Seymour Duncan Liberator ini juga satu daripada pancingan promosi pikap Bentley Music berdiskaun 60%. Ia dipesan sekali bersama-sama DiMarzio D Activator-X dalam entri lepas, tapi dihantar berasingan kerana ia merupakan stok dari Bentley Music Gurney Paragon, Penang.
Diterima dalam keadaan opened box tapi masih baharu dan lengkap dengan manual dan pemutar skru kecil. Dengan diskaun 60% tadi harganya kini sama seperti harga seunit potentiometer Bourns biasa.
Agak terkejut kerana dapat varian pot 500k kerana dalam katalog hanya ada varian pot 250k. Tapi bila dapat varian 500k ini lebih bagus kerana aku ada banyak pikap humbucker pasif yang lebih sesuai dengan unit ini.
Pernah memiliki unit Liberator terpakai hampir tujuh tahun lepas, yang dipasang pada ex-Neon. Liberator ini sesuai dipasang pada gitar yang kerap bertukar-tukar pikap, kerana wayar-wayar pikap hanya perlu disambung pada terminal yang diketatkan dengan skru. Dapat menyingkirkan kelecehan bermain pateri.
_____
AADI: Mungkin akan pancing lagi beberapa unit kalau ada bajet lepas raya.
0 comments
Post a Comment