[Nanasmania] Pencarian makanan/minuman berasaskan nanas diketemukan sekali lagi dengan nanas dalam tin berjenama Malay Gold - choice quality pineapple mixed cubes in syrup.
Dibuat oleh Lee Pineapple Co. Pte. Ltd, Skudai, Johor. Ya, syarikat yang sama membuat minuman nanas dalam entri ni. Diedarkan oleh Syarikat Ta Kiong Sdn. Bhd. Sibu, Sarawak. Dibeli di pasaraya NK dengan harga RM3.00 per tin 454 gram.
Dinikmati sama seperti nanas Ayam Brand, sebagai minuman ketika berbuka puasa (aku sorang je yang minum, paham-paham sajalah). Cuma bezanya, nanas Lee Pineapple ni lebih kuning (hence the name Malay Gold), manis dan pejal berbanding nanas Ayam Brand, suatu perasaan yang kimochi~ ketika mengunyahnya...
[Entri Mini] Mee Goreng Kuah
Semalam, Mrs. Ijau kembali memasak juadah berbuka puasa setelah dua hari "cuti memasak". Kali ni dengan juadah mee goreng kuah.
Sebenarnya ia merupakan resepi diperbaiki (improvised recipe) berasaskan mee kuah dan mee goreng (dan bukannya mee goreng basah), setelah secara tidak sengaja menuang kuah dalam mee goreng suatu ketika dahulu.
Rasanya? Memanglah sedap, cukup lemak, cukup masin, kuahnya lebih kurang macam rasa kuah nasi goreng Hokkien dalam entri ni. Seperti biasa, Mrs. Ijau masak tak pedas, terpaksa aku menambah serbuk lada hitam (pepper) secara manual secukup rasa.
[Diari Ramadhan 1432H entri #10]
_____
Ada apa: Bak kata Oriaj - "30 hari mencari nasi briyani nanas"
6 komen:
pehhh...pagi2 dh post entry psl mkn!
nanas lagi??...ni bukan bini yang mengidam...laki yang kena pembawakan budak ni...heheh...
berteromber: mungkin dia ngidam kot... wakilkan istri dia
Mat nanas... nanti kena buat special ranking mana paling best ikut turutan.
kaum bapa selalulunya lebih adventurous kalau pasal minuman :-)
nanasmania!
Post a Comment