Gig bersempena pembukaan semula King's Jamming Studio selepas dua tahun pandemik dan mengembalikan kemeriahan acara gig lebih-lebih lagi selepas kenaikan semula scene rockapak yang dicetuskan oleh konsert Search Rooftop.
Lokasi kejadian ialah garasi di bawah King's Studio yang dahulunya merupakan bengkel servis air-con kereta yang kini kosong kerana telah berpindah ke tempat lain. Dahulu area ini agak lengang, tetapi selepas pembukaan Bintulu Boulevard di seberang beberapa tahun lepas, kini ia kembali meriah.
MUP hampir-hampir tidak dapat menyertai gig ini kerana sebelah pagi hari kejadian Bob Kandar kurang sihat, pening dan mual (vertigo?) kerana kurang tidur semalaman menjaga ibunya. Tapi bila acara ditunda daripada pukul 2.00 petang kepada pukul 5.00 petang atas masalah-masalah spesifik, Bob Kandar sudah cukup rehat untuk meneruskan urusan harian.
Selain langsung tiada masa untuk rehearsal, isu line-up juga sedikit sebanyak menurunkan mood penyertaan - ditanya Azrol tiada respon, diajak Gary Designation Jazz (kini bekerja di Bintulu) katanya masih malu untuk perform live, diajak Methodman ok tapi tiba-tiba terpaksa balik Kuching kerana urusan kelurga sehari sebelum hari kejadian. Mujurlah Herman Akmal menyahut seruan pada saat-saat akhir sebagai bassist, maka aku bertukar posisi semula menjadi vokalis/gitar sebelum ini vokalis/bass.
Selain terpaksa berlatih semula untuk main gitar (selebihnya muscle memory), juga menjadi cabaran untuk aku menyanyikan setlist "playsafe" empat lagu pada talaan E-standard (sebelum ini Eb-standard) bagi memberi peluang untuk Nuing menggunakan gitar baharunya Ibanez RG370AHMZ yang ditala, diintonasi E-standard dan telahpun dipasang dengan set Seymour Duncan Black Winter beberapa bulan lepas.
Soundcheck terus main... biasalah, MUP.
Serius, bila dah biasa main talaan Eb-standard, sesekali main E-standard terasa seperti tiada perbezaan, semua note lagu masih dapat aku tarik. Seperti biasa sindrom selepas gig (sakit ulu hati) masih ada tapi taklah sesakit FB live bulan Disember lepas.
Juga mengeluarkan So-Cal dari pertapaan, yang bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-10 dalam axology aku bulan September nanti. Menggunakan multi-fx MG-30 terus ke effects return amp studio KG100HFX.
Sessi petang berakhir sekitar 6.40 petang, melebihi masa curfew aku 6.30 petang. Sempatlah bersosial semasa persembahan band kedua Reunite (cover band Nirvana) bersama rakan-rakan sepermetalan dan rockers Bintulu yang hadir termasuk Adi Herman.
Sessi sebelah kedua bermula 7.00 malam, aku hanya layan melalui FB Live King's Studio.
Post-mortem:
- Kena tambah setlist "playsafe" jika ada line-up tetap.
- Perlu buka footswitch toppers pada MG-30 untuk mengelakkan tertekan dua suis kaki sekaligus - terjadi semasa solo 2 Minutes To Midnight (rujuk video, sekitar @20:37).
- Nuing, elakkan pakai selipar semasa persembahan, kah kah kah...
_____
AADI: Kalaulah cukup masa untuk praktis dan rehearsal.
2 komen:
Hebat!
aku datang ke gig ni pun selepas balik dari majlis high tea ofis aku hahaha
Post a Comment