Giliran album ketujuh Kamelot The Black Halo menyambut ulang tahunnya yang ke-20 esok (15/03/2025). Kalau ikutkan, inilah album Kamelot kegemaranku mengalahkan album sebelumnya Epica.
Jika Epica mengingatkan aku pada tahun terakhir aku di Penang dan musim menganggur di kampung sebelum dapat kerja di Bintulu, album ini pula mengingatkan aku pada era kembali rajin berblog selepas penjenamaan semula AADI. Walaupun ia rilisan 2005, tapi aku hanya layan album ini sekitar 2009 selepas menonton DVD One Cold Winter's Night.
Selepas Roy Khan keluar Kamelot pada 2011, aku agak suam-suam kuku untuk layan Kamelot. Tiga album era Tommy Karevik; Silverthorn, Haven dan The Shadow Theory, walaupun kesemuanya aku ada versi CD tapi seperti tidak melekat walaupun didengar beberapa kali.
_____
AADI: Album terkini The Awakening (2023) pun belum dijengah.
0 comments
Post a Comment