Selepas pengalaman menggalas gitar berat (Johnny @ 4.7 kg) 2+ jam semasa sessi jamming KKB bulan lepas, sudah ada keperluan untuk memiliki strap sebegini. Strap yang lebar dan berlapik tebal (heavily padded) sesuai untuk mengurangkan lenguh menggalas gitar yang berat dalam jangka masa yang lama.
Pick pocket, get it? |
Scott Ian sebagai penyeri. |
PW material lembut dan selesa, tapi tak berapa panjang sesuai untuk gitar-gitar superstrat (Mirage, Calypso). Dunlop pula walaupun materialnya kasar (nylon), tapi ia memang panjang, sesuai digunakan untuk bass atau gitar yang disangkut jenis londeh (Goldie, Korina).
*Dan kesemua strap aku ada sistem kunci (strap-lock) - Flambe guna Dunlop Lok Strap, Camo guna Hennessey, JS guna Dunlop StrapLok, manakala Barbed sememangnya ada mekanisma kunci tersendiri (Planet Lock). Betty di atas tadi mungkin akan menggunakan Hennessey.
Chelsea? |
Strap yang selesa dan teguh (berkunci) sedikit-sebanyak menaikkan mood dan semangat semasa jamming atau gig.
_____
AADI: *Tak mahu tragedi Kelly Kelly berulang lagi...
2 komen:
Oh, Chelsea ye... 🤔
tak follow pun EPL or soccer in general
cheap arm band bro, boleh cover wireless transmitter
lagipun warna hijau :)
Post a Comment