1) Equipments - Bagi mereka yang dah mengikuti AADI sejak beberapa tahun lepas pasti tahu perangai aku yang suka bertukar-tukar
- Effect pedals: Joyo (JF-01, JF-03), Boss (MT-2, CH-1)
- Axe: ESP LTD F-54 SS bass
- Amp: Vox Pathfinder Bass PFB-10
Tak kurang juga gajet yang telah bertukar milik (aka di"let-go") - CC-1, GART20, Micro-Cube, SN-2, DM4.0S, UPC688, FX-600.
2) Music life - Tahun 2013 juga menyaksikan Metuk Ulau Project agak aktif dalam kancah muzik bawah tanah Bintulu berbanding tahun lepas. Walaupun sering bertukar-tukar line-up, termasuk pemuzik bermusim (seasonist), tapi tunggak utama iaitu geng Hepi;) - aku, Azrol, Bob Kandar - akan memastikan nadi MUP terus berdenyut.
Antara gig dan persembahan awam yang disertai sepanjang 2013:
- Bintulu Music Fest 2013
- Love & Peace Gig #santaibersamaREG
- You Only Live Once #1
- Bintulu Bike Week 2013
- MUP live in Kemunting
Gig Rock Kapak Bintulu Rockers Re-Uniontarik diri (tak cukup korum)- BRRU Rock Nite 2013
Oh bab kumpul CD masih diteruskan, lebih-lebih lagi sejak mengenali estock_deutschland. Perangai eBayholic aku kembali walaupun tak serancak tahun 2009 dulu. Nampaknya lepas ni nak kena beli sekurang-kurangnya mini hi-fi untuk halwa telinga di rumah, selalu layan CD audio ni dalam Imago je (di rumah layan versi mp3 guna PC).
Last CD for 2013. |
Pic courtesy of Dead Eye Guitars. |
Pic courtesy of Dead Eye Guitars. |
Iron Maiden sudah, Metallica pun sudah. Mungkin lepas ni aku teringin nak tengok konsert Megadeth, walaupun Megadeth selalu turun buat konsert di Singapore, aku harap suatu hari nanti mereka juga dapat lepas masuk ke Malaysia.
Dapat jumpa Ezaidi (tauke blog Metal Brain Asylum). |
4) Accident Of Birth - Aku jarang bercerita pasal kehidupan harian dan keluarga dalam AADI, bagi aku AADI ni didedikasikan sebagai blog perhobian dan santai. Tapi peristiwa ni antara yang menyentuh emosi (selain kematian Tamaki). Mungkin belum ada rezeki untuk Lil'Ijau menjadi seorang kakak, dan sudah pasti ada hikmat di sebalik setiap ketentuan-Nya.
Selamat Tinggal 2013...
_____
Ada apa: Harapan untuk 2014? Oh~ Itu boleh cerita dalam entri tahun depan.
6 komen:
Bab GAS yang kurang rancak tu....haha nice...
All the best and all the GAS for 2014, aku nak kurangkan air GAS tahun depan hehe
All the best untuk 2014....moga Lil'Ijau dapat menjadi seorang kakak...
Best wishes untuk 2014 baik di dunia cyber, dunia enjoy2,, ataupun dunia sebenar. Hehe
itu semua asam garam kehidupan..bak kata Poison 'life goes on'
selamat tahun baru 2014 bro..
adi & TJ:
GAS untuk 2014 lebih kepada small package & simplicity (bkn produk kecantikan dato' siti)
berteromber:
atas sbb2 kesihatan, doktor suruh "rehatkan produktiviti" dulu kurang2 setahun
deaf & rafi:
wasatiyyah dlm berblog :)
Post a Comment