Sony model mahal RM100+ sebab lepas ni ada "projek lain".

Sony dynamic microphone model F-V120.

So far, daripada sessi "pandu uji", walaupun mikrofon ni nampak cikai tapi ia kurang memberikan feedback berbanding mikrofon Carol bilik mesyuarat yang selalu aku guna. That's Sony quality for you~ Tapi, dapatkah ia bertahan sessi jamming yang akan datang?

Oh btw, tadi aku ada mentioned pasal "projek lain" kan? Aku bercadang nak beli mikrofon Wharfedale Pro model DM3.0S pack of three apabila CK Music buat Year End Sale hujung tahun ni. Harga pasarannya dalam RM200 je, not bad eh?

Imej link dari website Wharfedale Pro.

Selain daripada untuk kegunaan jamming, set mikrofon ni jugak pastinya akan berguna untuk acara-acara lain di masa akan datang, sama ada rasmi atau tidak.

_____
Ada apa: Shure?

Ada Apa Dengan Kitar Semula?


Picture of the day... Bagi sesetengah orang, gambar di bawah ni mungkin agak "priceless" kan?

Sebenarnya ada banyak "pondok" pusat pengumpulan bahan kitar semula ni didirikan di sekitar bandar Bintulu terutamanya di kawasan meletak kenderaan. Dan sehingga sekarang ia masih lagi "kosong" dan belum digunakan.

Soalan aku - Kenapa ia didirikan di kawasan letak kereta? Ia telah "mencuri" dua petak letak kenderaan. Kenapa ia tidak didirikan di kawasan lain yang lebih strategik? Bandar Bintulu bukannya macam Penang, Singapore ataupun Hong Kong yang kekurangan ruang kosong...

Jadi aku rasa pemilik Avanza kat atas tadi berpikir "daripada ia dibiarkan kosong, baik aku letak kereta kat sini... Btw, it was a parking area in the first place, right?"

Sebenarnya aku pun tertunggu-tunggu bila diorang (BDA) nak letak tong-tong kitar semula kat "pondok" ni, sebab aku ada banyak barang yang dikategorikan sebagai sampah tapi masih boleh dikitar semula... Contohnya majalah AstroView.

Tapi, kalau tong kitar semula ada (yang tiga warna tu), aku rasa tong yang dikhaskan untuk tin aluminium pastinya akan sentiasa kosong...

_____
Ada apa: Tin aluminium kat rumah aku pun dah belambak, adakah aku seorang hoarders?

Iron Maiden - Self-Titled Debut Album


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #20]

Entri #20 ni cerita pasal album pertama Iron Maiden - self-titled debut album, dengan adanya album ni, koleksi album studio Iron Maiden aku akhirnya lengkap 15 album mutakhir (diulangi album studio sahaja, tak termasuk kompilasi dan album live) dari Iron Maiden sehingga The Final Frontier.

Bungkusan dari UK ni diterima semalam (Khamis 14/10/2010). Bungkusan ni melangkau satu bungkusan eBay yang diorder lebih terdahulu daripadanya, tapi tak apalah... Mungkin bungkusan yang satu lagi tu ditahan kastam lama-lama sikit sebab isinya tiga CD sekaligus.

Ada apa dengan cover art ni? Seperti biasa ini ialah versi remastered.

eBay purchase info

  • Purchased from: basilhenry47
  • Location: UK
  • Condition: used, like new
  • Price paid: £3.80+2.99 (RM33.96) menang bid
  • Ordered: 05/10/2010
  • Received: 14/10/2010
  • Label: (P) 2008 EMI Records Ltd. (C) 2008 Iron Maiden Holdings Ltd.
  • Publisher: EMI Records Ltd.
  • Made in: EU

Walaupun berstatus used, tapi masih baru. Berteromber ada cerita sikit-sikit pasal album ni dalam blognya. Lagu favourite dalam album ni ialah Prowler, Remember Tomorrow, Running Free dan instrumental Transylvania. Lagu Prowler dan Remember Tomorrow mula-mula aku dengar versi cover dalam album A Tribute To The Beast.

Cover art untuk remastered version (kanan) berbeza daripada yang asal (kiri) yang dicetak pada CD, adakah artwork asal Eddie terlalu "comel" sehingga ia perlu diganti dengan versi baru yang lebih horror? Kalau cover art album NPFTD aku paham jugak sebab apa diorang ganti (revised/modified).

The forgotten one... Dennis Stratton,
tak seperti Clive Burr, Paul DiAnno dan Blaze Bayley.

Seperti album Killers, aku tak tau nak cerita apa pasal album ni (selain daripada pelengkap koleksi), memandangkan zaman ni bukanlah zaman aku, tahun 1980 aku baru lahir beb! Jadi tadaklah nostalgic value or stuff like that. Mungkin otai-otai kita lagi banyak cerita pasal album ni.

Anyway, Up The Irons! \m/

_____
Ada apa: Esok ada gangguan bekalan elektrik dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang kat area opis, jadi tak dapat nak jamming :(

Let-Go: Ibanez GAX010LTD


Also known as Dinoscars - Ijau D. Koceng IDK (self-proclaimed) signature series.

It's a hard decision really (since it's green)... Setelah berpikir masak-masak, I've decided to let-go my so called IDK signature series, walaupun baru berusia lima bulan.

Kehadiran RG350M (yang belum ada nick) merupakan satu daripada sebabnya, bila dah ada RG yang lebih selesa dan versatile pastinya GAX (a GIO series) akan jarang dimain. Other than that, I want to keep my rigs as minimum and simple as possible.

Setelah diiklankan di Facebook hampir dua minggu, akhirnya semalam raksasa kecik ni telah selamat bertukar milik dengan seorang kenalan Facebook dari Sebauh (sub-district of Bintulu) yang jugak seorang kaki Metal. Kalau dia tinggal kat area Bintulu town kan bagus, memang aku ajak dia jamming hujung minggu.

Atleast the new owner was a good player and also a guitar enthusiast, my Dinoscars will definitely be in good hands. Good bye little monster.

Ui, let-go lagi? Stock clearance sales ka? Hahaha...

_____
Ada apa: Oriaj, adakah aku rakus seperti yang dilabelkan?

Ada Apa Dengan Hillsburg? (Part 2)


Merayau kat MDS Mart for some everyday groceries... Tak sangka pulak terjumpa minuman Hillsburg non-alcoholic malt drink di"lelong" kat area kaunter dengan harga RM1.80 sebotol, kes nak habiskan stok lama yang dekat nak expired. Padahal kat dalam (stock baru) ia dijual dengan harga RM4.00 sebotol, lagi mahal daripada Bundaberg.

Sempatlah rembat dua botol... Dalam entri lepas aku cerita pasal perisa pure honey. Kali ni pulak nak cerita perisa strawberry dan pineapple (*nanas atau nenas?).

  • Strawberry - Tak best sungguh, gabungan rasa malt dan strawberry memang tak ngam, tak serasi, no chemistry. Rasa strawberrynya pun macam kureng, adakah ia efek dekat-dekat nak expired? Atau memang rasanya macam tu?
  • Pineapple - Haaa... Yang ni sedap! Memang jelas terasa kenanasannya, rasa malt macam dah tadak langsung.

Anyway, minuman berperisa nanas memang antara kegemaranku especially jenama Fruit Tree, but that was another story...

*Orang Melanau panggil nanas ni pisang, kalau pisang diorang panggil balak... Aku pun confuse :)

Btw, minuman ni kurang manis, kurang berkarbonat, dan memang sedap diminum tanpa disejukkan, sama seperti minuman Bickkford's. Tapi dengan harga RM4.00 sebotol 330ml macam tak berbaloi la pulak, baik aku borong yang RM1.80 sebotol tu muahahaha!~

_____
Ada apa: Nanti nak cuba perisa apple dan original pulak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (67) 58 explorer (14) ac/dc (6) adiwira (13) adrian smith (14) after forever (6) alice (11) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (125) amplug (4) andy james (2) angker (2) anime (52) anniversary (67) anthrax (1) art200 (3) artis tempatan (121) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) audioslave (2) avril lavigne (3) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (6) badges/patches (8) bag/case (54) bara studio (3) barbican (4) bass talk (28) bbw2013 (6) bc rich (7) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (11) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (252) bintulu buskers (5) black sabbath (1) blackstar (19) blades (3) blaze bayley (23) blind guardian (20) blogging blues (44) blu-ray (3) bmf2013 (8) bon jovi (4) boss (47) botb (19) bottlecapt (3) brado guitars (1) braingell radio (13) brr2013 (16) bruce dickinson (21) buku/majalah (50) bumi putra rockers (3) bundaberg (13) cable (24) canon (2) ccr (1) charvel (51) children of bodom (19) ck music (52) cog (5) coke (5) cola (4) compilation (61) console games (6) converse (2) cort (45) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (28) dalat (18) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (25) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (88) dean (26) dean markley (3) def leppard (1) denner/shermann (1) digipak (35) digitech (19) dimarzio (32) dio (4) dismal euphony (2) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (2) dream theater (13) drinho (3) drums (18) dutch lady (1) dvd (65) earth hour (14) ebay (225) ec-256 (25) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (80) electro-harmonix (23) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (14) emo (186) energy drinks (29) entwistle (6) environment (38) epiphone (93) erectus (5) ernie ball (14) esp/ltd (135) estock (71) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (12) fallout (13) family (39) fear factory (3) fender (15) filler entry (47) first aid (1) fishman (2) flashback friday (10) floor jansen (9) fontana (9) foo fighters (16) footwear (1) fotografi (30) fund-snatcher (13) gamer mode activated (23) gapnap (1) gartb20 (11) gary moore (2) gas (121) gator (10) gax010ltd (9) ghs (17) gibson (14) gig (73) gigrig (8) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (4) green tea (15) grg270 (25) gruv gear (1) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (12) guitar collection (8) guitar parts (51) guitar service (23) guitar talk (64) guitar/bass (635) hammerfall (13) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (6) headstock story (25) hennessey (7) hepi;) (56) herbal tea (4) hillsburg (2) historical (15) hootie (4) hotchix (34) hotel/resort (26) ibanez (180) icb200ex (14) iced earth (8) icon (24) imago (66) imitation (3) in flames (2) instagram (11) inverno (7) iron maiden (134) irt-pulse (1) isu semasa (230) j5 (8) jackson (32) jamming (123) jamtank (23) jim dunlop (54) joe satriani (12) jotb (13) joyo (17) jr (6) js music (3) js32t kelly (8) judas priest (1) kakis store (1) kamelot (18) karisma (4) kaset (32) kawan (261) kazanna (1) kempen (35) kerja (73) kerly (2) kesihatan (37) keychain (9) kherow (4) kiko loureiro (8) kikosp (6) king diamond (18) kkdn (6) koleksi (284) konsert (84) kopi (20) korg (50) kota kinabalu (14) kramer (1) kuala lumpur (29) kuala penyu (1) kuching (3) kucing (5) kustom (3) laney (18) larrong (1) lawas (3) lazada (14) lefthanded (5) lemon tea (11) letgo (38) lil (31) limbang (5) limited edition (14) line 6 (40) linkin park (2) lipton (1) live album (20) loudness (1) lowyat.net (16) lpg-reg (6) m nasir (2) m-103fm (75) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (331) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (16) marco hietala (20) marigold (1) marshall (18) martial arts (3) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (2) masterplan (11) mastodon (6) may (6) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (54) melaka (12) membakut (42) memori (305) mercyful fate (10) metallica (73) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (51) miri (16) misfits (1) modtone (7) moen (11) mono (1) moody monday (10) motorhead (9) movie (48) mrs (57) mug (2) mukah (19) mup (103) music bliss (7) music master (41) music nomad (1) muuv (52) mxr (9) my music (8) nanasmania (25) naruto (1) nat-geo (4) nestle (22) new album (27) new gear (160) newsted (3) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (13) nita strauss (5) nonsense (62) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (24) of string (17) oishi (5) oktoberfest (8) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (33) osg2012 (4) ozzy osbourne (9) pandora mini (11) panik (12) pantai (5) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (48) pc stuff (28) pc talk (13) pdap (2) peavey (22) pedal/stompbox (274) pedaltrain (14) pemuzika (3) penang (33) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (15) phones (12) pic of the day (51) pick (53) pickups (102) planet waves (8) playstation (8) pm2011 (18) pod hd300 (13) pod x3 (17) pokka (12) popomania (6) post-apocalypse (13) pqot (4) preamp (5) prequel (5) promo disc (5) prs (2) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (4) radin music (41) radio (4) rajinikanth (3) ramadhan special (61) ramli sarip (2) randall (4) rare (93) ratm (2) reco (24) recording (12) reg studio (8) restring therapy (47) revamp (2) rex (1) rg331m (3) rg350m (14) rhoma irama (3) ribena (4) rock at large (19) rocktron (6) roland (16) rotosound (5) roxette (1) roy z (7) rp360 (5) sabahan (18) samson (4) samsung (5) sandman guitar (6) saxbys (3) schecter (2) search (15) seymour duncan (20) sibu (6) sick puppies (6) signboard (12) silica gel (5) silvia (7) singapore (47) single/ep (5) sipitang (1) sit (2) skull strings (2) snark (9) so-cal (48) sonata arctica (3) sony (22) soundcloud (7) soya (5) spear (2) speedy (30) squier (17) sr300 (24) stagg (12) star wars (10) stewmac (3) sticker (6) strap (11) strings (87) strings by mail (2) sudirman (3) sukan (17) sundrop (2) sungai (11) super album (90) superlux (3) sv guitars (2) swee lee (2) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (34) takamine (5) takstar (3) tamil (11) tanglewood (9) tarot (15) tech21 (1) telecaster (10) telepathic tuesday (2) tesla (32) the cranberries (2) the guitar addict (30) the iron maidens (2) thomas zwijsen (4) throwback thursday (7) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (8) tonelab ex (2) tools (9) top 5 (3) tour de brunei (42) trade (19) transformers (4) travel (119) tribute (40) trivium (5) tsb6 (6) tuner (30) tv (31) ugly kid joe (3) usm (1) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (19) vox (69) warwick (11) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (27) wireless (3) wonda (3) wordless wednesday (235) wrestling (8) ww2 (6) x-11 (33) xpdc (5) yamaha (4) yeos (5) yNot (21) yogurt (7) yolo (4) yustech (1) z-studio (15) zachary hietala (13) zoom (102) zoso music (9)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger