Selepas black album, satu lagi album berpengaruh tahap soundtrack of my life menyambut ulang tahunnya yang ke-30 hari ini, album kedua Nirvana Nevermind.
Budak tu katanya nak saman Nirvana. |
Album ini mengingatkan aku kepada dua zaman "teenage angst", pertama pra-SPM (1995-1996), waktu itu selalu pinjam kaset-kaset Nirvana daripada koleksi Takilala & Bros. atau member-member lain. Belum mampu beli kaset sendiri, duit selalu habis beli komik manhua.
Kedua, ketika bergelar siswa USM, Penang (1997-1998), kaset di atas dibeli di Komtar pada 23/01/1998 (seperti yang tertulis pada inlay). Versi CD pula pernah dibeli dua kali, tahun 2010 dan 2014.
_____
AADI: Thank you Nirvana.
2 komen:
Somewhere in 1992 kalau tak silap... belek carta billboards kat suratkabar The Star... nampak tajuk lagu yang pelik... Smells Like Teen Spirit... tu 1st time tau kewujudan band bernama Nirvana...beberapa minggu/bulan lepas tu kot baru tau lagunya macamaner...
wahh ni dah ada unsur2 giler format cam berteromber ni haha
Post a Comment