Guitar Talk: Dean Arrival!


Petang tadi aku dikejutkan dengan wall post JS Music kat Facebook. Shipment Dean Guitars yang sepatutnya dijadualkan bulan Disember tahun lepas baru sampai hari ni... Aku double-confirmed dengan Calvin (Dead Eye Guitars). Yup memang betul, sebab dia pun ada beberapa pending orders untuk gitar-gitar Dean... Damn!~

VMNT Angel Of Deth (3rd from right), VMNTx United Abominations (2nd from right).
Imej link dari
Facebook JS Music.

Dana-dana yang sepatutnya untuk VMNTx United Abominations (atau VMNTx black) aku dah guna untuk beli Kelly Kelly bulan lepas (yang harganya lebih kurang sama, except Jackson JS32T comes with deluxe gigbag), setelah jenuh dan tensen menunggu dari bulan Oktober tahun lepas (aku order bulan Oktober, dijadualkan sampai bulan Disember).

Lepas ni mesti ada komen-komen yang kurang enak dibaca hehehe... Lebih-lebih lagi dari orang yang kuat meracun tu (percayalah!). Yang pasti model ni bukannya limited edition, lagipun temptation untuk memiliki gitar berbentuk V dah reda. Tapi takpe, ada rezeki (lebih) pastinya VMNTx akan masuk semula dalam wishlist aku tahun depan.

_____
Ada apa: Sabaruddin = Sabar-U-Dean!

PC Talk: 2010 PC Games Excitement!


2010 will be a year for PC gamers, because this year some of the big titled games from reknowned game developers will be released, mostly sequels. Sebagai seorang PC gamers (not console gamers) yang tak berapa terlampau, aku pastinya begitu teruja... Berikut merupakan lima PC games yang aku tunggu-tunggu. Let the excitement begins!

1. Command & Conquer 4: Tiberian Twilight

Genre: Real time strategy (RTS)
Release date: 16/3/2010 (aik? Dah released ke?) [Edited: Dah main, tapi rasa macam tak best sebab tak seperti siri-siri C&C sebelumnya...]

One Vision! One Purpose!

Info lanjut: Wikipedia, C&C Wikia.

2. Starcraft II

Genre: Real time strategy (RTS)
Release date: 27/7/2010

Malas aku nak cerita, harap-harap kali ni Jim Raynor cool macam Superstar Rajinikanth!

Info lanjut: Wikipedia, Blizzard Entertainment, Starcraft II Official Website.

3. Prince Of Persia: The Forgotten Sands

Genre: Action
Release date: 12/6/2010

Game ni tadak kaitan dengan muvi Prince Of Persia: The Sands Of Time yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Walaupun release date muvi dan game dekat-dekat sama.

Pada sapa-sapa yang mengikuti trilogi Prince Of Persia: The Sands Of Time ni (The Sands Of Time, Warrior Within, The Two Thrones) pastinya akan kembali teruja sebab "the real douche Prince" kembali! Tak seperti "the Prince wannabe" dalam game Prince Of Persia tahun 2008 (gloved Prince). The original trilogy (zaman MS-DOS) tak payah ceritalah... Rasanya nanti aku nak buat entri berasingan pasal Prince Of Persia ni.

Info lanjut: Wikipedia, Prince Of Persia Game Official Website.

4. Crysis 2

Genre: First person shooter (FPS)
Release date: Holiday 2010 (biasanya dekat-dekat Krismas la tu)

Hah! Kali ni kita tak main sorok-sorok dalam hutan, sebaliknya kita makan angin kat bandar metropolitan New York!

Info lanjut: Wikipedia, Crysis 2 Official Website.

5. Fallout: New Vegas

Genre: Hybrid role playing game (RPG) + first person shooter (FPS)
Release date: 22/10/2010

Argh! Game ni yang aku tak sabar dan tak tahan nak main! Sapa-sapa peminat Fallout series, tengok teaser video kat bawah ni pun dah kira berdebar-debar sebab ada nampak bendera New Californian Republic, NCR.

"War, war never changes..." - Ayat standard Fallout series.

Info lanjut: Fallout Wikia, Wikipedia, Fallout Official Website.


*Semua imej aku link dari Wikipedia.

_____
Ada apa: Sekarang ni aku tengah main Bioshock 2...

Ada Apa Dengan Si Ampal?


Dari semalam aku tadak mood nak buat entri walaupun banyak idea dan bahan entri (mostly eBay CDs). Tapi takpalah... Entri kali ni kira filler-entry saja, jom kita layan sketsa pendek Ampal jual ikan, babak dari telemovie Orang Kita. Sapa tak kenal Abu Bakar Elah?


To be continued...

_____
Ada apa: Adegan si Ampal beli sarsi dari vending machine lagi best...

Dokken - The Very Best Of Dokken


Bila tengok CD ni, memang aku teringat kat aunty dB Music Centre (Komtar, Penang)... Err, sapa namanya? Aunty Alice ke? (betul ke Mhagnoth?). Bulan Oktober/November tahun lepas aku berpeluang pi Penang (sebab kursus ada kat Balik Pulau), aku singgah melawat dB Music ni, konon-konon nak berborak dengan aunty ni (last sekali datang kedai ni tahun 2007) tapi malangnya aku datang awal, kedai belum bukak lagi...

CD apa? CD kompilasi The Very Best Of Dokken. Aku sebenarnya bukanlah peminat tegar Dokken ni. Tapi dah selalu sangat dengar lagu diorang kat Braingell Radio macam best la pulak. Dan kebetulan CD ni album kompilasi, jadi paham-paham sajalah semua lagu memang best! Dan solo-solo George Lynch memang legendary...

Ada cerita sebalik CD ni, aku rasa Mhagnoth "akaijenuh" pun mungkin pernah mengalaminya... Aku memang berkenan dengan CD Dokken ni, tapi tak terniat pun nak beli memandangkan harganya RM43.90 (imported, German press) agak mahal bagi aku waktu tu (yang cuma kerja ketuk-ketuk casing kat kedai komputer). Jadi nak cover line, aku terlepas cakap suruh aunty tu simpankan CD ni untuk aku, nanti hujung bulan lepas gaji baru aku datang beli, memandangkan CD ni cuma ada satu unit sahaja... Tidak seperti yang di'janji'kan, memang aku tak datang pun hahaha! Lepas tu memang aku tak tunjuk muka lagi kat dB Music ni... (Sounds familiar Mhagnoth?)

Hahaha! Lucu je tengok dressing 80's dulu.

Selang beberapa bulan (aku rasa 4-5 bulan kot) time tu baru lepas PC Fair jadi banyak la income, barulah aku datang tunjuk muka kat db Music ni. Yup, kali ni memang aku datang nak beli CD Dokken ni (gamble je, kalau-kalau masih belum dijual). Guess what? Aunty tu memang masih simpan CD ni untuk aku. Dia tak lupa hahaha... Cuma dia sindir aku "hi, lama tak nampak?". (Don't worry aunty, kali ni memang datang mau beli CD Dokken).

Biasanya kalau kat dB Music sambil-sambil browse CD/kaset memang borak-borak dengan aunty tu, biasalah bab band-band Metal. Dan disebabkan aku ada sebut pasal "Iron Maiden", hasilnya aku dapat DVD Rock In Rio.

Aku sebenarnya dah ngantuk ni... Macam malas nak taip cerita panjang-panjang, nanti ada masa aku edit entri ni tambah apa-apa info yang patut (tracklist, label, pressing). Rasanya dalam entri Beast From The East aku ada cerita pasal CD Dokken ni.

To be edited...

_____
Ada apa: Breaking The Promise Chains...

Black Mood


Bungkusan kedua dari Kanada yang aku terima semalam (26/4/2010) bersama-sama DVD Rude Awakening. Berisi tiga CD audio, dua daripada AC/DC Back In Black dan Black Ice, dan satu daripada Ozzy Osbourne Black Rain dari seller yang sama.

eBay purchase info

  • Purchased from: beaches-123
  • Location: Canada
  • Price paid: US$6.51+9.97 (RM55.03) menang bid
    - Black Ice: US$1.25+9.97/3 (RM15.27) new & sealed!
    - Back In Black: US$2.01+9.97/3 (RM17.81) dual-disc used
    - Black Rain: US$3.25+997/3 (RM21.95) used
  • Ordered: 4/4/2010
  • Received: 26/4/2010

Purata RM18 per CD, kira okela kan? Especially Black Ice which was new & sealed. Lain-lain info mungkin aku akan letak dalam entri berasingan untuk ketiga-tiga CD ni.

Dulu waktu aku bid ketiga-tiga CD ni aku tak kisah sangat pun, tapi bila dah dapat baru aku perasan ketiga-tiga CD ni ada persamaan; semua tajuknya ada perkataan BLACK (Back In Black, Black Ice, Black Rain), coincidence?

Mungkin ada yang perasan (sesiapa yang follow blog aku since last year), sememangnya aku dah ada kedua-dua CD album Black Rain dan Black Ice ni... Jadi kenapa aku order lagi? Senang cerita, as a collector aku order lagi versi yang berbeza, dan ada cerita kurang menyenangkan pasal Black Ice yang dulu. But that was another story... (Sejak bila aku terkena pukulan AC/DC ni?)

Btw, Black Ice dalam entri ni merujuk kepada album AC/DC, bukannya nama bass Iceman aku...

_____
Ada apa: Aiseh, bila agaknya CD Promise And Terror nak datang ni...

Megadeth - Rude Awakening DVD


Isnin 26/4/2010 - Pagi ni aku jangkakan brader posmen sengih-sengih datang opis hantar bungkusan aku, tapi tak kunjung tiba. Lepas lunch hour, staff admin bagi aku dua bungkusan yang diambil dari peti surat pejabat pos, dua-dua dari Kanada (yes, seperti yang dijangkakan).

The first one was this thin envelope without custom declaration. Dan tanpa chop pelepasan kastam, mungkin sebab ia nipis masih lagi dikira sebagai surat. Apa isinya? DVD konsert Megadeth Rude Awakening. Yang satu lagi nanti aku buat entri lain.

eBay purchase info

  • Purchased from: victoria-metal-godess
  • Location: Canada
  • Condition: used
  • Price paid: US$8.50+7.00 (RM51.01) menang bid
  • Ordered: 7/4/2010
  • Received: 26/4/2010
  • Label: (P)(C) 2002 Sanctuary Records
  • Distributed by: EMI Music Canada

DVD tracklist

  1. Dread And The Fugitive Mind
  2. Kill The King
  3. Wake Up Dead
  4. In My Darkest Hour
  5. Angry Again
  6. She Wolf
  7. Reckoning Day
  8. Devil's Island
  9. Train Of Consequences
  10. A Tout Le Monde
  11. Burning Bridges
  12. Hangar 18
  13. Return To Hangar
  14. Hook In Mouth
  15. Almost Honest
  16. 1000 Times Goodbye
  17. Mechanix
  18. Tornado Of Souls
  19. Ashes In Your Mouth
  20. Sweating Bullets
  21. Trust
  22. Symphony Of Destruction
  23. Peace Sells
  24. Holy Wars

DVD extras include interviews, b-roll footage, studio footage of the recording of The World Needs A Hero and bonus concert footage.

Line-up

  • Dave Mustaine (ofkoslah ada Abang Mus)
  • David Ellefson
  • Jimmy DeGrasso
  • Al Pitrelli

Dalam item description, seller ada bagitau yang kat DVD ni ada autograf David Ellefson (gambar atas), ntah betul ke tak aku pun tak tau... Pada peminat tegar Megadeth, betul ke yang tu autograf Junior? Tapi hype autograf ni bukan alasan utama kenapa aku beli DVD ni.

Personal opinion, aku rasa konsert ni tak dapat nak lawan konsert That One Night mahupun Blood In The Water yang lebih mantap. Mungkin aku bias zaman 'tua' Abang Mus yang lebih humble, dan jugak aku tak berapa suka line-up untuk konsert ni... Aku lebih suka line-up sekarang (termasuk ex-bandmates James Lomenzo dan Glenn Drover). Lain-lain aku tak tau nak cerita apa sebab aku baru tengok konsert ni sekali das sahaja kecuali bab lagu-lagu favourite A Tout Le Monde, Hangar 18, Tornado Of Souls, Holy Wars... Sapa-sapa ada pendapat peribadi atau info tambahan, ruangan komen tersedia untuk ada >:)

Owh, waktu ni Abang Mus masih lagi guna gitar Jackson (flying V copy - ntah apa model) sebelum join kem ESP dan kemudiannya join kem Dean sampai sekarang. Dan seperti biasa konsert diakhiri dengan ayat trademark Abang Mus "you've been great, we've been Megadeth..."

_____

Sapa-sapa yang ada baca entri bulan Januari lepas pasal Raider Of The Lost Cassettes (Part 2) pastinya tau aku ada beli versi kaset Rude Awekening ni.

Disebabkan aku tadak cassette player, jadi sejak aku beli kaset ni tiga bulan lepas, aku belum pernah pasang lagi kaset ni. Still in mint but unsealed condition. Sapa-sapa berminat nak beli, kita boleh runding...

Tapi versi kaset ni M'sian pressing (err, kaset guna istilah pressing jugak ke?). Selalunya kalau kaset warna merah/pink ni trademark Pony Canyon. Yup memang betul, kat inlay ada tulis exclusively licensed in Malaysia to Pony Canyon Music (Malaysia) Sdn. Bhd.

Err... Rasa-rasa Walkman (tape) masih ada jual lagi tak?

_____
Ada apa: Abang Mus tepuk tangan nampak awkward lah...

Iron Maiden - Rock In Rio (Part 3)


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #8]

Tahun lepas (sementara menunggu kedatangan Flight 666 limited edition DVD), aku ada buat entri pasal konsert Iron Maiden Rock In Rio ni (versi DVD). DVD disc 1 merupakan konsert (entri part 1) dan DVD disc 2 merupakan bonus material dan dokumentari (entri part 2).

Kali ni pulak versi CD audio. Yup CD eBay lagi... Bungkusan bersetem dari UK ni (aik? Ada setem?) diterima pada 29/3/2010 yang lepas bersama-sama dengan Blooddrunk digipak dan Nightfall In Middle-Earth. Selain daripada CD Rock In Rio ni, aku jugak dah menang bid CD Live After Death (1998 remastered version, dah sampai) dan No Prayer For The Dying (1990 first pressing, belum sampai lagi) daripada seller yang sama, akan ada entrinya kelak.

eBay purchase info

  • Purchased from: smokiebobo
  • Location: UK
  • Condition: used
  • Price paid: £3.00+3.00 (RM31.00) menang bid
  • Ordered: 23/3/2010
  • Received: 29/3/2010 (aik? Enam hari je?)
  • Label: (P)(C) 2002 Iron Maiden Holdings Ltd. under exclusive licence to EMI Records Ltd.
  • Made in: EU

Used & sealed! Hahaha sealed with plastic bag.

Walaupun berstatus used, tapi CD ni nampak macam 98% baru, CD shiny scratchless, inlay masih baru, jewel case pun masih baru dan tak retak dll. Quite a worthy purchased.

Tracklist sama saja seperti versi DVD, tapi disebabkan CD ni enhanced CD ada bonus material dalam setiap disc. Disc 1 ada bonus enhanced video Brave New World (format MOV), manakala disc 2 pulak ada bonus dokumentari enhanced video A Day In A Life (format MOV). Sama je dokumentari tu macam kat dalam DVD dics 2 (kecuali versi DVD gambar lagi clear duh~).

Seller ni sebenarnya ada dua versi CD Rock In Rio ni, USA pressing (kira imported la) dan local UK pressing (this CD), aku pilih UK pressing dan aku rasa korang tau kenapa... Just because those Iron Maiden lads were British hahaha...

Rasanya tak payahlah aku ulas CD ni, apa-apa boleh baca entri versi DVD. Senang cerita konsert ni merupakan konsert Iron Maiden (official) pertama dengan tiga orang gitaris hebat Murray, Gers dan Smith = more harmonics, sound variations dan abso-f*ckin-lutely marvelous!

Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: Next target - Death On The Road DVD!

Sessi Jamming Yang Wasted


Sabtu lepas 17/4/2010 - Jangan salah paham, 'wasted' yang aku maksudkan bukanlah sessi ni yang wasted (terbazir), tapi sessi kali ni kitorang try cover lagu Iron Maiden kegemaran aku iaitu Wasted Years (berpandukan kepada DVD Guitar Techniques Of Iron Maiden dalam entri lepas). Bob Kandar memang tau lagu ni jadi drumroll tak menjadi masalah, cuma Azroy je tak tau lagu ni... Tapi kelebihan Azroy ni, bagi je dia dengar mp3 lagu ni 2-3 kali, cepat je dia dapat tangkap intro licks dan berpandukan bassline, senang-senang je dia buat solo sendiri...

Sessi bermula dalam pukul 7.30 malam dan berakhir dalam pukul 10.00 malam, biasanya kitorang akan berhenti bila Bob Kandar dah mula merungut penat nak ketuk drum. Mulanya Azroy datang dengan Shahrin... Tapi ntah apsal lepas setengah jam Shahrin kelam-kabut balik awal (awek call kot? Hahaha).

Equipments? Untuk sessi kali ni Kelly Kelly aku direhatkan, cuma guna Mephisto saja sebab aku tau Azroy suka main tremolo dan digandingkan dengan Behemoth (Satchurator dah dijual). And my Black Ice was hooked up with BOD100 (tak guna B2).

Seperti biasa, lagu Hati Emas, Sejati dan The Trooper dah jadi lagu wajib, jadi setiap kali ada sessi jamming pastinya kitorang akan main lagu ni.

Selain cover lagu-lagu Wings seperti Sejati, Taman Rashidah Utama dan Opera Hidup, atas permintaan Bob Kandar kali ni jugak kitorang cover lagu Audioslave Be Yourself. Aku pun makin suka dengan lagu ni semenjak tengok HBK farewell speech on Raw, this song was his farewell theme song on Raw that night... So, I play this song as a tribute to HBK.

Lagu Be Yourself ni sebenarnya lagu kegemaran Bob Kandar, yela takkan manjang nak main lagu kegemaran aku je kan? Lagipun bassline lagu ni senang je BDGE ulang-ulang dari intro, verse, solo, bridge, outro sampai abis (macam lagu Zombie), antara kelebihan lagu-lagu Alternative, skali-skala main Alternative best jugak eh?... Walaupun lirik ada, tapi aku tak reti nak nyanyi lagu ni, jadi kira main instrumental sajalah. Azroy dapat cover hampir 80% guitar works Morello untuk lagu ni (ntah Azroy kenal ke tak siapa Tom Morello ni) kecuali part wah-wah solo, nanti nak kena ajar dia guna expression pedal kat Behemoth as a wah-wah pedal.

Lagu kegemaran Azroy? Dia lagu apapun dia suka main, sebab dia enjoy main gitar... Tapi awas kalau dia dah start main Metallica, tak terkejor aku yop!

Bob Kandar berkeras nak pose dengan Black Ice aku memandangkan Kelly Kelly direhatkan untuk sessi kali ni. Dan rungutan Bob Kandar (seperti biasa) pasal amp berasingan untuk bass tetap ada seperti sessi-sessi yang terdahulu... Ya aku tau, tunggu la bulan depan aku beli amp bass, 30+ watt rasanya cukup la kot untuk bilik kecik macam Hepi ;) makeshift studio ni. Mikrofon sendiri pun kena beli jugak ni nanti, mikrofon cilok dari bilik sebelah (bilik mesyuarat) yang aku guna ni macam dah kureng sikit.

Berbalik kepada lagu Wasted Years tadi, memainkan lagu ni merupakan suatu pengalaman yang baru untuk aku. Disebabkan bassline lagu ni lebih kompleks berbanding The Trooper, jadi susah aku nak tumpukan perhatian main bass sambil nyanyi sekaligus. Jadi seperti lagu Be Yourself tadi, lagu Wasted Years ni pun kitorang main secara instrumental sahaja - versi kitorang la bukannya 100% macam lagu asal, lagipun Azroy baru je dengar lagu ni 2-3 kali. Perlu banyak latihan lagi ni...

