Ahad (16/9/2012) - Seperti yang diceritakan dalam blog
Meletop Koktel Adi Herman, majlis ramah tamah aidilfitri JKM Bintulu yang pada mulanya dijadualkan akan dihadiri oleh menteri
MOSTI sempena sambutan Hari Malaysia di Bintulu, tapi akhirnya hanya dihadiri oleh
Ketua Pengarah Kimia (KP).

Seperti biasa, majlis-majlis sebegini diadakan di foyer/garasi jabatan (aka dewan serbaguna) dan dihadiri oleh kakitangan jabatan bersama keluarga. Majlis bermula seawal 9.00 pagi, tapi aku (bersama Mrs. dan Lil'Ijau) lambat datang hampir setengah jam kemudian.

Nasuki Malim, Naz
Korawk dan Adi Herman - Geng
Metuk Ulau Projekt (MUP) yang menjadi tetamu khas pada hari itu. Yang pakai cap dan baju uniform biru tu ayah Azrol, yang bertugas sebagai pengawal keselamatan jabatan.

Seperti yang
dirancangkan, MUP membuat persembahan pada hari itu. Lagu-lagu merdeka-raya yang dimainkan ialah
Sepasang Kurung Ungu Biru,
Dari Jauh Ku Pohon Maaf,
Dendang Perantau dan
Warisan. Untuk menghayati mood raya, terpaksalah berpakaian ala raya.

Nasuki Malim menjadi vokalis jemputan untuk lagu
Dendang Perantau yang agak low bagi vokal aku yang agak tenor. Azrol dan Adi "trading-solo" untuk beberapa lagu. Agak best juga bila ada unsur-unsur keyboard/synthesis dalam persembahan, lepas ni boleh main genre gothic atau symphonic.
Goldie menjadi pilihanku untuk persembahan kali ni disebabkan "mojo" yang ada padanya. Untuk rekod, ini merupakan
persembahan awam MUP yang kedua selepas
Opening Season Gig bulan Februari lepas.

Tukang pukul MUP, Bob Kandar bersama drumset digital Medeli DD506. Pada penghujung persembahan, tugas drummer digantikan oleh Korawk. Disebabkan permainan Korawk yang agak ganas, drumstick yang digunakan telah patah.

Persembahan awam seperti ni boleh dikategorikan sebagai "gig", tapi terus terang aku agak kekok membuat persembahan sambil membaca lirik dan chords (kes tak hafal). Secara tak langsung "eye-contact" dengan penonton berkurangan.

Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun hanya sempat menjalani dua kali
sessi latihan dan persiapan yang ala kadar.

Reaksi penonton (kakitangan jabatan) yang agak bersahaja seperti persembahan Hepi;) pada majlis
ngiling tikai dan
berambeh sebelum ini.

Gambar kenang-kenangan bersama KP selepas memperkenalkan ahli-ahli MUP (dan jabatan/institusi tempat mereka bekerja) kepada beliau. Agak-agak lepas ni boleh dapat peruntukan beli amp Marshall tak? Hahaha...
Selepas majlis selesai, MUP sempat memainkan lagu "melepas geram" sebelum mengemas kelengkapan. Aku rasa lepas ni MUP patut praktis beberapa lagu Melayu yang agak bersesuaian untuk persembahan awam yang "un-metal".
Image credits - Ramdan Adenan (RA) dan Nasuki Malim.
_____
Ada apa: Korawk sempat memerhatikan seorang "gadis misteri".