Khas untuk bloggers dari Johor dan peminat adiwira Keluang Man secara amnya. Minuman kopi susu Wonda edisi Kluang dengan tongkat ali. Dan sinonim dengan Kluang ialah Keluang Man yang katanya kini dalam pembikinan filem live-action berfasa oleh Astro Shaw.
Diperolehi di pawagam GSC Bintulu semasa menonton filem Mickey 17 minggu lepas melalui promosi dalam app GSC, Wonda Kluang + Calpis Soda dengan harga RM5.50 untuk kedua-duanya, amat berbaloi. Setakat ini aku belum pernah jumpa lagi Wonda Kluang ini di premis pasar raya, kedai runcit, Shell Select mahupun Kedai Mesra Petronas. Adakah ia eksklusif untuk GSC?
Rasa? Pahit-pahit hangit (tongkat Ali?) seperti Wonda Johor seperti dalam entri lima tahun lepas.
_____
AADI: Kopi Tiong Man? Ada taurina.
0 comments
Post a Comment