Kali ini barangnya ialah sebuah pedal tuner Korg Pitchblack Mini (tuner lagi, Korg lagi), daripada namanya ia merupakan tuner dalam format pedal mini. Calon lain untuk kategori ini ialah Pitchblack Advance (beza ~RM10), tapi PB-Mini dipilih atas faktor saiz.
Walaupun dalam format pedal mini, tapi PB-Mini ini boleh dikuasakan dengan dua biji bateri CR2032 selain opsyen 9V adapter. Juga memiliki penstabil supaya tidak tergolek atau tumbang apabila dipijak.
Tiga jenis DISPLAY modes (regular, strobe, half-strobe), dan CALIB untuk melaras pitch 440-449 Hz. Katanya true-bypass, jadi kalau tiba-tiba
Tuner jenama Korg walau dalam apa saiz sekalipun memiliki respon yang cepat dan kejituan yang tinggi. Hampir kesemua tuner yang aku ada merupakan daripada jenama Korg (GA-1, Pitchclip, PitchHawk-G, dan Sledgehammer Pro) kecuali ada sebiji D'Addario NS Micro. Tuner jenis pedal ini memberikan respon yang lebih cepat berbanding jenis clip-on, dan pastinya ia akan bermastautin pada pedalboard utama.
_____
AADI: Setia dengan jenama Korg.
2 komen:
Tabik 11 tahun lama tu.. teruskan menaip..
salah entri :D
tapi tak mengapa (parap-parap) thank you
Post a Comment