Sabtu (20/01/2018) - Setelah cemburu dengan
Perlis Rock Mob, beberapa orang ahli Kelab Pencinta Muzik dan Kesenian Bintulu (Pemuzika) mencadangkan agar komuniti rock Bintulu juga tidak ketinggalan untuk menganjurkan aktiviti sedemikian. Hasilnya acara Rock & Mob akan dijalankan pada bulan Mac nanti di
Paragon Bintulu (tempat dan masa mungkin berubah).
|
Hampir semua gitaris guna multi-fx, dan scooped... |
Ini merupakan sessi rehearsal pertama iaitu jamming secara beramai-ramai untuk mencari keserasian bertempat di perkarangan
Warung Deli. Disertai rata-ratanya oleh ahli-ahli band rock sekitar Bintulu; BRRU, Pro-X, Natas, Mother Earth, Nawaitu, NV Unity dan
MUP.
Untuk sessi kali ini, MUP hanya diwakili oleh Bob Kandar.
Adi Herman dan Azrol awal-awal lagi mengambil keputusan untuk tidak ikut serta. Aku? Aku kali ini datang hanya sebagai penonton, walaupun sebenarnya ada
Johnny dan
Micro Cube GX dalam kereta. Tapi sebab aku datang lambat (sekitar 4.15 petang) dan faktor *lagu, agak segan untuk deploy dan ikut serta.
Oh ya, tema Rock & Mob Bintulu ialah Tribute To Search, *maka lagu yang dipilih sudah pasti lagu-lagu Search. Pada perancangan awalnya lagu
Purnama,
Di Pintu Sepi dan
Derap Komando dipilih. Serius, aku tak familiar dengan lagu-lagu ini.
Aku rasa kalau nak tribute, lebih afdal kalau pilih lagu Search yang lebih mainstream, senang dimainkan dan bernada rendah, bukan semua orang boleh tarik vokal ala Amy. Tapi siapalah aku untuk mempertikaikan keputusan, lagipun aku bukanlah ahli Pemuzika.
|
Zon vokalis, santai tepi sungai. |
Atas desakan beberapa pihak, setlist diubah lagi, masih lagi Search.
Derap Komando bertahan, ditambah dengan lagu
Meniti Titian Usang dan sebuah lagu Iban
Biar Bekikis Bulu Betis.
Hairan juga kerana lagu Iban berirama rumah panjai dipilih sedangkan temanya Rock & Mob, memang ada lagu-lagu rock (dan metal) Iban yang lebih sesuai contohnya lagu-lagu
Majestica, nah! Tapi sekali lagi, siapalah aku untuk mempertikaikan keputusan, lagipun aku bukanlah ahli Pemuzika.
|
Seronok tengok drummer synchronised. |
Selepas habis sessi, ramai yang bertanya kepadaku termasuk pengerusi Pemuzika kenapa tak turut serta? Projek ini katanya bukan hanya untuk ahli-ahli Pemuzika, tetapi terbuka kepada semua ahli muzik Bintulu tak kira profesional, amatur, budak, dewasa, lelaki, wanita, beginner, master. Yelah kot, nak ikut format
Rockin' 1000.
|
Drummer keempat guna drum digital. |
Jika aku ingin turut serta sessi akan akan datang, maka aku perlu praktis lagu-lagu tersebut, atau opsyen kedua tak payah ikut serta seperti Adi dan Azrol. Ok,
Meniti Titian Usang aku pernah main suatu ketika dahulu.
Biar Bekikis Bulu Betis pun aku selalu dengar, chords agak ringkas, mungkin tiada masalah praktis. Cuma lagu
Derap Komando sajalah yang perlu didengar berkali-kali.
Sessi kali ini ada 6+1 gitaris (
Azroy balik awal, tali gitar putus), 3 bassist dan 4 drummer. Untuk sessi akan datang, jika aku turut serta, mungkin aku akan bermain bass. Dan untuk kelainan, aku akan menggunakan
Pod HD300 untuk efek ambient. Kita tunggu lagi dua minggu akan datang...
_____
AADI: Katanya bulan Mac nanti adalah peringkat Sarawak terus, fuu~
5 komen:
all the best haha
Main la lagu pembakar perasaan.search pun tak penah bwk live lagu tu..hehe
adi - jom join, masih sempat
rafi - katanya setlist adalah undian majoriti ahli pemuzika
patut lagu Pawana...
ini selain Isabella yang semua orang pun tau...
Menarik
Post a Comment