_____
Ada apa: Waktu ni aku masih lagi batuk-batuk, jadi tak berapa nak nyanyi sangat...

Guitar Techniques Of... (Part 3)


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #7]

Disebabkan DVD ni ada kaitan dengan Iron Maiden, secara tak langsung entri ni boleh dikategorikan dalam label Maiden Tribute aku. Guitar Techniques Of Iron Maiden yang aku beli kat Chin Chin Music Centre Ahad 4/4/2010 yang lepas dengan harga selepas diskaun RM21.00 (harga asal RM22.90), distributed by Brilliant Sound Entertainment. Terdapat lima kuliah lagu klasik Iron Maiden untuk dipelajari iaitu:

  1. The Number Of The Beast
  2. Run To The Hills
  3. The Trooper
  4. Wasted Years <- cool!
  5. Can I Play With Madness

Lagu-lagu dalam DVD ni semua guna standard tuning berbanding DVD Metallica dan Nirvana yang ada beberapa lagu terpaksa drop tune half atau full steps, menyusahkan... Nanti aku nak set Mephisto untuk standard tuning dan Kelly Kelly untuk drop tuning.

Jangan hairan kenapa aku suka beli VCD/DVD belajar gitar macam ni, sebab aku tadak mentor... Jadi VCD/DVD macam ni sajalah mentor aku untuk belajar main gitar.

Seperti siri-siri yang lain, publisher DVD ni tak buat homework, letak gambar untuk cover DVD main tangkap muat je:

  • Janick Gers is 'a new guy' (don't get me wrong, I like Janick showmanship way much better than the other Maiden guitarists), kan lebih sesuai kalau letak gambar Dave Murray atau Adrian Smith.
  • Lima lagu yang ada dalam DVD ni merupakan lagu-lagu zaman sebelum Janick, sekali lagi aku rasa tak sesuai letak gambar Janick sebagai cover.
  • Gitar yang terpampang (ntah apa brand/model) [edited: info from Bro Sub, it's a Fender Mustang] tak pernah sama dengan Fender Stratocaster yang diguna/dimiliki oleh Janick (macam kes Metallica, gambar James Hetfiled tapi diorang letak gitar Dean VMNTx Dave Mustaine sig).

Mentor kita untuk DVD ni ialah Danny Gill, mentor yang sama dalam DVD Nirvana. Kelebihan Danny Gill ni berbanding James Humphries (mentor DVD Metallica) ialah dia tak banyak celoteh, straight to the point dan slang American yang dah biasa dengar, kalau James Humphries telampau banyak cakap benda-benda teknikal, slang pelat British susah nak tangkap apa dia cakap dan selalu tunjuk muka cerewet macam Mr. Bean hehehe...

Ada dua disc, disc 1 merupakan DVD kuliah belajar gitar lagu-lagu Iron Maiden song-by-song, step-by-step, part-by-part. Disc 2 pulak merupakan audio CD lagu-lagu yang dipelajari dalam DVD disc 1 ala-ala minus one atau karaoke. Aku dah convert pi mp3 jadi senang nak pasang waktu praktis jamming nanti.

Yang bestnya daripada lima lagu Iron Maiden dalam DVD ni, dua daripadanya merupakan lagu favourite aku iaitu The Trooper dan Wasted Years. The Trooper yang sememangnya dah menjadi lagu wajib setiap kali sessi jamming dan semestinya tak menjadi masalah, cuma nak asah lagi part intro licks dan pelan-pelan belajar part solo.

Wasted Years, yang ni suatu pengalaman yang baru sebab lagu ni agak kompleks berbanding The Trooper, mungkin agak sukar kalau aku nak cover vokal sambil main gitar/bass. Dengan kata lain perlu banyak latihan la kalau nak cover... Tiga lagu yang lain buat masa ni, belum berminat lagi nak masuk kuliah.

Okela, get your guitar, play this DVD, crank-up the volumes and jamm on!
Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: Bila la agaknya aku nak beli VCD arwah Samad ni...

Ada Apa Dengan After Forever?


Waktu aku buat entri pasal CD Mea Culpa, ramai geng-geng bloggers tak tau band dari Belanda After Forever ni, heran jugak ye? Berikut antara komen geng-geng bloggers yang aku copy/paste...

Portdy said...
emm.... walaupun tak kenal, tapi packaging compilation ni lawa...
gua baru jinak2 ngan Nightwish, tengah layan dvd End of an Era.

Abang Ben said...
tak pernah dengar dan kemungkinan takkan dengar. Sebab tak minat gothic Metal.

berteromber said...
aku pun tak pernah dengar..tak minat sangat metal vokal pompuan ni..
dedulu layan Vixen,Lita Ford,Lee Aaron dan Heart ajer..

JAIRO said...
1st time dgr nama band ni isk isk

Takilala said...
x kenal. tapi masa ko buka bungkusan ni, ko ada pakai mask ka? dari mexico tu..
huhuhu

deaf_angel said...
woo, review ko ni nak buat aku nak cek out ni band hehe
aku nak dengar ' who wants to live forever ' tu.

After Forever Mea Culpa 2CD compilation limited edition deluxe digipak
(limited ke?)

Nak dijadikan cerita, pada sapa-sapa yang ada beli majalah Karisma #3 (Jairo, awat tadak gambar Manggas?), ada artikel pasal band After Forever ni. Cerita secara ringkas (dua muka surat) kronologi, diskografi dan last skali cerita pasal band ni dibubarkan secara rasminya awal tahun lepas. Nak tau lebih lanjut? Dapatkan majalah Karisma #3 di klinik-klinik desa dan farmasi berhampiran anda...

Yang lima ni je kot studio album After Forever ni...
Tapi diorang banyak buat singles dan EP.

Stuff After Forever sekarang ni macam dah jadi rare items kat eBay, susah nak cari. Jadi kalau sempat, aku pun nak jugak kumpul album-album diorang sekadar yang termampu la sebab After Forever ni bukan masuk dalam list priority collection.

More info on (disbanded) After Forever:

After Forever - The Evil That Man Do (cover) Live At Pinkpop 2004.

_____
Ada apa: Follow In The Cry...

Iron Maiden - Fear Of The Dark


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #6]

Mungkin Somewhere In Time merupakan album Iron Maiden paling aku suka, A Real Live One membuatkan aku mula meminati Iron Maiden dan album-album era Blaze Bayley paling banyak meninggalkan memori... Tapi album ni merupakan album yang memperkenalkan aku kepada Iron Maiden. None other than the legendary Fear Of The Duck Dark. [Edited: nanti aku nak buat entri kronologi antara aku dan Iron Maiden]

Walaupun sebelum album ni aku pernah dengar lagu-lagu Iron Maiden dari album-album lain, tapi semua aku tak ambil kisah sehingga aku nampak poster besar "hantu kayu" ni terpampang kat bilik Cimca (abang Takilala) somewhere in the early 90's. Ntah kalau tak silap aku tingkatan 1 kot waktu album ni released. Aku tak tau lagi nama "hantu" tu Eddie (bukan Eddie Dewanaga), selalu gelar je hantu Iron Maiden.

CD ni aku beli kat Goblinz, KK Plaza 17/10/2007, seperti biasa versi remastered 1998 Malaysian pressing yang gambarnya blur ntah dah berapa kali rescan dan reprint.

Tak dapat dinafikan lagu seperti Afraid To Shoot Strangers, Wasting Love [edited: lagu kegemaran Portdy] dan Judas Be My Guide memang mempunyai catchy tunes yang pastinya menjadi siulan. Begitu jugak dengan Be Quick Or Be Dead, From Here To Eternity dan The Fugitive yang tak kurang hebatnya... Lagu lain aku rasa filler je kot?

Owh tak lupa, lagu terakhir dalam album ni, lagu berhantu Fear Of The Duck Dark, lagu yang bertanggungjawab (versi live ARLO) membuatkan aku minat terus kat Iron Maiden ni. Aku rasa, lagu ni merupakan lagu Iron Maiden yang paling popular... Yang lain-lain tu aku tak reti nak mengolah ayat, macam biasa otai-otai bolehlah sambung di ruangan komen.

Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: The Trooper, Wasted Years dah pernah cover... Nanti nak try cover Fear Of The Duck Dark pulak.

Blind Guardian - Nightfall In Middle-Earth


Bungkusan yang diterima 29/3/2010 yang lepas. Bungkusan dari US berisi CD Blind Guardian Nightfall In Middle-Earth. CD diterima dalam keadaan masih sealed, walaupun jewel case ada retak sikit.

eBay purchase info

  • Purchased from: black-plastik
  • Location: USA
  • Condition: new & selaed!
  • Price paid: US$3.85+7.00 (RM37.02) menang bid
  • Ordered: 16/3/2010
  • Received: 29/3/2010
  • Label: (C)(P) 1998 Century Media Records
  • Under exclusive license from: Virgin Records
  • Made in: USA

Yup, masih lagi sealed.

Tracklist

  1. War Of Wrath*
  2. Into The Storm
  3. Lammoth*
  4. Nightfall
  5. The Minstrel*
  6. The Curse Of Feanor
  7. Captured*
  8. Blood Tears
  9. Mirror Mirror
  10. Face The Truth*
  11. Noldor (Dead Winter Reigns)
  12. Battle Of Sudden Flame*
  13. Time Stands Still (At The Iron Hill)
  14. The Dark Elf*
  15. Thorn
  16. The Eldar
  17. Nom The Wise*
  18. When Sorrow Sang
  19. Out On The Water*
  20. The Steadfast*
  21. A Dark Passage
  22. Final Chapter (Thus Ends...)*

Gila! 22 tracks? Tak gila mana pun, banyak interlude antara lagu, yang bertanda * semuanya interlude... Tu yang jadi sampai 22 tracks tu. Banyak lagu best dalam album ni, Mirror Mirror antara lagu Blind Guardian yang terawal aku dengar. Antara lagu lain yang aku suka ialah Into The Storm, Nightfall dan Time Stands Still (At The Iron Hill). Keempat-empat lagu ni merupakan lagu wajib tiap kali Blind Guardian buat konsert.

Seperti biasa, lirik-lirik lagu Blind Guardian kebanyakannya adalah bertemakan dunia Tolkien (terutamanya novel Lord Of The Rings), dan album ni pulak adalah berdasarkan kepada cerita dalam novel The Silmarillion, aku tak pernah baca novel ni jadi aku tak tau ceritanya, ada orang kata ia merupakan sequel kepada The Lord Of The Rings.

Sebenarnya album ni merupakan album tribute kepada JRR Tolkien, seperti yang tertulis dalam inlay "This album is dedicated to JRR Tolkien".

Bila dengar balik lagu-lagu Blind Guardian ni, memang teringat zaman mula-mula minat Power/Speed Metal 2002-2003 dulu... Zaman ni la aku mula mengenali Blind Guardian, Hammerfall dan Kamelot. Semuanya bermula dengan zaman Napster dan mIRC (sedut mp3 la). Jom layan lagu Into The Storm versi live.

Aku dah ada album versi kaset yang aku beli sekali bersama dengan kaset album Night At The Opera kat Campbell's somewhere in 2004, masih ada aku simpan kat kampung... Kira upgrade pi versi CD la ni.

_____
Ada apa: Banyak jugak album Blind Guardian aku belum ada...

tHE gUITAR aDDICT! (Part 2)


Isnin lepas (12/4/2010) waktu aku bercuti di kampung, *ehem-ehem* aku SMS bagitau ada bungkusan untuk aku dari Singapore. Singapore? Aku boleh agak siapa pengirimnya... Yup, none other than the addict himself!

Petang semalam (14/4/2010), sampai-sampai je kat Bintulu, aku terus pi opis dulu nak ambik bungkusan ni... Kebetulan jugak ada bungkusan dari UK (berisi CD Iron Maiden Life After Death) kat atas meja cubicle aku, but that was another story...

Setem SGD0.50x3, ni boleh masuk dalam koleksi setem aku ni.

As usual, complimentary from Bro Sub to me for being a follower and regular commentor of his blog. Kali ni aku menerima DR Extra Life Evergreen .009-.042 coated strings dan dua Alice picks 1.0mm (pick besar) dan 2.0mm (pick kecik). Cool green picks, pastinya aku akan simpan pick ni untuk koleksi.

.009-.042 gauge

Ever wonder why it's called coated strings and Evergreen? It's because it was coated in green! Duh!~ Why coated strings? For extra protection of course, against damaging substances such as perspiration, dirt, humidity and 'acid hands'. And since it was coated, why not make it coated in colours? In my case, Bro Sub gave me green colour hehehe... Say my name, say my name...

Rasanya string ni bersalut macam polyweb/nanoweb Elixir strings Black Ice aku kot? Atau berbeza? Since Kelly Kelly aku pun baru restring dengan string Dean Markley (from Bro Sub) beberapa minggu lepas dan Mephisto aku pun baru restring guna string recycle Kelly Kelly, jadi string DR ni aku simpan dulu bersama-sama stok string yang lain. String warna hijau... Mesti gempak kan? Thanks again bro!

For more info on DR strings, checkout their official website here.

_____
Ada ada: Hehehe... Beberapa entri aku pun dah macam style tHE gUITAR aDDICT!

Ada Apa Dengan FDC, Setem Dan Akai Jenuh?


Khas untuk menyahut entri blog akaijenuh ni. Ni koleksi FDC (first day cover = sampul surat hari pertama) yang aku ada, disebabkan bilik aku suatu ketika dulu pernah 'banjir' ada beberapa setem tak dapat nak diselamatkan dan tak sesuai dah untuk dikumpul, jadi terpaksa aku gunakan setem tu untuk tugas-tugas rasmi setem (hantar surat la). Beberapa FDC jugak ada kesan 'banjir' yang mencacatkan penampilannya.

Semenjak insiden 'banjir' tu, aku macam dah malas nak kumpul FDC dan setem ni. Jadi memandangkan ada geng blogger lain (mhagnoth) yang dah start hobi kumpul setem dan FDC, ada baiknya jika aku trade koleksi aku yang tak seberapa ni dengan sesuatu yang ditawarkan oleh brader mhagnoth dalam entrinya.

Jubli Emas Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman (15/7/2008) - Ada tiga setem (RM1, 50 sen, 30 sen) melekat kat FDC tu, yang telah "dimatikan" dengan chop khas. Complete set; setem, FDC dan helaian info (info sheet).

Jata Negeri (?/?/200x?) - Yang ni aku tak sempat nak beli FDC sebab sold-out, jadi tadak info pasal siri ni. Tapi setem masih lagi complete set 14 jata (50 sen per setem).

Cerita-cerita Tradisional Kanak-kanak (?/?/2007) - Helaian info ntah kat mana aku letak, mungkin aku dah buang sebab tak dapat diselamatkan waktu 'banjir' dah hancur kot? Jadi aku tak tau tarikh keluaran siri ni, maybe somewhere in middle 2007 kot? Setem complete set; Si Tanggang special silver embossed (RM5), Bawang Putih Bawang Merah (50 sen), Badang (50 sen), Sang Kancil Dengan Buaya (50 sen) dan Sang Kancil Menolong Kerbau (50 sen).

Bunga-bungaan Taman (31/12/2007) - Harap maaf, setem bunga-bunga ni memang semua aku dah pakai, hehehe... Tinggal FDC dan helaian info sahaja.

Khazanah Seni Visual Negara (28/8/2008) - Sama seperti kes siri Bunga-Bungaan Taman kat atas tadi, setem semua aku dah guna. Tinggal FDC dan helaian info sahaja.

Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XIII (26/4/2007) - Sama jugak, setem semua aku dah guna.

Jadi brader mhagnoth, rasa-rasanya oke tak kalau kesemua FDC dan setem kat atas ni aku nak trade dengan CD Megadeth Peace Sells... hang? Hehehe...

Dulu-dulu waktu aku rajin berbalas-balas surat dengan penpal aku amoi Hong Kong (1995-1998) memang kitorang selalu gunakan FDC ni. Jadi masing-masing boleh tambah koleksi FDC dan setem, beberapa tahun kemudian lost contact. Sekarang ni bila zaman Facebook, aku dapat jumpa balik amoi Hong Kong penpal aku tu...

_____
Ada apa: Aku jugak ada kumpul setem terpakai (hobi lama), tapi tak teratur walaupun dah beli album stem...

Let-Go: Satchurator


Setelah diprovok, diracun dan dipujuk beberapa kali oleh gitaris kugiran Manggas, akhirnya akupun buat keputusan untuk let-go pedal kegemaran aku iaitu Vox Satchurator Joe Satriani distortion pedal (or just simply a Satchurator) kepada gitaris tersebut. Mungkin disebabkan sessi jamming ni yang membuatkan gitaris tersebut berminat dengan Satchurator aku ni...

Kenapa aku let-go jugak?

  • Semenjak dah dapat setting yang sesuai untuk Behemoth aku, Satchurator ni menjadi backup pedal dan jarang digunakan waktu jamming.
  • Aku perlukan dana-dana tambahan untuk "projek bulan depan". Dengan dana-dana dari Satchurator ni (dan baki dana hasil jualan Les Pirate bulan lepas) sekurang-kurangnya meringankan beban dana yang bakal dibelanjakan.
  • Pedal ni bukannya limited edition pun. Kalau aku terasa nak memilikinya lagi, nanti boleh order kat CK Music, Tom Satchman atau Dead Eye Guitars. Bukannya mahal macam pedal MXR pun, RM3xx je... (Atau nanti nak try Vox Ice 9 pulak hehehe...)
  • Manjang je kena provok, racun dan pujukan maut... Dan gitaris tersebut memang betul-betul berminat dengan Satchurator ni. Jadi, let-go sajalah hahaha!

Dengan perasaan sedih bercampur gembira, aku ucapkan farewell dan berharap dengan adanya Satchurator ni akan dapat melonjakkan muzik Manggas ke satu tahap yang lebih tinggi.

_____
Ada apa: Aku jugak ada dengar gitaris tersebut nak buat perubahan drastik kepada semua equipmentnya...

Bass Talk: Bass Combo Amps Survey


Next project: I'm planning to get a bass amp. Not a mere practice unit but rather a moderate combo amp for jamming session, 30 watts or better within my budget range around RM700-800.

Some reasons why I need a good moderate amp, other than to produce optimum low end sound:

  1. Tawaran RM500 untuk amp buruk Peavey Scorpio TKO 110 ditolak.
  2. Beberapa kali mendengar rungutan Bob Kandar mengenai PA systemnya yang selalu dibebani oleh semua equipment (gitar, bass, mic) sekaligus waktu jamming (hari tu sampai berasap overload!).
  3. And my bass, Ibanez ICB200EX Iceman bass @ Black Ice was quite a powerful bass.

Berikut adalah colan-colan calon-calonnya (not in order of merits):

1. *Ibanez Soundwave SWX35 (Bentley)

2. Randall RX35BM (Guitar Collection)

3. Laney Richter RB2 (Yamaha)

4. *Marshall MB30 (Bentley)

5. Hartke A35 (CK Music)

6. *Fender Rumble 30 (Bentley)

7. Behringer Ultrabass BXL450 (Ultimate Music)

8. Orange Crush PiX 50BXT (JS Music)

Here are some slightly over-budget, but good amps...

1. Kustom KBA 30X (Guitar Collection)
30 watt @ RM89x

2. Line 6 LowDown Studio 110 (CK Music)
75 watt @ RM9xx

3. Gallien-Krueger Backline BL110 (imej model BL112) (JS Music)
70 watt @ RM11xx

Amps marked with * stocks currently not available, as told by supplier. Semua imej aku link dari website DV247.com kecuali Ibanez SWX35 dari website Musiciansfriend.com, Randall RX35BM dan Kustom KBA 30X dari Guitar Collection.

Jadi kepada korang yang pernah guna mana-mana amp yang disenaraikan di atas tadi, sila tinggalkan komen pro/con mengenai amp tersebut. Aku cuma pernah guna Fender Rumble 100 waktu jamming kat studio Zoso Music dan Peavey ntah apa model kat studio BRC. Aku bukannya dapat test semua amp ni... Semuanya bergantung kepada review, reputasi dan cerita dari mulut ke mulut.

_____
Ada apa: Bro Sub, if you are reading this entry, some insight please...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger