[Nanasmania] Dah selalu sangat buat entri cerita pasal minuman berasaskan nanas kan? This time it's the real thing, the pineapple (Ananas comosus) itself! Hahaha!
Ahad lepas (30/7/2011) waktu singgah di Pasar Malam Bintulu, Mrs. Ijau belikan aku sebiji (sebiji cukuplah) buah nanas. Katanya suruh aku buat entri pasal nanas original, bukan minuman atau jus nanas. Dengan harga dalam RM3-5 sebiji (mengikut saiz), kira agak berbaloi juga dengan nanas yang berat hampir 2 kg ni.
Buah nanas yang telah dibuang "mahkotanya" supaya senang diletak atas meja untuk sessi fotografi bersama Uzumaki Naruto. Memang kvlt "quilted body armour" buah ni kan?
Cara menikmatinya? Aku suka makan mentah-mentah macam gambar di bawah... Maksud aku makan ketika waktu berbuka puasalah.
Dengan rasa manis yang asli ditambah dengan rasa masam dan sedikit kelat, dan lagi sedap kalau ia disejukkan dahulu sebelum dinikmati, lagi kaw-kaw rasanya, nothing beats the real deal, slurrp!~
Kadang-kadang aku campurkan ketulan-ketulan kecil nanas ni dalam air gula (tak berapa banyak gula), kemudian tambah ais... Memang terasa kimochi~ macam nanas bersirap dalam tin. Waktu sahur sebentar tadi pun sempat bedal beberapa ulas...
Err... Tak apa ke aku cerita lebih-lebih pasal nanas awal-awal pagi ni?
[Diari Ramadhan 1432H entri #4]
_____
Ada apa: Dengar-dengar mitos, nanas ni amat tidak sesuai dimakan oleh wanita yang mengandung, boleh menyebabkan keguguran, betul ke?
7 komen:
Aku pun penggemar nanas gak. Tapi malas nak kupas menda ni...
buat pacri la..
sorry aku tak tahu spell. Sedap woo nanti makan ngan nasik ngan lauk2 lain
aku baru minggu lepas gi kenduri kat pekan nanas, pontian...
err..tak lari tajuk ker ni?..
hampeh la ijau..
kecur air liur akuuuuuuuu....
P/S: Bukan setakat nanas, rebung dan segala jenis makanan yang 'tajam' perempuan mengandung tidak digalakkan makan.
mhagnoth:
beli nanas dlm tin (aku pun slalu beli)
deaf:
aku klu dah cmpr dlm masakan lain, aku dah xminat... lg suka mkn mentah
berteromber:
nanas johor mmg kick
muspeed:
tu nasib baik aku xltk gmbr nanas + air gula + ais... pergh~
hang mmg arif bab2 ngandung ni...
bahaya ni pengantin baru makan nanas hehehehehehehehe
aku boleh dikatakan fan nenas. Kena salut dengan garam fuh... memang kelasssss!
Post a Comment