Bungkusan eBay ni diterima semalam, beralamat dari Hong Kong. Kali ni bukan berisi CD ataupun DVD, tapi berisi alat ganti kegitaran.
Ia berisi *dua unit locking nut (43 mm) untuk gitar yang mempunyai sistem Floyd Rose. Ia bukanlah berjenama
Floyd Rose Original (FRO) mahupun Special (FRS), tapi hanyalah generic locking nut (tiada jenama aka "cap ayam") compatible untuk menggantikan locking nut pada
Mirage aku yang bermasalah (loose) beberapa minggu lepas seperti dalam
entri ni.
Setelah buntu mencari alat ganti secara online di Malaysia (ada, tapi mahal), aku mencarinya di eBay dan terjumpa beberapa seller dari China dan Hong Kong yang ada menjual alat ganti kegitaran pada harga borong (wholesale), sama macam kes kabel daisy chain dalam
entri ni.
Dua unit locking nut ni harganya tak sampai pun RM30 termasuk pos, berbanding harga yang dijual di Malaysia sekitar RM40-60 untuk seunit locking nut FRS belum masuk kos pos (kalau FRO harga macam ni aku tak kisah).
Bila dibuka locking nut asal, ada secebis kayu halus yang digunakan sebagai
shimming. Mungkin aku akan guna (atau tidak) shimming ni bergantung kepada ketinggian locking nut baru. Bro Yus (
Yustech) sila komen kalau cara aku buka locking nut ni salah.
 |
Atas FRS, bawah cap ayam. |
Dengan mata kasar, terdapat perbezaan material antara kedua-dua locking nut ni. