Pernah ditanya macam mana aku konsisten dengan blog 10+ tahun lebih, macam mana dapat idea dan motivasi untuk terus berblog hampir setiap hari ada entri. Ok, ini cuma kaedah peribadi aku, blogger lain mungkin dengan kaedah mereka.
Imej cilok. |
Pancingan Radin Music. |
Dan bergantung kepada tema blog dan golongan sasar, amat mudah untuk menapis mana yang perlu diceritakan dan mana yang tak perlu. Sebab itu ada beberapa entri lama aku sudah digugurkan kerana kandungannya sudah tidak sesuai dengan AADI sekarang.
Pancingan Rock At Large. |
4) Entri pendek - Biasanya satu entri AADI tak panjang, satu perenggan dalam 40-50 perkataan. Aku tak akan letak satu perenggan melebih 100+ perkataan. Setiap perenggan juga akan diselang-selikan dengan gambar supaya mata boleh "berehat" membaca sekejap. Serius, mata aku akan mula sakit/berair bila fokus lama pada satu-satu perenggan yang panjang.
Aku lebih suka jika entri aku dibaca santai seperti artikel majalah dan bukannya serius seperti cerpen/novel. Lagipun bukan semua golongan sasar orang adalah jenis akademik/sastera yang suka membaca. Mungkin ada yang jenis malas (macam aku) yang membaca secara imbasan.
Jika entri panjang berjela, jadikan ia dalam beberapa bahagian. Mungkin bahagian kedua boleh dijadikan entri esok, lusa atau minggu depan dan seterusnya. Juga boleh buat stail Star Wars, ada prekuel selain sekuel.
5) Banyak idea - Jika tiba-tiba ada banyak idea, tapi masa belum sesuai untuk dirilis sebagai entri, taiplah siap-siap atau buat dalam bentuk poin dan simpan dahulu sebagai deraf (draft). Ia mungkin boleh dirilis sebagai entri tatkala suatu masa nanti tiada idea untuk dibuatkan entri.
6) Ejaan dan bahasa - Mulai 2010, entri-entri aku biasanya akan ditaip dalam *Bahasa Melayu standard dengan ejaan dan tatabahasa sebaik mungkin, menyahut seruan Rais Yatim ketika itu. Aku bukanlah mahir dalam English, berbeza dengan Bahasa Melayu satu-satunya bahasa penghantar yang boleh dikatakan aku mahir.
*Aku ambil LKM400 tiga kali~ (imej cilok). |
7) Entri penampan (buffer) - Entri-entri mini, sampingan atau pengisi (filler) tatkala belum ada idea untuk entri utama. Untuk AADI, entri makanana dan minuman biasanya menjadi entri "buffer" selain entri "Wordless Wednesday" untuk hari Rabu. Dengan adanya entri-entri sebegini, tajuk blog kita akan sentiasa berada di atas blog roll harian rakan-rakan blogger.
Makan Pocky? |
Jangan salah masuk ye~ |
10) Blog idola - [added @ 9.45 am] Cuba libatkan diri dalam blog idola anda, blog idola aku ialah The Guitar Addict dan Yustech GT untuk entri yang berkaitan gitar dan teknikal. Untuk blog CD dan metal, rakan-rakan blogger lain seperti Berteromber, Deaf-Angel, Rafi Xyrus, Mus Speedrider (to name a few) merupakan idola, kah kah kah... Kadang-kadang tercilok juga idea mereka.
Rasanya itu saja untuk kali ini, dah lama aku tak buat entri panjang, terasa hipokrit pula dengan poin ke 4) di atas. Kepada rakan-rakan blogger, anggap sahaja ini sebagai pembakar semangat dan
Blog on! \m/
_____
AADI: Wow, Hawaii hampir jadi tajuk Fallout baru.
6 komen:
Bro! Dah 11 tahun dah! Tahniah bro! Keep fighting bro! Saya masih lagi menunggu entri mengenai wasted years masa hang duk kat USM lagi...
LKM 400 tiga kali pasai apa? Tak masuk kelas ka?
gambar2 djaman USM kena tunggu balik kampung punggah arkib
ambik LM400 tiga kali sebab dua kali tak lepas gred minimum C utk graduasi, kah kah kah
Tahniah..11 tahun dah.aku ni je dah tak sempat nak update.sejak keja pagi balik mlm ni nak on laptop pun tak sempat nak main game pun tak sempat..hehe
Sebenarnya blog "Apa Ada Dengan Ijau" ini lah yang membakar semangat aku untuk terus berblog....bila nampak ada entri baru terus rasa macam bersemangat nak menulis…walaupun sebenarnya aku dah tak berapa nak ada masa macm dulu2 lagi…Tabik beb! Blog on!
rafi - aku selagi ada masa mengadap pc berinternet, insya-allah ada masa untuk buat entri
bert - itulah yang dimaksudkan rivalry kah kah kah...
tahniah, blog yang penuh dedikasi dan konsistensi
Post a Comment