Projek memasang pikap Tesla Plasma-2 dan "servis" gitar hibrid si Korawk malam tadi berjalan lancar. Masa yang diambil adalah standard dua jam, jangkamasa yang sama waktu pasang Tesla Plasma-1/VR-1/VR-Extreme pada Mirage aku dulu (amatur lah katakan).
Mungkin kalau aku ada kelengkapan yang cukup dan meja (workbench) yang khas macam Yustech, mungkin kerja-kerja macam ni boleh dipercepatkan lagi.
Siapalah yang pasang pikap ni dulu?
Walaupun berlabel "SAMICK" pada bahagian atas pikap asal, tapi di bahagian bawahnya berlabel "SAMSHIN". Kalau tak silap Samshin ni nama kilang yang membuat pikap Tesla, maknanya gitar hibrid ni dah pun guna Tesla hehehe...
Wiring yang boleh dikira oke, senang nak paham. Aku cuma ikut wiring asal ni sebab semuanya masih berfungsi dengan baik, malas nak overhaul keluarkan semua pots.
Kalau suis jenis macam ni memang tak sesuai untuk gitar jenis Les Paul (atau singlecut lain yang mempunyai suis di lokasi yang sama) sebab ia tak tegap seperti suis jenis yang satu lagi. Pengguna gitar Les Paul pastinya tau macam mana "ganas"nya kita menggunakan suis pikap.
Yang pasti gitar ni memang kotor (macam mana kau jaga gitar ni bro?), ada sisa-sisa residu manusia melekat pada fretboard, tak kurang juga dengan debu-debu liar pada headstock, celah pikap dan bridge.
Korawk, siapa yang restring gitar ni dulu?
Aku memang agak cerewet kalau tengok gitar yang kotor. Dalam kesempatan yang ada, habis segala debu-debu liar aku berus, fretboard kotor tu aku cuci dan lembabkan dengan lemon oil, body aku polish bagi berkilat - don't worry bro, this one is on the house :)
Hasil kerja malam tadi, memang ngam dengan tema Les Paul Custom (copy) dengan pikap dan TOM bridge + stoptail berwarna emas. Korawk, aku rasa kau tak pernah tengok gitar hibrid kau ni berkilat macam gambar di atas kan?
Juga dipasang dengan tali Ernie Ball Super Slinky (9-42) baru, menggantikan tali lama yang memang dah lama overdue karatnya. Oh ya, suis pun dah ganti dengan suis ProLine yang aku order dari NoobAxe beberapa hari lepas.
Cuma yang agak mengecewakan, walaupun bungkusan Ernie Ball ni memang kedap udara, tapi tali E dan B terdapat banyak tompok karat, lebih banyak kalau berbanding tompok karat pada tali Rotosound yang aku pasang pada Mirage minggu lepas.
25.5"?
Ya memang betul, disebabkan ia menggunakan neck/head superstrat Malibu, secara otomatiknya gitar ni berskala 25.5" dan bukannya 24.75" seperti gitar-gitar singlecut yang lain. Hibrid, memang hibrid...
Seperti yang aku katakan tadi, projek ni berlangsung dalam dua jam (termasuk proses cuci-cuci Malaysia) tanpa sebarang kesilapan pematerian dan pengulangan. Okela, sementara menunggu tuannya mengambil gitar ni pada hari Isnin kelak, beberapa hari ni aku gunakan gitar hibrid ni untuk praktis persediaan sessi jamming Metuk Ulau Projekt yang akan datang, sambil menguji apa yang menarik pasal tali Ernie Ball ni.
[Entri Mini] Maulidur-Rasul 1433H
[Added @ 1100 hrs] Selamat menyambut Maulidur-Rasul 1433H, entri mini ni pun baru aku tambah lepas balik dari berarak di Esplaned Bintulu pagi tadi.
Imej Wikipedia.
Entri pasal majlis sambutan Maulidur-Rasul peringkat Bahagian Bintulu akan aku buat dalam entri berasingan. Sallallahu ala Muhammad, sallallahu alaihi wasallam...
_____
Ada apa: Korawk, jangan lupa McDonald's double spicy Chicken McDeluxe!
7 komen:
dalam diam, kau dah teslarised gitar cort si korawk...sayangnya aku dah xda gitar karan lagi la...tunggu aku beli yg baru la...insyaAllah tu pun kalo ada rezeki lebih...
samick malibu hybrid, bkn cort...
tali ernie ball mmg cepat karat...sbb tu sy suka pakai d'addario...tahan lama sikit...
aku lega pasal ada lagi org lebih malas dari aku kalau bab bersihkan gitar ni hahahahahahahaha baik ko prektis selalu jadi guitar tech ni mana tau boleh jadi macam brader yus.. nah kalau ko balik kampung terus ku antar semua gitar ku aya mu.... mun si kurak blanja baga mekdi aku blanja kawu jas baga... hahahahahaha amacam??
btw aku guna string ernie ball yang ada coat.. hehehe so kurang / tiada karat hehehehehehe
mazlan:
lately, aku dgr byk komen2 negatif pasal ernieball ni, stakat ni aku suka guna GHS dan martin/darco
jiaro:
boleh... klu ko blh sediakan brg2 kelengkapan (pikap, pots, caps, solder, dll) sbb di kmpg aku cuma ada screwdriver & allenkeys saja
secara total aku memang puas hati dengan servis ini kali! aiya...sorry potato curly tu anak buah aku 'pau' semasa dalam kereta haha, ini macam 6 bulan sekali aku hantar gitar mau cek sama bro Ijau (macam appoinment dengan dentist la pulak!) overall sound Tesla memang kaw2,memang betul review sebelum ini ianya memang untuk sound Rock/hardrock, dan bila body gitar dah berkilat rasa sayang pulak bila melihat ini Hybrid punya gitar..perlu dapatkan hardcase satu kalo ini macam. next project, Jackson!
sori bro atas kekhilafan sebelum ni hahaha
Post a Comment