Dah nak dekat sebulan baru aku sempat buat entri ringkas bergambar pasal bass baru aku ni.
Kotak yang beralamat dari
Crinson Music ini diterima pada 1/4/2013 lepas. Pastinya berisi sebuah bass ESP (sebenarnya LTD je) untuk menggantikan
Silverado aku yang dah di"let-go"
seminggu sebelumnya. Ikut pengalaman
tahun lepas, mesti ada sebuah bass dalam axology aku. You won't know when you'll need it badly.
Ironinya, empat buah bass aku sebelum ini semuanya Ibanez (
GSR190J,
ICB200EX,
GSR200EX,
GARTB20) dan kali ni aku
keluar dari khemah tidak memilih Ibanez...
ESP LTD F-54 SS (silver satin) - Ini merupakan model
paling cikai kasta bawah untuk bass daripada F-series (Forest), dan mulai 2013 ia tidak lagi disenaraikan dalam website
ESP tapi masih ada dalam website
ESP UK (click link for specifications).
Bass berbentuk Forest sebegini dipopularkan oleh Tom Araya, Henkka Blacksmith, James MacDonough, Dorris Yeh, Orion, Apollyon dan
Jairo(?).
F-54 ni merupakan buatan China sekitar April 2008 (berdasarkan nombor siri), model F-1xx dan ke atas mungkin buatan Indonesia.
 |
34" scale. |
Sememangnya bass F-series (F-104) pernah menjadi idamanku
suatu ketika dahulu, waktu aku baru mula-mula berkecimpung dalam dunia bass.
 |
Standard LTD 12th fret model mark. |
 |
Silver satin (SS) finish. |
Kelebihan
- Ringan, lebih ringan daripada Mirage aku.
- Non-glossy silver satin finish.
- Mempunyai preamp ESP ATB-1 active tone boost.
- Hanya mempunyai satu pikap sahaja (juga menjadi kelemahan).
- Full 24-fret.
- Matching headstock.
 |
ESP SB-4 solitary passive pickup, ESP DB-4 Bridge |
Kelemahan
- Ada sedikit cela pada kemasan (finish) cat.
- Hanya mempunyai satu pikap sahaja, memang "worst-case scenario" kalau pikap ni rosak waktu tengah jamming atau gig.
- ATB-1 yang tak berapa boost, tak boleh lawan preamp Phat-II Ibanez.
- Ruang bateri yang susah diakses, perlu dibuka dengan pemutar skru.
 |
Kaviti untuk elektronik. |
Dengan sedikit modifikasi (tambah sticker COBHC), mungkin boleh nampak seperti macam bass
Henkka Blacksmith.
 |
Ruang bateri yang ringkas. |
 |
ESP ATB-1 Active Tone Boost. |
Preamp ESP ATB-1 (kotak hitam) yang ada pada bass ni macam ala kadar sahaja, cukup-cukup untuk boost bunyi bass. Tidak seperti preamp Phat-II yang ada pada kebanyakan bass Ibanez kasta bawah.
Tanpa preamp ni, aku rasa bunyinya lebih teruk daripada bass yang tidak mempunyai preamp disebabkan isipadu kayu yang kurang (sebab tu ringan). Kalau ada rezeki lebih, teringin juga nak gantikannya dengan preamp
AT2 (made in *Yustechland), tak perlu tukar pikap, hanya perlu tukar preamp.
Oh ya, juga disertakan dengan pembelian sampingan (collateral purchase?) iaitu kabel Fender Californian
10 kaki (~3 meter) dengan warna kegemaran surf green, dan hadiah percuma sebungkus tali gitar berjenama D'Addario (of course in 9-42, my favourite gauge).
Sebelum ini aku memiliki kabel yang sama tapi versi
15 kaki (~5 meter), selepas menggunakannya beberapa kali semasa jamming dan gig, aku rasa ia agak terlalu panjang untuk perantaraan gitar dan pedal. Sebab itu aku memesan versi 10 kaki yang lebih sesuai. Versi 15 kaki agak sesuai digunakan untuk perantaraan pedal dan amp, atau jika hanya menggunakan amp (direct) tanpa sebarang pedal efek.
 |
Failed pose. |
Nickname?
SILVER WINGS, enough said. Sempena tajuk lagu
Bruce Dickinson. Harap-harap tiada lagi "gali lobang tutup lobang" untuk bass.
Selepas ini ada sedikit rombakan pada line-up
Metuk Ulau Project,
Korawk akan kembali menjadi gitaris manakala aku pula menggalas tugas bassist. Sebab itu perlu ada bass dalam axology aku seperti yang aku nyatakan pada awal entri. Masa untuk
Silver Wings beraksi...
_____
Ada apa: *Bro Yus, if you're reading this entry, I'll contact you later about the AT2.