Sabtu (25/2/2012) - Seperti yang dirancang, Opening Season Gig 2012 diadakan pada hari ini bertempat di Telaga Kumang Karaoke & Lounge, Tanjung Batu, Bintulu bermula seawal 11.00 pagi.
Gig ni agak bermakna bagi aku sebab ia merupakan gig yang pertama aku sertai bukan sebagai penonton tapi sebagai performing band bersama-sama Metuk Ulau Projekt.
Beers RM5 per can, soft drinks RM5 per can... Patutlah ramai yang minum beer, sebab soft drinks pun sama harga.
Tempat kejadian.
Dan atas masalah-masalah keluarga (family first bro!), aku dan Bob Kandar berunding dengan pihak penganjur supaya Metuk Ulau Projekt membuat persembahan seawal yang mungkin, sebab Bob Kandar akan ke Miri bersama keluarga pada sebelah petang.
Sessi soundcheck tanpa bassist utama, Adi Herman masih belum datang sebab belum lagi habis menunaikan tanggungjawab kepada negara. Korawk menggalas tugas sebagai bassist simpanan untuk sessi soundcheck (or for worst case scenario).
Kedua-dua gitar aku Goldie dan Mirage digunakan untuk gig ni. Mirage digunakan oleh Azrol selaku gitaris utama, aku agak segan kalau Azrol menggunakan gitarnya (GRX40) untuk gig ni.
Backdrop banner yang ringkas.
Disebabkan amp gitar dan bass yang digunakan untuk gig ni disewa dari Z-Studio yang sememangnya dah biasa kami gunakan, sessi soundcheck memang tidak mengalami sebarang masalah.
Gig secara rasminya bermula pada pukul 1.00 petang, dengan persembahan pembukaan sebuah lagu oleh Curse Of God, mereka akan membuat persembahan penuh sekali lagi pada lewat petang.
Metuk Ulau Projekt (ehem), band kedua yang membuat persembahan dengan setlist Iron Maiden full cover - Caught Somewhere In Time (intro part), Coming Home, Wasted Years dan The Trooper.
Waktu lagu Coming Home hanya beberapa kerat penonton saja yang sing-a-long lagu ni, agaknya sebab lagu ni lagu baru kot? Bila masuk intro lagu Wasted Years (ice breaker song), beberapa penonton dah mula ke depan kami...
Gambar yang diimport dari blog Geng Kereta Sapu.
Aku suka angle gambar ni.
Dan ternyata lagu The Trooper merupakan klimaks persembahan Metuk Ulau Projekt, budak-budak deathcore yang mulanya agak blur dengan lagu-lagu Iron Maiden pun turut serta menyanyikan part "oooo~" bersama-sama dengan brader-brader otai yang dah headbanging di depan kami.
The crowds - bak kata Adi "it's dirty, it's hazy, it's filthy... and it ROCKS!"
A Day We Remains, band deathcore budak-budak sekolah merupakan band ketiga membuat persembahan, mereka ni siap bawa peminat sendiri dengan aksi mosh pit yang agak melucukan.
Benda yang aku tak pernah lupa bawa bila sessi jamming atau tengok gig.
Ana & The Scene - bergenrekan indie dan alternatives, dah lama aku tak dengar lagu High And Dry (Radiohead). Rata-rata penonton yang sing-a-long lagu ni merupakan mereka yang seumur dengan aku. Band ni juga turut mengedarkan CD demo mereka secara percuma kepada penonton (akupun dapat).
Digitech RP1000 wooo~
Hah! Ada CD Kuraia Manggas juga ada dijual.
Selepas habis persembahan Ana & The Scene, akupun "Coming Home" jugalah, sebab dah janji dengan Mrs. Ijau aku akan balik sebelum pukul 3.00 petang. Lagipun pukul 4.00 petang aku ada sedikit kerja di opis.
Dalam perjalanan menuju Imago, aku terserempak dengan band-band otai Bintulu Erectus dan Curse Of God yang sedang membincangkan hal-hal duniawi dan politik sambil menikmati 7-Up.
Cerita penuh gig ni mungkin akan dibuat oleh Adi Herman sama ada diblognya Molotov Cocktailz ataupun blog Metuk Ulau Underground Voices (MUUV) kelak. Terima kasih juga diucapkan kepada Apai Rijal si Gamer Sayur yang menjadi jurukamera rasmi kami (siap dapat tag "crew" lagi tu).
_____
Ada apa: Scream for me Bintulu!
8 komen:
hi abang ijau.. nak mintak sign kat dadaaaaa~~~~
ooo...dah jadi artis...
mohon nak jadi groupies boleh?
heheh...
muspeed:
dada hang berbulu x?
berteromber:
bkn artis, tp rocker wannabe
groupies blh, tp ko mesti pndi moshing stail vibrate mcm henpon :D
insyaAllah aku akan buat entri hari sabtu ni utk review gig tu pada kedua2 blog aku hahahahhahahahahahaha
Metuk Ulau Projekt | the beast Unleashed hahahaha!!
kali aku lihat gambar aku perasan satu perkara... time perform semua line konsentrate di fret gitar hehehe buat la eye contact ngan crowd baru la showmanship tu lebih menjadi... tapi kira ok la for first timer.... at least tiada line up yang membelakangi penonton :) sebenarnya tiada masalah kalau guna gitar grx40 kalau main fit org ndak peduli semua tu yang penting hepi:) tapi sayang jua mirage atu mun ndak di ayau kan.. panat jak mamudipayit.... hehehehehehehe
jiaro:
btw, dah tgk videonya? aku rasa kami ada berinteraksi dgn crowds lbh2 lg part the trooper
ada tengok bidio tu... ada ku komen di blog adi herman... bagi aku persembahan yang baik untuk 1st timer :)
Post a Comment