Masih mood raya?
Charvel So-Cal Style 1 HH, gitar aku yang jarang bertukar tali, biasanya setahun sekali. Itupun kalau ada aktiviti yang memerlukan khidmatnya - gig atau persembahan umum. Kalau tak, kadang-kadang sampai dua tahun tak bertukar tali.
Baru sahaja dipasangkan dengan EXL115 (11-49, D-standard) awal Januari lepas, tapi disebabkan projek kolaborasi raya Dead Eye Guitars, ia digantikan dengan tali GHS Boomers GB9 1/2 (9.5-44) supaya lebih optimum untuk talaan E-standard.
Dalam kesempatan yang ada, fret-fret digilap dengan Dunlop System 65 Micro Fret Cloth, dan pertama kalinya aku meggunakan fret guard pemberian arwah YusTech tujuh tahun lepas.
Batch baharu Boomers ini menggunakan bungkusan plastik kedap udara berbanding kertas untuk setiap tali (sama seperti Boomers David Gilmour). Bungkusan begini berpotensi untuk tahan disimpan dalam jangka masa yang lama.
Selepas kolaborasi tadi ia dibiarkan dalam E-standard, akan ditala semula pada Eb-standard bila diperlukan. Inilah kelebihan saiz 9.5-44, perubahan kekenyalannya antara E dan Eb-standard tidak berapa ketara.
_____
AADI: Kembali masuk dalam peti buaya.
1 comment
Hebat!
Post a Comment