#10yearschallenge - Secara tidak rasmi, bulan ini genap sedekad aku terjerumus dalam hobi kegitaran, agak lucu juga bila membaca kembali
entri pertama...
Bermula dengan ketiadaan hobi baru di Bintulu dan
cemburu dengan senpai (geng Manggas -
Takilala,
Jairo) aku memulakan perjalanan yang penuh suka dan sedikit duka. Kebanyakannya telah diulas dalam
entri tahun lepas (dan juga entri tahunan
2010,
2011,
2012,
2013,
2014,
2015,
2016,
2017), jadi tak perlulah diceritakan semula.
 |
2009 yang slim, feat. Azroy Hammett. |
Selama 10 tahun ini aku sempat melalui tiga fasa - bujang, suami dan ayah. Ketiga-tiganya memberi impak yang berbeza terhadap hobi. Paling ketara bila masuk fasa ayah, makin bertambah bilangan anak, makin berkurang masa untuk berhobi. Apa-apapun keluarga patut diutamakan...
Sejak awal penglibatan lagi aku tidak menetapkan sasaran yang tertentu, asalkan aku dapat main gitar lagu-lagu kegemaranku sudah kira berpuas hati. Tidak pernah terfikir untuk sampai tahap main gig atau persembahan awam.
Berbangga dengan rakan-rakan lain yang sudah maju ke depan -
Adi Herman dan Azrul kini mula menggegarkan Sarawak dengan projek
Tahi Suci. Terkini, Azrul khabarnya akan tour bersama-sama Larrong ke Filipina pertengahan bulan Mac ini sebagai gitaris gantian. Tahniah, all the best~
Aku? Aku masih di sini, begini dan tidak ke mana-mana, cukuplah sekadar penghobi. Untuk maju ke depan perlukan pengorbanan dan komitmen, dua perkara yang aku tak sanggup (rujuk perenggan ketiga).
Bersempena 10 tahun ini, aku berazam untuk
mengurangkan gajet-gajet kegitaran yang aku ada secara berperingkat, agak risau kerana sekarang nampak seperti menjurus ke arah
hoarder collector berbanding player, tetapi langsung tiada masa untuk memainkannya. Mungkin akan mengorbankan
haluan bass sebagai permulaan ini.
Nasihat aku kepada mereka yang mungkin senasib atau bakal senasib, lebih berhati-hati dalam perbelanjaan perhobian dan bijak menguruskan masa antara kerjaya, keluarga dan hobi.
_____
AADI: Agi idup agi metal! \m/