Satu lagi album Dream Theater yang diperolehi secara impromptu setelah terjumpa disenaraikan dengan harga tersenyum €4.18 (RM18.45) dalam katalog estock_deutschland. Diterima serentak dengan
Cryptic Writings minggu lepas.
Selain harga tersenyum seperti kompilasi
Greatest Hit, album
Systematic Chaos (album semut) yang diperolehi kali ni juga merupakan versi "special edition" dengan tambahan DVD bonus dan imej slipcase yang berbeza sedikit (sekurang-kurangnya bukan digipak).
(P) & (C) 2007 The All Blacks B. V. issued to Road Runner Records. Meskipun slipcase yang koyak dan jewel case yang patah/retak, namun inlay, CD/DVD dan selebihnya masih nampak baru.
DVD bonus pula memiliki keseluruhan album dengan kualiti bunyi 5.1 surround dan sebuah dokumentari 90 minit bertajuk
Chaos In Progress: The Making Of Systematic Chaos - diarahkan oleh MP. Memang best kalau ada (atau bekerja dalam suasana) studio seperti dalam dokumentari ni.
Ada beberapa perkara aku perasan dalam dokumentari ni - (1) MP memang bossy, hahaha!~ (2) JR jarang ditemuramah (3) lagi teruk, tiada langsung JM ditemuramah, mungkin aku terlepas pandang kot? (4) perkataan yang paling banyak disebut semasa temuramah MP/JP/JLB ialah "you know~".
Sebelum memiliki album ni, aku cuma pernah dengar tiga buah lagu sahaja iaitu
In the Presence of Enemies,
Forsaken dan
The Dark Eternal Night. Tetapi secara peribadi, album ni lebih mudah dihadam berbanding
Train Of Thought. Mungkin disebabkan lagu-lagu dan beberapa solo JP dalam album ni ada iras-iras lagu yang pernah aku dengar (Metallica, Anthrax,
Iron Maiden, King Diamond, Opeth, Masterplan, dll).
Aku tercari-cari ulasan pakar (
Krenmaut) untuk album ni, tapi tak jumpa.
_____
Ada apa: Akan rembat lagi album Dream Theater lain sekiranya disenaraikan dengan harga tersenyum.