Seperti tahun-tahun
lepas bila tibanya bulan Mac, secara tak rasminya aku akan "meraikan" ulangtahun keberkecimpungan aku dalam kancah kegitaran semenjak tahun 2009. Tahun ni merupakan ulangtahun yang
ketiga, menjenguk sejenak apa yang berlaku dalam dunia kegitaran aku sepanjang setahun yang lepas...
Axology
Sepanjang tahun lepas,
axology aku mengalami perubahan drastik, kesemua gitar-gitar aku
Abominations,
Black Ice,
Replacement dan
Ashdozen dah di"let-go" sepenuhnya (atas sebab-sebab tertentu) dan diganti dengan
Goldie,
Clover dan
Mirage (dua gitar satu bass kira cukuplah tu kan?).

Tak lupa juga beberapa gajet tambahan (stompboxes, multi-effects, cases). Dan disebabkan Hepi ;) makeshift studio dah diberhentikan operasinya, kedua-dua amp besar aku
CR50BXT dan
VT40+ juga terpaksa di"let-go" demi kebaikan penjual dan
pembeli.
Credits to Calvin (
Dead Eye Guitars), Clement (
.gapnap/
Music Master), Bro Amizan (
CK Music), Engbok (
yNot/
MMO Music), Jo (
NoobAxe), LYN user (Ashportal, soad_vs_incubus) for the gears!

Tahun lepas juga aku memulakan projek menaiktaraf pikap gitar-gitar aku menggunakan jenama Tesla (
AH-1,
Plasma-2,
Plasma-1/VR-1/VR-Extreme) dan DiMarzio (
DP103/DP100) awal Februari lepas.

Suatu kepuasan terasa bila projek yang dijalankan menjadi dan hasilnya seperti yang dijangkakan. Seperti biasa kalau bab ni Bro Sub (
The Guitar Addict) dan
Yustech merupakan pengaruh utama.
Music Life
Semenjak Hepi ;) berkolaborasi dengan geng-geng
Metuk Ulau Underground Voices (MUUV) bulan
September lepas, tugas bassist digalas oleh
Adi Herman yang lebih berpengalaman, manakala aku pula lebih selesa menjadi "gitaris ketiga" selepas Azrol dan Naz
Korawk untuk mencukupkan korum "three amigos" - kolaborasi ini secara rasminya kami namakan
Metuk Ulau Projekt.

Dan dengan menggunakan nama Metuk Ulau Projekt ni, secara tidak langsung aku dah turut serta dalam pergerakan komuniti muzik bawah-tanah Bintulu (Bintulu scene) disebabkan Adi Herman dan Korawk merupakan antara yang berpengaruh dalam komuniti ni. Tanpa mereka, mungkin aku tak akan merasa bagaimana pengalaman "adrenaline-rush" waktu menyertai gig.
Dan aku agak segan bila Metuk Ulau Projekt dilabel sebagai band otai waktu OSG2012 lepas, sedangkan aku ni baru berkecimpung tiga tahun dan hanya pandai main open chords, power chords dan simple scaling saja.
Yang jelas, Bintulu scene ni agak "colourful" dan lebih meriah (Heavy Metal, Rock Kangkang, Deathcore, Buskers, Reggae, Ska, Indie, Alternatives) jika dibandingkan dengan Sibu dan Mukah scene yang agak ganas dan gelap (Black, Death Metal).
Tapi aku dah jarang main bass, rookie bassist tu dah agak kurang sesuai la pula. Apa-apapun... Scream for me Bintulu! \m/
_____
Ada apa: Masih rookie lagi ni...