Hari ni rehat buat entri pasal makanan dan Diari Ramadhan 1432H.
Walaupun ME-70 ni dah dituntut oleh tuan punya pada Jumaat dua minggu lepas, tapi aku sempat mencubanya (sessi "pandu-uji") pada malam selasa sebelumnya. Aku taknak buat ulasan pasal kualiti bunyi ME-70 ni (it's a Boss product afterall) cuma nak buat ulasan ringkas peribadi setelah sessi "pandu uji" yang tak sampai satu jam.
More technical info, please visit Boss official website.
Seperti Korg AX3000G aku dulu, ME-70 ni juga mempunyai dua mode; presets dan manual. Pada mode preset seperti multi-effects yang lain, banyak tersedia presets (or patches) yang sedia untuk digunakan untuk main pelbagai jenis genre. Tapi aku tak explore sangat presets yang ada.
Pada mode manual, empat suis kaki (pedal) yang bernombor 1 hingga 4 berfungsi seperti empat "stompbox" yang berasingan - COMP/FX (compressor/effect), OD/DS (overdrive/distortion), MODULATION dan DELAY. Dan tak lupa expression pedal yang berfungsi sebagai WAH atau volume level. Kecuali PREAMP dan REVERB sahaja yang tidak mempunyai suis kaki.
PREAMP, amp model - CLEAN, COMBO, TWEED (Fender?), STACK, LEAD STK (Marshall?), R-FIER (Boogie?) lebih kurang macam amp modelling pada Micro-Cube aku. Dan lima tombol GAIN, BASS, MIDDLE, TREBLE, LEVEL (volume) untuk "dipermain-mainkan" ikut citarasa sendiri.
OD/DS - overdrive dan distortion modelling seperti stompbox Boss yang ada di pasaran (OD-1, BD-2, DS-1, OD-3, MD-2, MT-2, ML-2, FZ-5, etc). So you have equivalent of 8-10 Boss overdrive/distortion/fuzz stompboxes in there! Damn~ MODULATION, DELAY, REVERB dan WAH tak payahlah aku cerita.
Input output yang ada - Gt. AMP OUTPUT (R and L/MONO - dua output mono, bagus ni), REC OUT/PHONES (sumbat headphone), AUX IN (CD atau MP3 input), PREAMP REVERB ON/OFF (yang ni aku tak pasti), DC IN (btw, adapter sold separately).
Mungkin disebabkan ME-70 ni model lama (macam ME-50) dan waktu ia dikeluarkan USB recording belum lagi menjadi kegilaan, jadi model ni tidak mempunyai USB mahupun MIDI port. Kalau nak rakam, terpaksa guna cara manual REC OUT/PHONES sambung ke mesin perakam.
Kelebihan:
- Mudah dikendalikan, pada yang biasa menggunakan multi-effects pastinya akan berasa senang menggunakan pedal ni tanpa membaca manual.
- Pada manual mode, ia seperti memiliki 4+3 buah analog stompbox yang berasingan, disebabkan setiap pedal diedit secara berasingan (independent control knobs per effect). Ramai rakan-rakan seperMETALan yang selalu jamming/gig suka ME-70 (atau ME-50) disebabkan ia ringkas, senang dan cepat diedit.
- Saiznya yang tak berapa besar (macam GT-10) dan tak berapa kecil (macam Zoom G1N), sedang-sedang saja saiznya.
- In metal casis, +1 on reliability.
- Amat sesuai untuk live performance, gig atau jamming.
- It's a Boss!
Kelemahan:
- Display cuma 2-digit/aksara, sama seperti pedal-pedal Zoom yang ringkas (G1, B1, B2).
- Tidak mempunyai USB port untuk disambung pada komputer (masalah ini diperbaiki pada model ME-25).
- Tak banyak amp-modelling. Tapi bagi aku, enam amp-model pun dah kira cukup.
- Tidak disertakan dengan AC adapter, terpaksa dibeli berasingan. Mana tahan nak guna bateri (AAx6).
- Dah masuk tahap rare, memang susah nak cari di pasaran.
Korawk, bonus raya nanti mau beli apa selain Nokia blackboard tu? AADI dan sub-kontrak GKC boleh tolong carikan, hehehe...
Simple test rig: Goldie -> ME-70 -> Sony MDR-XD100 headphone (atau Oren Kecik).
Pendapat peribadi, kalau bab multi-effects aku lebih suka (dan GASsed) jenama Zoom dan Line 6 berbanding Boss. Jadi aku tak berapa cemburu dengan ME-70 ni, tapi kalau Zoom G2/G3/G7/G9 atau Line 6 Pod HD300/400/500 itu cerita lain...
_____
Ada apa: Cerita pasal bonus raya, kalau separuh gaji (minimum RM500) banyak tu~ Mulalah pikir bukan-bukan...
4 komen:
try la beli POD HD... lepas tu malas la nak try lain2 dah ;)
belum ada mau order..kasi settle nokia blackboard dulu
dr. ben:
pod X3 pun blm abis explore
korok:
order gitar la pulak, jackson ke LTD ke, blh aku buat review lagi
aku bonus raya buat akikah anakku
Post a Comment