Ada Apa Dengan Zesta?


Not bad...

Rasanya lebih kurang macam rasa Zappel je... Btw, apa itu guarana? Adakah ia adik beradik dengan marijuana? Ada apa dengan guarana?

_____
Ada apa: Malas menaip...

Sekitar Opening Season Gig 2012


Sabtu (25/2/2012) - Seperti yang dirancang, Opening Season Gig 2012 diadakan pada hari ini bertempat di Telaga Kumang Karaoke & Lounge, Tanjung Batu, Bintulu bermula seawal 11.00 pagi.

Gig ni agak bermakna bagi aku sebab ia merupakan gig yang pertama aku sertai bukan sebagai penonton tapi sebagai performing band bersama-sama Metuk Ulau Projekt.

Beers RM5 per can, soft drinks RM5 per can... Patutlah ramai yang minum beer, sebab soft drinks pun sama harga.

Tempat kejadian.

Dan atas masalah-masalah keluarga (family first bro!), aku dan Bob Kandar berunding dengan pihak penganjur supaya Metuk Ulau Projekt membuat persembahan seawal yang mungkin, sebab Bob Kandar akan ke Miri bersama keluarga pada sebelah petang.

Sessi soundcheck tanpa bassist utama, Adi Herman masih belum datang sebab belum lagi habis menunaikan tanggungjawab kepada negara. Korawk menggalas tugas sebagai bassist simpanan untuk sessi soundcheck (or for worst case scenario).

Kedua-dua gitar aku Goldie dan Mirage digunakan untuk gig ni. Mirage digunakan oleh Azrol selaku gitaris utama, aku agak segan kalau Azrol menggunakan gitarnya (GRX40) untuk gig ni.

Backdrop banner yang ringkas.

Disebabkan amp gitar dan bass yang digunakan untuk gig ni disewa dari Z-Studio yang sememangnya dah biasa kami gunakan, sessi soundcheck memang tidak mengalami sebarang masalah.

Gig secara rasminya bermula pada pukul 1.00 petang, dengan persembahan pembukaan sebuah lagu oleh Curse Of God, mereka akan membuat persembahan penuh sekali lagi pada lewat petang.

Metuk Ulau Projekt (ehem), band kedua yang membuat persembahan dengan setlist Iron Maiden full cover - Caught Somewhere In Time (intro part), Coming Home, Wasted Years dan The Trooper.

Waktu lagu Coming Home hanya beberapa kerat penonton saja yang sing-a-long lagu ni, agaknya sebab lagu ni lagu baru kot? Bila masuk intro lagu Wasted Years (ice breaker song), beberapa penonton dah mula ke depan kami...

Gambar yang diimport dari blog Geng Kereta Sapu.
Aku suka angle gambar ni.

Dan ternyata lagu The Trooper merupakan klimaks persembahan Metuk Ulau Projekt, budak-budak deathcore yang mulanya agak blur dengan lagu-lagu Iron Maiden pun turut serta menyanyikan part "oooo~" bersama-sama dengan brader-brader otai yang dah headbanging di depan kami.

The crowds - bak kata Adi "it's dirty, it's hazy, it's filthy... and it ROCKS!"

A Day We Remains, band deathcore budak-budak sekolah merupakan band ketiga membuat persembahan, mereka ni siap bawa peminat sendiri dengan aksi mosh pit yang agak melucukan.

Benda yang aku tak pernah lupa bawa bila sessi jamming atau tengok gig.

Ana & The Scene - bergenrekan indie dan alternatives, dah lama aku tak dengar lagu High And Dry (Radiohead). Rata-rata penonton yang sing-a-long lagu ni merupakan mereka yang seumur dengan aku. Band ni juga turut mengedarkan CD demo mereka secara percuma kepada penonton (akupun dapat).

Digitech RP1000 wooo~

Hah! Ada CD Kuraia Manggas juga ada dijual.

Selepas habis persembahan Ana & The Scene, akupun "Coming Home" jugalah, sebab dah janji dengan Mrs. Ijau aku akan balik sebelum pukul 3.00 petang. Lagipun pukul 4.00 petang aku ada sedikit kerja di opis.

Dalam perjalanan menuju Imago, aku terserempak dengan band-band otai Bintulu Erectus dan Curse Of God yang sedang membincangkan hal-hal duniawi dan politik sambil menikmati 7-Up.

Cerita penuh gig ni mungkin akan dibuat oleh Adi Herman sama ada diblognya Molotov Cocktailz ataupun blog Metuk Ulau Underground Voices (MUUV) kelak. Terima kasih juga diucapkan kepada Apai Rijal si Gamer Sayur yang menjadi jurukamera rasmi kami (siap dapat tag "crew" lagi tu).

_____
Ada apa: Scream for me Bintulu!

Ada Sesuatu Dari yNot Studio (Part 10)


Walaupun ia beralamat dari MMO Music, aku tetap menggunakan nama yNot Studio untuk entri ni. Tidak menjadi masalah sebab kedua-duanya diusahakan oleh Engbok - MMO Music merupakan "kedai" online beliau, manakala yNot Studio merupakan studio beliau di Farlim (Penang) yang juga ada menjual alatan muzik.

Bungkusan poslaju yang diterima Rabu lepas (22/2/2012) berisi Stagg UPC-424 pedal case, yang merupakan pedal case bersaiz paling kecil dalam keempat-empat pedal case Stagg (UPC-424, UPC-500, UPC-535 dan UPC-688).

Kenapa kodnya UPC-424? Sebab ukuran dimensi dalaman pedal case ni ialah 226 x 424 x 100 mm, 424 mewakili ukuran panjangnya.

Stagg - Universe Of Music.

Aku lebih suka logo lama Stagg ni berbanding logo Stagg yang baru. Seperti Behringer, Stagg menghasilkan produk-produk pada harga yang mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah.

Ia juga disertakan dengan velcro strip berjenama 3M, kunci dan sepaket silica gel. Tapi aku tak guna velcro strip 3M ni (simpan), aku akan guna velcro strip cap ayam dulu.

Seperti yang terGAS dalam entri ni, aku memang perlukan pedal case, supaya pedal-pedal boleh disusun dan diselenggara lebih awal di rumah, secara tidak langsung menjimatkan masa setup ketika jamming.

Multi-purpose pedal case:

  • Config. A - Crowded jamming rig.
  • Config. B - Simple jamming rig, my favourite rig (tried and tested).
  • Config. C - Simple bass rig.
  • Config. D - Logistic vessel for Pod X3 (when needed).

Walaupun ia diperbuat daripada plastik dan tidak setegap flight case, tapi penjuru-penjurunya diperkukuh (reinforced) dengan kepingan aluminium. Kira dah cukup tegaplah kalau setakat dibawa turun naik studio jamming.

_____
Ada apa: It looks cool too...

Ada Sesuatu Dari Hashtag Music


Bungkusan poslaju yang diterima Rabu minggu lepas (15/2/2012 - ulangtahun Maiden Singapore ni hehe) beralamat dari Hashtag Music.

Seperti yang aku terangkan dalam entri ni, kini pikap jenama Tesla boleh didapati di LYN street mart. Diusahakan oleh user bernama soad_vs_incubus di bawah nama Hashtag Music.

Yang bagusnya, lepas ni aku tak payah lagi bersusah payah mendapatkan pikap Tesla dari SV Guitars Singapore.

Kali ni aku memesan pikap Tesla model Plasma-7 bridge dengan bobbin putih. Sebenarnya aku tak "beli" pikap ni, tapi ditukarganti (trade) dengan VR-Extreme bridge aku dalam entri GKC ni.

Plasma-7 ni bersaiz trembucker/f-spaced, jadi ia sesuai dipasang pada gitar-gitar yang mempunyai tremolo/whammy, sama ada jenis vintage synchronised (strat-type) atau jenis floating bridge, double-locking, Floyd Rose (or whatever you wanna call it).

Seperti pikap Seymour Duncan JB Model (SH-4), Plasma-7 ni pun akan disimpan dalam stok sehingga ada gitar yang sesuai untuk dipasang...

_____
Ada apa: Sama ada gitar aku ataupun gitar orang lain.

Ada Sesuatu Dari LYN Street Mart (Part 3)


Sebenarnya bungkusan ni bukanlah dari LYN Street Mart, tapi dari Lowyat.NET Online Store. Dihantar menggunakan Kangaroo diterima Khamis minggu lepas (9/2/2012).

Berisi t-shirt rasmi Lowyat.Net (LYN) dengan design bertajuk "Lucid Addiction" bersaiz XXL. Hmm, patutnya aku order saiz paling besar XXXL, sebab saiz XXL ni pun terasa sedikit sendat.

Dalam banyak-banyak design, aku tertarik dengan design "Lucid Addiction" ni. Mrs. Ijau pula jealous sebab aku cuma beli satu je. Yelaa~ Nanti hujung bulan aku beli lagi saiz XXXL, yang XXL ni aku bagi Mrs. Ijau pakai sebab saiznya sesuai untuk orang berbadan dua.

Juga dapat beberapa keping sticker kereta LYN secara percuma.

Hahaha... Dah lekat di cermin belakang Imago aku. Agak-agak di Bintulu ni Imago aku saja yang ada sticker LYN ni kot? Sebab setakat ni, belum ada lagi kereta di Bintulu ni yang aku jumpa mempunyai sticker macam ni...

Setakat ni lah~

_____
Ada apa: Kalau ada baseball cap atau snowcap LYN kan bagus.

Ada Apa Dengan Bundaberg? (Part 5)


Bundaberg kembali lagi! Kali ni dengan perisa baru (aku jumpa) iaitu blood orange. Dibeli dari pasaraya M dengan harga RM3.60 per botol 340ml.

Rasa? Masih ingatkah lagi bagaimana pengalaman ketika pertama kali anda minum *F&N Orange Crush? Kalau masih ingat, macam tu lah rasanya... Disarankan minum dengan ais sebab ia agak manis. Bagi mereka yang tak suka manis, cairkannya dengan pencairan 5:1 atau secukup rasa.

*Kini dikenali dengan F&N Outrageous Orange.

_____
Ada apa: Perisa guava pun ada...

Sessi Jamming Metuk Ulau Projekt (Part 4)


Sabtu (18/2/2012) - Setelah mendapat persetujuan sebulat suara, Metuk Ulau Projekt akhirnya memutuskan untuk menyertai Opening Season Gig 2012 yang dijadualkan Sabtu depan (25/2/2012).

Sessi jamming kali ni boleh dikirakan sebagai persediaan awal untuk gig tersebut. Seperti biasa, Z Studio merupakan studio sewa pilihan kami.

Azrol, bila lagi nak masuk kem RG?

Kali ni Adi Herman tidak membawa bassnya (Craftsman P-Bass copy) atas sebab-sebab tertentu, jadi dia hanya menggunakan bass studio (Stagg J-bass copy). Main terlalu ganas sampai putus tali bass... Putus?

Bob Kandar muka lapar...

Dengan kuasa veto yang ada (dan persetujuan semua ahli), aku memilih tiga buah lagu cover Iron Maiden yang biasa dan selesa kami mainkan tiap kali sessi jamming (play safe) untuk dimainkan waktu gig kelak, iaitu:

  1. Caught Somewhere In Time (bahagian intro sahaja)
  2. Coming Home
  3. The Trooper
  4. Wasted Years

Metuk Ulau Projekt hanyalah sebuah projek cover band, jadi main lagu cover pun dah kira cukup, yang penting Hepi ;)

Korawk yang berpuas hati dengan output pikap Tesla Plasma-2 gold set yang baru dipasang pada gitar hibridnya beberapa minggu lepas. Kali ni Korawk dan aku berkongsi amp yang sama dengan bantuan mixer Behringer Xenyx 502.

Dengar-dengar tahun ni Korawk ada perancangan nak masuk kem Jackson dan DiMarzio, betul ke Korawk?

Sakit ulu hati (kebarangkalian otot-otot diafragma mengejang) kes terlalu tarik note tinggi lagu-lagu Maiden tanpa lagu "warm-up" seperti sessi-sessi jamming sebelum ni - suatu pengajaran yang berguna.

Oh ya, sessi kali ni aku menggunalan Goldie untuk mencuba prestasi kombo pikap DiMarzio (DP103/DP100) yang baru dipasang minggu lepas. Hasilnya memang memuaskan, dan pastinya untuk gig minggu depan aku akan menggunakan Goldie.

Sessi jamming kali ni memakan masa satu setengah jam dan diakhiri dengan sessi makan-makan sambil "bermesyuarat" di Restoran Mami (betul ke nama restoran ni Korawk?) terletak tidak jauh dari City Point.

Jumpa anda di Telaga Kumang minggu depan, and up the Irons! \m/

_____
Ada apa:
Sessi makan-makan ditaja oleh Korawk yang berhati murni.

Ada Sesuatu Dari Crinson Music (Part 2)


Bungkusan poslaju yang diterima pada Selasa (8/2/2012) minggu lepas beralamat dari Crinson Music And Guitars.

"Got a solo gig at the local coffee shop? Need to make a quick public announcement? Simple sound calls for the simply excellent XENYX 502, the BEHRINGER mixer with everything you need to give an intimate setting incredible sound. And with the new addition of +48 V phantom power, the possibilities are even greater."

- Hype dari website Behringer.

Ya, ya, produk Behringer lagi... Kali ni Behringer Xenyx 502 - premium 5-input 2-bus mixer with Xenyx mic preamp and British EQ.

Nice packaging, looks professional. Tidak seperti produk-produk Behringer untuk gitar terutamanya stompboxes dengan bungkusan plastik yang nampak macam barang mainan.

Kandungannya terdiri daripada mixer, power adapter, diagram, manual dalam 13 bahasa, tag, sticker dan katalog produk-produk Behringer.

Penyelesaian ringkas kepada kesulitan ketika jamming di studio sewa (Z Studio) yang hanya mempunyai dua buah amp gitar, sedangkan Metuk Ulau Projekt ada tiga orang gitaris.

Gitaris kedua dan ketiga akan "berkongsi" satu amp melalui mixer ni. Tidak perlu lagi menyambung rig gitaris ketiga pada mixer/PA system studio seperti sessi jamming sebelum ni. Ia telahpun diuji semasa sessi jamming Metuk Ulau Projekt tengahari tadi, dan hasilnya memang memuaskan.

Disebabkan mixer ni juga mempunyai preamp dan headphone (stereo) output yang berasingan, ia juga sesuai digunakan sebagai preamp untuk rig ringkas dengan menggunakan headphone sebagai output (for late night silent practice):

Gitar -> stompboxes (CM-1, CC-1, VXL) -> Xenyx 502 -> headphone

Simple jamming rig #2.

Kelebihan

  1. Mempunyai headphone output yang berasingan, sesuai digunakan sebagai "monitor" output.
  2. Mempunyai input berasingan untuk CD/tape player.
  3. Menerima kedua-dua jenis signal "balanced" dan "unbalanced" pada input yang sama.
  4. Tidak seperti stompbox gitar Behringer, Xenyx 502 ni memiliki casing yang tegap (aluminium?)
  5. Behringer = ekonomi.

Kelemahan

  1. Daripada lima input, cuma input pertama sahaja yang mempunyai EQ (high, low, gain).
  2. Dan cuma input pertama sahaja yang mempunyai XLR input.
More info please visit Behringer website.

_____
Ada apa: Aku suka dengan ayat ni "
Behringer products are made for the people, not millionaires" yang dijumpai dalam katalog Behringer.

Opening Season Gig 2012


Gig anjuran geng-geng Adi Herman dan Bintulu Independent Music Society (serta beberapa entiti lain, siapa sebenarnya penganjur gig ni Adi?) yang bakal diadakan pada 25/2/2012 nanti. Lebih kurang macam Closing Season Gig 2011 dalam entri blog MUUV ni.

Imej link dari Facebook Openig Season Gig 2012.
Sebagai seorang daripada penganjur, Adi seakan-akan berkeras ajak geng-geng Hepi ;) dan Korawk untuk turut serta dengan menggunakan entiti Metuk Ulau Projekt supaya ada wakil yang memainkan genre NWOBHM dalam gig kali ni.

Baseball cap gang.
Adakah Metuk Ulau Projekt akan turut serta dalam gig kali ni? Kalau semua ahli bersetuju, apa salahnya... Jika jadi, maknanya ini merupakan gig pertama aku sertai bukan sebagai penonton semata-mata.
Adi, Korawk, ada apa-apa info nak tambah?

_____
Ada apa: Scream for me Bintulu!

Floyd Rose Special Dilemma


Daripada info yang aku dengar, ramai yang komplen gitar yang memiliki Floyd Rose Special (FRS) bridge selalu out-of-tune...

FRS set, imej link dari website Floyd Rose.

Pada rakan-rakan (terutamanya si Korawk) yang baru berjinak-jinak atau teringin nak berpindah dari kem fixed bridge kepada kem floating bridge aka tremolo, bersedialah untuk mengalami setup dan tuning yang agak leceh.

Sebab utama selalu out-of-tune? Tali gitar biasanya tidak "dikunci" dengan ketat pada locking nut dan saddle menyebabkan tali akan tergelongsor sedikit demi sedikit bila tremolo disentap.

"A locking nut made of cheap metal will develop internal grooves when you lock the strings. The strings will slip, and the tremolo will not stay in tune".

Tapi disebabkan FRS ni menggunakan material yang agak "lembut" dan "murah" berbanding Floyd Rose Original (FRO) atau Floyd Rose 1000 (FR1k), kadang-kadang mengetatkan "kunci" pada locking nut dan saddle pun boleh mendatangkan masalah, contoh paling biasa ialah hex-key bolt pada locking nut loose.

Inilah yang telah berlaku pada Mirage aku beberapa minggu lepas, hex-key bolt pada locking nut yang mengepit tali E/A dah loose disebabkan aku mengetatkannya terlalu kuat. Tapi kalau tak ketat nanti tali menggelongsor pula kalau tremolo disentap, kan?

Dan perlu lebih berhati-hati mengetatkan tali pada saddle, takut-takut nanti blok saddle pula pecah, lagi haru! Kes macam ni pernah terjadi pada rakan aku dulu.

Penyelesaian mudah ialah untuk mendapatkan bolt yang lebih keras dan tahan, seperti yang aku perolehi dari Jo @ NoobAxe minggu lepas. Jo, bolt ni dari jenama apa? Ia memang lebih keras dan tahan berbanding bolt stok FRS set LTD.

Penyelesaian drastik pula ialah dengan menggantikan sistem FRS dengan sistem FRO yang bakal mencecah kos RM1k atau dari jenama Gotoh pada harga RM5xx, sanggup ke?

Tapi, daripada pengalaman menggunakan gitar Ibanez terutamanya RG350M, floating bridge jenis Edge-III lebih stabil dan lebih "tahan pukul" berbanding FRS ni. Bagaimana pula dengan Edge-Zero, ZR atau Edge Pro? Yang tu kena tanya pada yang pakar...

_____
Ada apa: Credits from Bro Sub's entry.

Singapore, I've Screamed For You, Last Year...


Hari ini dan semalam, setahun yang lalu...

North Borneo Trooper (NBT).

Aksi tangan seCEPAS kilat...

Cheese prata, fresh sugar cane...

Macam pelancong kan? (Memang pelancong pun).

Manggas live in Singapore.

Sudah sampai sini...

IMTV Singapore.

Rise To Remain.

Giro.

Ksatria bergitar.

Kelas vokal?

Tamat dah wei...

Hanya kenangan terukir di dada, bersemadi dalam sanubariku...

* * * * *

Agaknya bila lagi ada peluang nak tengok konsert live Iron Maiden? KL? Singapore lagi? Harap-harap nanti KL masuk dalam senarai, kalau Singapore lagi mungkin 50-50.

Up the Irons! \m/

Trivia: Korang ada terserempak dengan geng Afrika ni tak?

Imej link dari Facebook Syahrin Zaini.

_____
Ada apa: Kes malas mengarang ayat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (67) 58 explorer (14) ac/dc (6) adiwira (13) adrian smith (14) after forever (6) alice (11) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (125) amplug (4) andy james (2) angker (2) anime (52) anniversary (67) anthrax (1) art200 (3) artis tempatan (121) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) audioslave (2) avril lavigne (3) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (6) badges/patches (8) bag/case (54) bara studio (3) barbican (4) bass talk (28) bbw2013 (6) bc rich (7) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (11) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (252) bintulu buskers (5) black sabbath (1) blackstar (19) blades (3) blaze bayley (23) blind guardian (20) blogging blues (44) blu-ray (3) bmf2013 (8) bon jovi (4) boss (47) botb (19) bottlecapt (3) brado guitars (1) braingell radio (13) brr2013 (16) bruce dickinson (21) buku/majalah (50) bumi putra rockers (3) bundaberg (13) cable (24) canon (2) ccr (1) charvel (51) children of bodom (19) ck music (52) cog (5) coke (5) cola (4) compilation (61) console games (6) converse (2) cort (45) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (28) dalat (18) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (25) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (88) dean (26) dean markley (3) def leppard (1) denner/shermann (1) digipak (35) digitech (19) dimarzio (32) dio (4) dismal euphony (2) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (2) dream theater (13) drinho (3) drums (18) dutch lady (1) dvd (65) earth hour (14) ebay (225) ec-256 (25) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (80) electro-harmonix (23) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (14) emo (186) energy drinks (29) entwistle (6) environment (38) epiphone (93) erectus (5) ernie ball (14) esp/ltd (135) estock (71) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (12) fallout (13) family (39) fear factory (3) fender (15) filler entry (47) first aid (1) fishman (2) flashback friday (10) floor jansen (9) fontana (9) foo fighters (16) footwear (1) fotografi (30) fund-snatcher (13) gamer mode activated (23) gapnap (1) gartb20 (11) gary moore (2) gas (121) gator (10) gax010ltd (9) ghs (17) gibson (14) gig (73) gigrig (8) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (4) green tea (15) grg270 (25) gruv gear (1) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (12) guitar collection (8) guitar parts (51) guitar service (23) guitar talk (64) guitar/bass (635) hammerfall (13) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (6) headstock story (25) hennessey (7) hepi;) (56) herbal tea (4) hillsburg (2) historical (15) hootie (4) hotchix (34) hotel/resort (26) ibanez (180) icb200ex (14) iced earth (8) icon (24) imago (66) imitation (3) in flames (2) instagram (11) inverno (7) iron maiden (134) irt-pulse (1) isu semasa (230) j5 (8) jackson (32) jamming (123) jamtank (23) jim dunlop (54) joe satriani (12) jotb (13) joyo (17) jr (6) js music (3) js32t kelly (8) judas priest (1) kakis store (1) kamelot (18) karisma (4) kaset (32) kawan (261) kazanna (1) kempen (35) kerja (73) kerly (2) kesihatan (37) keychain (9) kherow (4) kiko loureiro (8) kikosp (6) king diamond (18) kkdn (6) koleksi (284) konsert (84) kopi (20) korg (50) kota kinabalu (14) kramer (1) kuala lumpur (29) kuala penyu (1) kuching (3) kucing (5) kustom (3) laney (18) larrong (1) lawas (3) lazada (14) lefthanded (5) lemon tea (11) letgo (38) lil (31) limbang (5) limited edition (14) line 6 (40) linkin park (2) lipton (1) live album (20) loudness (1) lowyat.net (16) lpg-reg (6) m nasir (2) m-103fm (75) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (331) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (16) marco hietala (20) marigold (1) marshall (18) martial arts (3) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (2) masterplan (11) mastodon (6) may (6) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (54) melaka (12) membakut (42) memori (305) mercyful fate (10) metallica (73) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (51) miri (16) misfits (1) modtone (7) moen (11) mono (1) moody monday (10) motorhead (9) movie (48) mrs (57) mug (2) mukah (19) mup (103) music bliss (7) music master (41) music nomad (1) muuv (52) mxr (9) my music (8) nanasmania (25) naruto (1) nat-geo (4) nestle (22) new album (27) new gear (160) newsted (3) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (13) nita strauss (5) nonsense (62) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (24) of string (17) oishi (5) oktoberfest (8) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (33) osg2012 (4) ozzy osbourne (9) pandora mini (11) panik (12) pantai (5) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (48) pc stuff (28) pc talk (13) pdap (2) peavey (22) pedal/stompbox (274) pedaltrain (14) pemuzika (3) penang (33) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (15) phones (12) pic of the day (51) pick (53) pickups (102) planet waves (8) playstation (8) pm2011 (18) pod hd300 (13) pod x3 (17) pokka (12) popomania (6) post-apocalypse (13) pqot (4) preamp (5) prequel (5) promo disc (5) prs (2) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (4) radin music (41) radio (4) rajinikanth (3) ramadhan special (61) ramli sarip (2) randall (4) rare (93) ratm (2) reco (24) recording (12) reg studio (8) restring therapy (47) revamp (2) rex (1) rg331m (3) rg350m (14) rhoma irama (3) ribena (4) rock at large (19) rocktron (6) roland (16) rotosound (5) roxette (1) roy z (7) rp360 (5) sabahan (18) samson (4) samsung (5) sandman guitar (6) saxbys (3) schecter (2) search (15) seymour duncan (20) sibu (6) sick puppies (6) signboard (12) silica gel (5) silvia (7) singapore (47) single/ep (5) sipitang (1) sit (2) skull strings (2) snark (9) so-cal (48) sonata arctica (3) sony (22) soundcloud (7) soya (5) spear (2) speedy (30) squier (17) sr300 (24) stagg (12) star wars (10) stewmac (3) sticker (6) strap (11) strings (87) strings by mail (2) sudirman (3) sukan (17) sundrop (2) sungai (11) super album (90) superlux (3) sv guitars (2) swee lee (2) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (34) takamine (5) takstar (3) tamil (11) tanglewood (9) tarot (15) tech21 (1) telecaster (10) telepathic tuesday (2) tesla (32) the cranberries (2) the guitar addict (30) the iron maidens (2) thomas zwijsen (4) throwback thursday (7) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (8) tonelab ex (2) tools (9) top 5 (3) tour de brunei (42) trade (19) transformers (4) travel (119) tribute (40) trivium (5) tsb6 (6) tuner (30) tv (31) ugly kid joe (3) usm (1) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (19) vox (69) warwick (11) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (27) wireless (3) wonda (3) wordless wednesday (235) wrestling (8) ww2 (6) x-11 (33) xpdc (5) yamaha (4) yeos (5) yNot (21) yogurt (7) yolo (4) yustech (1) z-studio (15) zachary hietala (13) zoom (102) zoso music (9)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger