Moody Monday: Pentagram Di Atas Paragon


Gig amal bersempena Distinguish Gentleman's Ride 2019 Bintulu, bertempat di Paragon Street Mall (lokasi Rock'n Mob tahun lepas).


Untuk bahagian Bintulu, DGR2019 ini dihoskan oleh Harley 9th Division (geng Bro Eden ni) manakala untuk hiburan muzika (gig) dikelolai oleh NorthSouth Punkster.




Untuk acara DGR2019 itu sendiri aku tidak akan mengulasnya di sini, boleh tonton sahaja montaj di atas untuk gambaran acara. Untuk acara persembahan pentas (gig) ia bermula sejak petang semalam (Sabtu).

Goldie kembali beraksi.
Slot persembahan pentas hari kedua (Ahad) dijadualkan bermula sekitar 11.30 pagi, slot MUP sekitar 1.30 petang. Tetapi atas sebab-sebab tertentu acara persembahan pentas ditunda dan hanya bermula sekitar 2.00 petang.

Korawk Sekorok.

Setlist standard - Pentagram Di Atas Pusara (lagu original MUP), Jerebu (parodi Kabus), 2 Minutes To Midnight dan The Trooper. Pada mulanya ingin membawa lagu Derita Seorang Filosuf (Medicine) tetapi terpaksa disingkirkan kerana Bob Kandar belum bersedia dengan lagu ini.


Bob Kandar yang mengejar masa kerana ada tugas (Hepi Sounds) di pentas utama Pesta Layang-Layang Antarabangsa Borneo yang berlangsung tidak jauh dari Paragon. Habis giliran MUP main, terus "hilang".


Dan seperti yang telah dijanjikan dalam entri yang lepas, khidmat abang long Goldie digunakan untuk gig kali ini, digandingkan dengan RP360 yang disambung terus ke effect return Fender Champion 100 atas pentas (Nuing pula guna Marshall MG100HCFX) untuk setup yang ringkas.

Tak banyak dapat aku cerita, habis persembahan 30 minit kemudian aku balik rumah kerana sudah berjanji membawa anak-anak keluar.

_____
AADI: Play-safe playlist.

Duncanised Darth Sven


Proses pemasangan set Sentient/Nazgûl pada Darth Sven berjalan lancar. Lebar dimensi pikap Seymour Duncan versi 7-string ini cukup-cukup muat dalam kaviti pikap. Penampilannya juga sepadan dengan tema satin black gitar ini.


Konfigurasi dan pendawaian asal tidak diubah termasuk opsyen push/pull. Hanya kapasitor Chiclets asal digantikan dengan Roederstein 22nF. Sprague Orange Drop dalam stok peribadi aku cuma tinggal 47nF dan 11nF sahaja.


Satu perkara yang aku perasan ialah spacing antara kutub pikap neck tidak sejajar dengan tali, baik pikap asal LH-150 mahupun Sentient. Ya aku tau spacing untuk pikap 7-string neck dan bridge adalah sama, kalau diperhatikan posisinya agak ke kanan sedikit. Tapi setakat ini tiada masalah dari segi bunyi, hanya dari segi penampilan nampak agak tidak kena.


Sebelum ini aku pernah menggunakan set Sentient/Pegasus versi enam tali pada Neon, Goldie dan Nightfall. Karekter Sentient amat menyerlah pada gitar singlecut sebegini berbanding superstrat. Nazgûl pula, macam mana eh? Ini kali pertama aku menggunakannya, agak sukar "dijinakkan" berbanding Pegasus. Tapi ini pendapat peribadi yang agak temberang saja...

Setelah hampir sebulan memiliki gitar ini, aku agak belum bersedia untuk menggunakannya semasa jamming apatah lagi *persembahan pentas esok. Selain masih kekok untuk lagu-lagu yang biasa dimainkan dengan enam tali, talaannya juga kadang-kadang lari lebih-lebih lagi kalau selalu bending. Sesuatu yang agak menjengkelkan bagi aku yang biasa dengan sistem Floyd Rose yang (hampir) kalis lari talaan.

_____
AADI: *Akan guna Goldie seperti yang dijanjikan dalam entri ini.

Tribute To Sang Gendang


Kisahnya tak perlulah aku ulas di sini.

Seperti yang aku selalu katakan dalam AADI, aku tak berapa follow Search berbanding Wings. Walau bagaimanapun ada empat album Search yang memiliki nilai-nilai nostalgik peribadi iaitu Fenomena, Karisma, Rampage dan Bikin Wilayah.


Entri Karisma antara entri pembuka untuk AADI dikenali oleh rakan-rakan bloggers kental seperti Berteromber, Deaf_Angel dan Portdy.


Selain bersama Search, kerja pukul beliau dalam album A-Live (aka Live 2000) Ramli Sarip juga antara album bernilai nostalgik. Bikin Wilayah dan A-Live antara album rock Melayu yang pernah diburu suatu ketika dahulu...


Terima kasih Sang Gendang kerana pukulan gendang anda menghiasi zaman kanak-kanak dan mengiringi kehidupan mengenal cabaran alam dewasa.

Al-fatihah...

_____
AADI: #ILWILR.

Wordless Wednesday: Justice Spidey




_____
AADI: Spider-Man dah lompat parti.

Sentient Nazgûl 7


Ok, ini penyelesaian alternatif untuk permasalahan dalam entri lepas, iaitu dengan mendapatkan pikap daripada jenama lain yang lebih mesra LTD EC-series. Kali ini set Seymour Duncan Sentient/Nazgûl dipilih.


"Forged to fathom the deepest of metal tunings, the Nazgûl and Sentient Set’s searing highs, grinding mids and tight bass define modern metal." - Hype website Seymour Duncan.

Ia diperolehi daripada seorang kenalan Jamtank dari Kuantan yang juga orang sama aku memperolehi kombo DiMarzio PAF 7/Fusion Edge minggu lepas.


Setelah membaca entri aku dan melalui perbincangan ilmiah, rakan tadi yang juga seorang *pickup enthusiast sama seperti aku mencadangkan set Sentient/Nazgûl terpakai ini sebagai tukaran PAF 7/Fusion Edge (dengan tambahan sedikit tunai) atas dasar mutual respect seperhobian.


Katanya aku merupakan pemilik ketiga set ini sebab itu ia tidak didatangkan dengan kotak asal. Atau adakah pemilik pertama mengeluarkannya daripada gitar tertentu? Tapi tak mengapa, yang penting ia memberi sinar harapan kerana setakat ini sejajar dengan pickup ring Eclipse dan tidak terkangkang.

Menunggu masa lapang untuk meneruskan projek.

_____
AADI: *Antara sebab kini menjadi rakan.

Antara DiMarzio Dan LTD


Baru ada peluang untuk memulakan projek memasang DiMarzio PAF 7 dan Fusion Edge yang diperolehi dalam entri lepas pada Darth Sven (EC-257) aku.


Seperti kebiasaan, gitar-gitar aku akan digantikan dengan pikap aftermarket jika tidak berpuas hati dengan pikap asal. Kenapa? Sebab aku boleh (because I can).


Seperti yang dijangka, pikap stok ESP Designed LH-150 yang digunakan adalah G&B Pickups seperti gitar-gitar LTD aku sebelum ini. Kaviti routing pikap pun boleh dikira kemas, trademark gitar-gitar buatan Indonesia.


Tapi kedua-dua pikap ini tiada bertanda yang mana satu khusus untuk neck atau bridge, spacing hujung ke hujung kutub (poles) pun sama ~62 mm.


Dan yang paling sedih, satu daripadanya tidak dibalut dengan sellotape fabrik. Terlupa? Atau adakah ia (dengan nada menyindir) penanda untuk pikap posisi bridge?


Berbalik pula kepada pikap DiMarzio, semasa semasang PAF 7 pada ring aku mula perasan sesuatu yang tak kena. Jarak lubang skru pikap DiMarzio lebih lebar berbanding jarak pada ring offset sekitar ~2 mm, nampak sangat skru agak terkangkang.


Ya, di situlah masalahnya, kavitinya tidak cukup lebar untuk dimensi pikap DiMarzio jenis 7-string. Nampak sangat rekabentuk DiMarzio sebegini khas untuk gitar yang pikapnya dipasang secara terus pada badan (direct mount) dan tidak mesra pickup ring.


Ada dua penyelesaian yang aku boleh fikirkan, tetapi kedua-duanya ada kelemahan atau halangan;
  1. Kikis sedikit "telinga" pikap sehingga boleh muat - disebabkan jarak lubang "telinga" hanya beberapa mm dengan hujung, kebarangkalian ia akan rosak/patah amatlah tinggi. Ia juga mungkin akan mengurangkan nilai (devalued) pikap ini.
  2. Lebarkan sedikit routing kaviti pikap - aku tiada perkakasan yang sesuai (Dremel?). Tukul dan pahat? Aku tidak yakin...

Dengan rasa sedikit kecewa, projek ini terpaksa dibatalkan ditangguhkan. Malas nak pasang semula pikap asal, nanti dua kali kerja pula. Dibiarkan lopong tanpa pikap dan direhatkan dalam hardcase sementara menunggu penyelesaian yang optimum. Bro YusTech ada apa-apa cadangan?

Bersambung...

Entri-Mini: Hari Gitar Sedunia 2019


Sumber.
_____
AADI: Lompat khemah lain?

Ada Sesuatu Dari Brado Guitars (Part 2)


Selepas perolehan Eclipse beberapa minggu lepas, dihubungi semula oleh Brado Guitars (Mr. Jon) yang ingin mempromosikan tali gitar jenama Skull Strings. Aku memberitahu yang aku mempunyai pengalaman menghampakan sebelum ini (rujuk entri ini dan ini).

Tidak lagi berkotak (yang satu tu sticker je).
Selepas membaca entri tersebut, pihak Brado menghantar seunit set DD 10-52 sebagai gantian untuk set berkarat tersebut atas rasa tanggung jawab, mutual respect dan promosi, walaupun telah dua tahun berlalu. Katanya "nobody deserved a bad experience with Skull Strings", kebetulan batch dalam entri tersebut merupakan produk edaran Brado Guitars - pengedar rasmi di Malaysia. Terima kasih diucapkan.

Oh ya, pihak Brado juga ada terbaca entri YusTech berkaitan jenama ini. Katanya untuk pengguna Floyd Rose, adalah *mandatori untuk Skull Strings dipasang secara normal (potong ball-end) dan bukannya songsang, berdasarkan beberapa insiden yang pernah dilaporkan kepada mereka (dan telah digantikan).

_____
AADI: *Sepatutnya didokumentasikan dengan jelas pada label produk.

Wordless Wednesday: DGR2019 Bintulu Gig





_____
AADI: RIP Jessi Combs.

DiMarzio PAFusion 7


Memperolehi sepasang pikap DiMarzio terpakai iaitu PAF 7 dan Fusion Edge 7 melalui transaksi *pertukaran (trade) dengan set EMG SA/SA/SA yang diiklankan dalam blog sebelah (DiMarzio + cash = EMG).


Kedua-dua bukanlah versi runcit (aftermarket) kerana memiliki logo DiMarzio pada bobbin, kotak yang diberi pun adalah kotak model lain. Aku pasti model Fusion Edge 7 dikeluarkan daripada Ibanez Iron Label kerana model ini hanya eksklusif untuk Ibanez. Daripada forum, model ini katanya memiliki karekteristik seperti model Titan 7.


Kedua-dua plet belakang pikap ini adalah jenis sintetik/PCB berbeza dengan versi enam tali yang menggunakan plet logam. Mungkinkah kesemua pikap DiMarzio bertali tujuh menggunakan plet sebegini? Fuzion Edge 7 agak moden kerana menggunakan sambungan wayar ala EMG-HZ.


Wayar PAF 7 pula agak pendek, mungkin sebelum ini ia berada pada posisi bridge (Ibanez SIR27F?). Ia juga telah dimodifikasi oleh pengguna sebelum ini dengan menukar screw-pole asal dengan hex-pole.

*Dengan pertukaran ini, terselamatlah poket aku daripada TERbeli set DiMarzio yang baru (D-Activator 7 + Air Norton 7) atau jenama lain (set Dark Star 7). Ya, set ini akan dipasang pada Darth Sven, cuma belum ada kelapangan untuk memulakan projek...

_____
AADI: DiMarzio lagi.

So-Cal Tujuh Tahun


Mark III aku, Charvel So-Cal Style 1 HH menyambut ulangtahun ketujuh dalam axology aku hari ini. Kira sebaya dengan anak sulung aku si Lil'Ijau.


Kalau perasan sudah lama aku tidak menggelarnya dengan nickname Calypso dalam AADI, nama tersebut sudah tidak lagi sesuai atas sebab-sebab tertentu. Selepas ini aku hanya akan menggelarnya Mark III atau So-Cal sahaja sehingga mendapat nama gelaran yang sesuai.

_____
AADI: Direhatkan daripada menjadi gitar utama gig.

Antara Dunlop Dan Ernie Ball


Dunlop Straplok SLS1033BK, antara produk yang sudah lama dalam cart, baru sekarang tertarik picu untuk mendapatkannya.


Diperolehi daripada website Swee Lee Malaysia ditambah dengan pembelian sampingan sebungkus *Ernie Ball 2621 7-string Regular Slinky (10-56). Pernah beberapa kali kecewa dengan Ernie Ball sebelum ini, tetapi masih tergerak hati untuk mencuba batch baru ini (dengan bungkusan yang sedikit berbeza).

Setakat ini, harga kedua-dua produk ini ditawarkan paling murah oleh Swee Lee berbanding premis-premis online lain. Dan ditambah dengan pengeposan percuma (via CityLink Express) ia amat berbaloi-baloi.

_____
AADI: *Sayangnya, sudah tiada lagi D'Addario di website Swee Lee.

Medicine - Medicine


Dah lama aku beli CD ni daripada Radin Music, baru terjumpa semula setelah tersorok dalam laci cubicle tempat kerja aku, terperap sejak Januari tahun lepas. Juga dijumpai CD Iced Earth Plagues Of Babylon.


Album yang dikatakan self-titled, tapi lebih dikenali sebagai album Ubat (macam kes Black Album Metallica kot?).


Tiada lagu-lagu yang menggamet kenangan (peribadi) dalam album ini kecuali lagu Mungkinkah yang otomatik mengingatkan aku ketika berada di tingkatan 1 tahun 1992, tahun album ini dirilis. Kualiti bunyi lagu-lagu dalam album ini agak ala kadar seperti album-album risilan semula yang lain keluaran Sony Music.


Bagi aku, kualiti bunyi album kompilasi Memori Hits (rilisan NSR) jauh lebih unggul. "Eh? Mana boleh bandingkan dengan kompilasi tu, sebab digital remastered". Ya, tapi dari segi harga hanya beza beberapa ringgit sahaja. Antara faktor yang membantutkan aku untuk membeli album-album rilisan semula. Mungkin ada yang akan pertikai dan/atau pertahankan dengan pelbagai alasan, lantak kau lah~

Dan kebetulan beberapa minggu ini aku mendengarkan kembali lagu-lagu dalam album kompilasi tersebut, terutama lagu Derita Seorang Filosuf yang bakal dijadikan lagu projek MUP akan datang.

_____
AADI: Dah makan ubat?

Gerhana Dalam Buaya


Sebagai sebuah singlecut, Darth Sven juga muat dalam hardcase Gator GC-LPS.


Dan dengan sudut neck/body sekitar 3-4°, neck Darth ini betul-betul berada di atas foam dan tidak terjungkit seperti Nightfall yang memiliki sudut neck/body yang agak rata (kerana ada sistem Floyd Rose).


Ruang yang cukup untuk melindungi headstock. Berbaloi dan tidak menyesal memiliki peti buaya ini. Thumbs up untuk LTD kerana mengekalkan ciri-ciri asal EC-series walaupun skala model ini lebih panjang (25.5") berbanding EC-series lain (24.75").

_____
AADI: Agak-agak muat EC-258 dengan skala 26.5" baritone?

Gerhana 2019


Mengambil peluang bersempena Jualan Merdeka gitar-gitar LTD untuk memperolehi gitar ini - Eclipse EC-257. Diperolehi daripada Brado Guitars melalui platform Lazada, Brado menyediakan pengeposan percuma ditambah lagi dengan kupon diskaun RM10 (berbanding pengedar asal).


Ya, EC-257 merupakan gitar bertali tujuh varian daripada model *EC-256, dengan kemasan satin black, spesifikasi penuh di sini. Inilah gitar bertali tujuh pertama aku sejak terGAS tahun lepas, itupun berani menarik picu berbekalkan dana-dana hasil jualan ex-Korina bulan lepas (GLTL).


Dokumentasi, hex-wrench (Allen keys) dan dua keping pick signature Godoy (Massacre Conspiracy) sebagai hadiah percuma daripada Brado. Saiz, tebal dan feel pick ini lebih kurang seperti pick custom Nonuz The Ego yang pernah digunakan beberapa tahun lepas.


Headstock pun satin black, kedudukan machine head 4+3 untuk headstock sebegini nampak agak janggal pada mulanya. Nama model kini pada penutup truss rod, dan bukan lagi pada fret ke-12 seperti LTD pra-2017.


Daripada interpretasi nombor siri IS18110882 ia dibuat pada bulan November 2018 dan merupakan produk yang ke-882. Kod kilang agak berbeza IS (kilang Samick?) berbanding LTD Indonesia aku sebelum ini (Neon dan ex-Mirage) iaitu IW (kilang World Musical Instrument?).


Fretboard jatoba yang agak rata dengan radius 400 mm berbanding 350 mm standard LTD lain dan 304.8 mm (12") pada Les Paul. Aku tak kisah, sebab sudah biasa dan selesa dengan radius fretboard 12" dan ke atas.


Pilihan yang bijak untuk LTD menggunakan skala yang lebih panjang iaitu 25.5" (Fender scale) untuk model ini berbanding 24.75" pada versi enam tali (typical Les Paul scale). Lebih panjang skala, lebih mudah untuk mengintonasi tali ketujuh (low-B).


Hardware hitam, suis toggle 3-arah, tombol BRIDGE VOLUME, NECK VOLUME dan TONE dengan opsyen push-pull coil tap (coil split sebenarnya). Pikap berkembar ESP designed LH-150 humbucker, yang aku pasti merupakan pikap G&B yang dijenama semula (akan diintai kelak).

Pilihan yang bijak sekali lagi untuk LTD kerana menggunakan pikap jenis passive mount, lebih banyak pilihan pikap aftermarket berbanding active mount (soapbar).


Antara trademark bentuk EC (Eclipse) singlecut yang berciri moden dengan cutaway untuk lebih ergonomik. Lebih nipis dan ringan 3.7 kg berbanding Les Paul (Goldie 4.0 kg, Nightfall 4.2 kg).


Katanya "inspected in the USA", kalau betul maknanya gitar ini mengelilingi dunia dua kali. Dibuat di Indonesia, dihantar ke ESP USA (inspections) dan kemudian ke Malaysia untuk dipasarkan, duh~


Seperti jangkaan, ruang kaviti gitar-gitar buatan Indonesia memiliki routing yang kemas, juga pematerian dan wayar yang boleh dikira kemas.

Rasanya gitar ini akan menjadi platform pembelajaran dan bukanlah untuk kegunaan jamming mahupun gig (kecuali jika diperlukan). Ada beberapa cabaran semasa transisi daripada gitar bertali enam kepada tujuh, mungkin akan dibicarakan dalam entri lain kelak. Sebagai permulaan, ia ditala pada talaan drop-A (AEADGBE).

Nickname? Malas nak fikir pasal nickname, biarlah ia digelar TOTAL ECLIPSE OF MY HEART sahaja (might change later). [Updated] Dengan penampilannya yang serba hitam (walaupun tidak sehitam Nightfall) ala seorang Sith Lord, aku menggelarnya DARTH SVEN atau SVEN sahaja, iaitu derivasi daripada perkataan SEVEN.

_____
AADI: Model-model lain yang tewas MH-17, MH-207 dan SC-207.

Wordless Wednesday: Another Indonesian Guitar




_____
AADI: GLTL lah, apa lagi~

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger