Terjumpa pula perisa unik Aik Cheong iaitu matcha latte dengan nata de coco. Warna hijaunya otomatik menarik perhatianku.
Ia bukanlah minuman kopi bancuh, tetapi lebih kepada matcha (sejenis teh hijau) bertenusu (hence, latte).
Ini kali pertama aku menikmati minuman berasaskan matcha secara panas, sebelum ini semua sejuk (ini dan ini). Rasa dan aromanya agak unik, seakan cendol panas yang baru diperah keluar acuan, dan dengan tambahan nata de coco membuatkannya lebih kimochi~
_____
AADI: Kegemaran kedua selepas flat white.
2 komen:
tak pernah cuba...tapi yang dua belakang kat gambar no 1 tu memang selalu beli
menarik
Post a Comment