Throwback Thursday: Windows 3.11


Satu daripada mesin analisis di tempat kerja aku masih lagi menggunakan sistem operasi Microsoft Windows 3.11. Maknanya mesin tersebut dan komputernya sudah berusia lebih 20 tahun.


Syukurlah aku sempat belajar guna Win 3.11 dan MS-DOS 6.22 pertengahan 90an dulu, sebelum platform diambil alih oleh Windows 95 yang lebih mesra pengguna. Juga sempat belajar perisian DOS-based lain seperti WordStar dan dBase.


Bilakah kali terakhir anda menggunakan OS ini? Atau soalannya, sempatkah anda menggunakannya? Hahaha... Aku yakin Berteromber antara yang sempat guna.

Command.com, autoexec.bat, config.sys, mscdex.exe - ini semua setting nostalgia.

_____
AADI: Juga sempat guna disket 5.25".

Wordless Wednesday: Thomas & Friends Hardcase




_____
AADI: Hardcase kegemaran Ijau Jr.

Ada Apa Dengan Dutch Lady Purefarm Kurma?


Selalu beli susu UHT Dutch Lady Purefarm 1L full cream dan strawberry, semalam terjumpa dua perisa baru di pasar raya F - perisa kurma dan rose bandung yang katanya merupakan edisi Ramadhan. Fuh baru masuk bulan Sya'aban dah ada produk untuk bulan Ramadhan.


Aku memilih perisa kurma untuk dicuba permulaan ini, katanya ia merupakan susu rendah lemak ditambah dengan ekstrak kurma. Boleh tahan sedap, lebih sedap diminum sejuk.

Harganya RM5.90 sekotak 1L, masih lingkungan harga yang sama dengan Purefarm perisa lain. Lebih berbaloi berbanding susu kurma lain di pasaran, pendapat aku.

_____
AADI: Boleh dijadikan hidangan tambahan sungkei (iftar) dan sahur kelak.

IDK Sig Mark VI?


Serius, dah lama teringin sebuah gitar Jackson, kali terakhir ber-Jackson sembilan tahun lepas dengan ex-Kelly Kelly (JS32T Kelly) yang hanya bertahan beberapa bulan. Sejak itu, beberapa kali terGAS untuk mendapatkan sebuah Jackson dan hampir-hampir memiliki sebuah SLXT kawasabi dua tahun lepas (cerita di sini).


Jackson JS32 King V ini diperolehi sebagai ganjaran sendiri (self-reward) bersempena ulangtahun ke-10 #10yearschallenge dan GLTL setelah berjaya menyingkirkan haluan bass (ex-Francesco dan ex-Tommy). Ini merupakan model 2017, masih menggunakan kayu rosewood untuk fretboard berbanding amaranth untuk model terkini, spesifikasi lain masih sama.

Kotak dalam kotak.
Diperolehi daripada Music Bliss, atas sebab-sebab keteradaan stok, kira kali pertama aku beli gitar daripada Music Bliss. Ditambah dengan penghantaran percuma menggunakan Freight Mark yang mengambil masa 5-6 hari, sempat untuk dibawa gig. Sayangnya, batch JS32 terkini tidak didatangkan dengan gigbag seperti batch 2010.


Diterima dalam keadaan yang memuaskan, tiada kecacatan fizikal dikesan, maklumlah bentuk ekstrim sebegini agak cerewet semasa dalam transit, berdasarkan beberapa pengalaman sebelum ini. Tapi macam mana pula tali high-E boleh putus sekitar fret ke-15? Duh~


Dokumentasi, disertakan dengan beberapa hex-wrench (Allen keys), tremolo bar (of course) dan tiga keping pick cap ayam sebagai hadiah percuma. Come on Music Bliss~ mati-mati aku ingatkan pick Jim Dunlop Riffs/Gels.


Untuk menggantikan set tali asal yang nampak berkarat dan putus high-E pada perenggan keempat tadi, set tali baru D'Addario EXL120 (9-42) dipasang dan ditala pada E-standard. Nampaknya aku masih ada dua set EXL120 ni dalam stok, aku ingatkan dah habis...


Pikap berkembar Jackson yang aku jangka merupakan pikap G&B yang dijenamakan semula, suis toggle 3-arah, tombol VOLUME dan TONE. Kemasan berwarna hijau "matte army drab" yang seakan-akan warna hijau "green shadow flat" pada ex-Dinoscar (Mark I) dan ex-Clover (Mark II).


Locking bridge in-house Jackson by Floyd Rose, harap kualitinya sepadan dengan bridge LTD by Floyd Rose pada Neon yang masih bertahan hampir dua tahun tanpa masalah, berbanding Floyd Rose Special (FRS) pada Nightfall yang mula menunjukkan tanda-tanda bermasalah.


Ruang kaviti pikap dengan routing yang kemas, dan hah! Nampaknya jangkaan aku salah, set pikap yang digunakan merupakan jenama Belcat dan bukannya G&B. Tapi selepas pengalaman menggunakannya semasa Isolated Gig Vol. 1 minggu lepas, aku agak kurang berkenan dengan prestasinya (overtones, harmonics), prestasi pikap G&B yang ada pada LTD lebih memuaskan hati.


Mulanya aku ingatkan batch JS32 kali ini buatan Indonesia berdasarkan seni pertukangannya, rupa-rupanya ia buatan China (Weibo Musical Instrument Co. Ltd.).


Walaupun JS32-series ini siri bawahan untuk jenama Jackson (setaraf Ibanez Gio atau LTD 200-series ke bawah?) tapi pertukangan kayu yang halus terutama bahagian neck dan fretboard, ruang kaviti pikap, tombol, FR dan spring juga routing yang kemas, amat berbaloi per harga. Cuma ruang kaviti untuk sustain block agak terlalu luas.


Pematerian dan wayar yang juga kemas walaupun menggunakan suis dan pot murahan. Seperti pikap, bab ini aku tak kisah, ia akan diganti dengan barangan elektronik berkualiti kelak.

Jackson = metal! \m/
Headstock berwarna hitam matte/satin yang sepadan dengan tema. Headstock Jackson yang seksi antara satu daripada faktor kenapa aku ingin memiliki sebuah Jackson, selain ciri-ciri trademark standard Jackson lain - *slim neck, sharkfin inlays, compound radius (radii).


Kelebihan:
  1. Warna hijau "matte army drab". *Kenapa hijau? Itu tak perlu aku jawab.
  2. Pertukangan kayu yang mantap walaupun kategori gitar murah.
  3. *Bentuk King V itu sendiri, stabil dan seimbang jika dimainkan secara berdiri.
  4. *Stage presence, mojo ketika berada di atas pentas.
Kelemahan:
  1. Set pikap Belcat yang walaupun jenis high output, tapi personal sound preferences (overtones, harmonics) tidak memuaskan hati.
  2. Tuning machine yang tidak stabil, kadang-kadang keras kadang-kadang loose.
  3. Setup action, intonation asal yang ala kadar - ini aku boleh buat sendiri.
Kesemua kelemahan-kelemahan tadi sebenarnya sudahpun dijangkakan untuk gitar begini, dan sudahpun ada perancangan modifikasi untuk menjadikan gitar ini lebih tahan pukul.

*Harapnya, ini dapat menjawab soalan Bro Yustech dalam ruangan komen entri yang lepas. Nickname? Disebabkan warna hijau askarnya dan berbentuk V, aku gelar SARGE, aka self-proclaim IDK Sig Mark VI.

_____
AADI: Teringat gitar V aku dulu, ex-Abominations.

Sekitar Isolated Gig Vol. 1


Isolated Gig Vol. 1 yang pada mulanya dijadualkan berlangsung di Masterjamm Studio terpaksa diubah lokasi atas masalah dalaman studio, dan penganjur NorthSouth Punkster berjaya mendapatkan lokasi alternatif (yang aku rasa jauh lebih bagus) iaitu di The Gold Mines Gastropub Bintulu.

Hari pertama - Sabtu 30/3/2019.


Disebabkan ada beberapa band terpaksa menarik diri (miscommunications) kebanyakkannya band dari Brunei, acara hari pertama yang dijadualkan bermula pukul 1.00 petang terpaksa dianjakkan sehingga pukul 3.00 petang untuk mengimbangi slot persembahan. Dan MUP menjadi band pertama yang membuat persembahan hari pertama (sepatutnya band ketiga).

Yang ini serius sikit berbanding entri sebelum ini.
Line-up MUP: Nuing (1st guitar), Bob Kandar (drums), Aku (2nd guitar), Herman Akmal (bass), Nas Korawk (vokal/bass) - Korawk hanya main bass untuk lagu Kabus sahaja, lagu lain bass dimainkan oleh Herman Akmal. Dan gig ini juga merupakan gig pertama bagi Nuing.


Sempat membuat sessi soundcheck hampir dua lagu full. Seperti dalam entri lepas, GT-10 dan Helix atas pentas milik band Alexandria, aku dan Nuing hanya menggunakan MS-50G.


Setlist: Kabus (Metalian), Pentagram Di Atas Pusara (lagu ori MUP), Warriors Ride On The Chariots (Metalucifer). Gig pertama MUP tanpa cover lagu Iron Maiden...


Ironinya, kesemua axes yang digunakan MUP (PFG5, SR300, RG331M) suatu ketika pernah menjadi axes aku. Ya ya, King V atas tu gitar baru aku, akan dibuat entri berasingan kelak.


Oops~ Terkucil @0:31 onwards.

Untuk sessi soundcheck dan persembahan, kebanyakkan gambar aku ambil daripada WhatsApp dan Facebook rakan-rakan.


Rasanya ini kali ketiga Korawk menjadi frontman (pertama, kedua), memberinya peluang dan pendedahan bagaimana tekanan menjadi seorang frontman. Dan seperti biasa, helaian lirik dibawa sebagai "rujukan".






Wounded Flame.
Untuk hari pertama, hanya empat band beraksi (rujuk perenggan kedua). Aku sempat layan persembahan dua band iaitu Wounded Flame (Miri heavy hardcore) dan Alexandria (Brunei metalcore). Band keempat aku lupa sebab aku balik sekitar pukul 5.30 petang untuk mengejar waktu curfew hujung minggu aku (pukul 6.00 petang, balik rumah, uruskan anak-anak).

Alexandria.
Gear nerds pastinya perasan yang Alexandria menggunakan equipment yang premium, ESP E-II, EBMM Majesty, GT-10, Mustang Floor, Helix, Headrush FRFR, Tech 21 Power Engine. Bassist pun guna Zoom G5. Muzik yang dimainkan agak dinamik, memang berbaloilah mengusung peralatan begini.


Hari kedua - Ahad 31/3/2019.

Tidakpun merancang untuk datang pada hari kedua, tetapi ada pula kesempatan sekitar pukul 5.00 petang untuk datang. Daripada cara berpakaian, rata-rata yang datang hari ini ialah peminat punk, skin head dan grunge berbanding semalam yang lebih kepada metalheads.

Generations Of Oi.
Sempat menyaksikan persembahan dua band hari kedua iaitu Ruin Mind (Bintulu grunge) dan Generations Of Oi (Bintulu punk oi) sebelum menyelinap keluar sekitar 6.00 petang.

Ruin Mind.
Ruin Mind memainkan cover lagu-lagu klasik Nirvana; Dive, Love Buzz, Floyd The Barber dan Territorial Pissing. Aku mula layan Nirvana ketika umur 14-15 tahun (zaman teenage angst), sekarang hampir mencecah 40, memang tak terasa masa itu berlalu...

Post-mortem:
  1. Lokasi gig yang strategik - senang parking, senang diakses, luas, berhawa dingin, eksklusif dan paling penting tidak dibenarkan merokok di dalam (good call).
  2. Pentas yang kecil, pergerakan agak terhad.
  3. Frontman perlu lebih bersedia, berkeyakinan tinggi dan hafal lirik.
  4. Setlist yang pendek.
Menurut penganjur, jika ada maklum balas yang positif daripada pengunjung dan pengurusan pihak The Gold Mines, mungkin akan dianjurkan sekali lagi gig sebelum masuk bulan puasa.

*More pic coming soon...

_____
AADI: Perlukah aku jadi frontman semula?

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (171) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (72) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (2) arlo (10) artis tempatan (156) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (5) bag/case (91) barbarik (4) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (13) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (15) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (341) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (33) blind guardian (22) blogging blues (79) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (78) botb (21) bourns (5) boxing (68) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (83) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (49) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (17) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (25) dean markley (5) decathlon (9) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (69) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (29) edwards (1) ehem (36) eksperimen (94) electro-harmonix (34) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (286) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (39) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (46) es-335 (2) esp/ltd (246) estock (72) evanescence (1) everlast (12) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (21) filler entry (47) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (9) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (57) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (26) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (39) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (9) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (9) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (239) icb200ex (15) iced earth (10) icon (55) imago (71) imitation (3) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (7) iron maiden (178) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (300) j5 (15) jackson (78) james hetfield (1) jamming (165) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (6) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (26) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (38) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (117) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (115) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (16) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (21) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (89) lil (31) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (597) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (28) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (12) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (9) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (475) mercyful fate (11) metallica (104) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (115) mrs (21) muf (9) mug (3) mukah (19) mup (171) music bliss (35) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (15) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (265) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (9) nylon maiden (2) of string (30) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (9) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (83) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (373) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (70) pepatung (4) peristiwa (36) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (65) pick (72) pickup swap (105) pickups (231) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (40) plustop pro (1) pm2011 (18) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (44) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (33) restring therapy (116) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (3) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (13) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (52) sibu (11) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (77) solar (1) sonata arctica (3) sony (34) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (33) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (19) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (193) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (13) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (34) sx (10) sze chan (1) t-shirt (68) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (24) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (48) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (19) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (129) tribute (66) trivium (21) tsb6 (7) tuner (38) tv (34) ugly kid joe (4) ultra swede (9) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) when wife cooks (1) wilkinson (1) wings (35) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (490) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger