Sepanjang bulan September,
Sandman Guitar Centre (Batu Pahat, Johor) mengadakan promosi jualan penghabisan stok, antaranya gitar jenama Epiphone yang satu daripadanya dah terbang ke Bintulu minggu lepas...
Ia diperolehi secara impromptu dan banyak "kebetulan":
- Kebetulan, model Explorer ni tinggal satu unit terakhir dalam stok.
- Kebetulan, ada diskaun 30% menjadikannya termasuk dalam julat harga mampu milik.
- Kebetulan, tengah masyuk lepas gali lubang tutup lubang yang serius, sebelum dirembat oleh orang lain, baik aku rembat dulu, hahaha...
- Kebetulan, si Korawk minat gitar berbentuk Explorer (nak jadi Hetfield celup, Eclipse dah ada), nak bagi dia rasa
jeles *cemburu kaw-kaw punya! Hahaha jahat...
- Kebetulan, Mrs. Ijau pun tak bising-bising sebab ia hasil dana GLTL nombor (3) tadi.
Epiphone 1958 Explorer Korina, spesifikasi tak perlulah aku cerita, boleh layari website
Epiphone. Dah lama aku tak ada gitar berbentuk ekstrim, kali terakhir tahun 2010 iaitu Dean VMNTx (
Abominations) dan Jackson JS32T Kelly (
Kelly Kelly).
Mengikut tag, ia dipasang dengan tali D'Addario saiz 10-46, dah berkarat pun, mungkin sebab dah lama disimpan. Tapi pihak Sandman berjanji akan menggantikannya dengan tali baru kelak.
Berdasarkan
nombor siri U07021945 ia merupakan unit ke-1945 yang dibuat di kilang Unsung (Un Sung Musical Instrument Co.) Korea pada bulan Februari 2007. Lagi
tua senior daripada gitar-gitar yang aku miliki (
Goldie 2010,
Mirage 2011,
Calypso 2008,
Tommy 2013).
2007 Korean batch, nice~
Pikap yang digunakan ialah in-house Epiphone Alnico Classic. Jika beberapa tahun lepas, sudah pasti aku tak suka bunyi pikap jenis klasik sebegini, waktu tu semua nak high output, pikap sebegini atau jenis single coil memang tak pandang pun.
Routing kaviti "isi perut" yang sempit, macam langsung tak ada ruang untuk maneuver pateri kecuali jika membuat pematerian di luar kaviti (pre-soldered). Tapi tak mengapa (parap-parap) pikap yang sedia ada pun memang serasi dengan
HT-5RH, jadi buat masa ni tak ada "nafsu" untuk menukarnya, keep it in original specs.
Seperti biasa ada pembelian sampingan iaitu tali gitar berjenama
Curt Mangan (dah lama aku nak cuba jenama ni) saiz 9-42 dan juga patch cable sebagai penggenap bayaran.
Pada kesempatan yang ada, aku terus tukar tali gitar D'Addario yang karat dengan set Martin Darco 9-42 (Curt Mangan tadi simpan dulu). Darco ni lembut macam GHS Boomers, boleh menyaingi kelembutan Ernie Ball Slinky, tapi pada harga yang murah, hampir semurah jenama Alice.
 |
LaQonan semata-mata. |
Selepas sessi traimming Hari Malaysia
beberapa hari lepas, ternyata Explorer bukanlah gitar yang selesa digalas jika anda dah biasa dengan gitar bentuk konvensional (superstrat dan singlecut). Nak main Explorer ni kena
main londeh, sudah pasti postur dan kualiti permainan akan sedikit terjejas, tapi tak mengapa (parap-parap, lagi) ia lebih kepada gitar koleksi berbanding gitar harian.
Nickname? Tak payah susah-susah, aku gelar
KORINA sahaja, Korina The Explorer (tak ada kaitan dengan
Dora The Explorer).
_____
Ada apa: *Ah? Korawk nak beli?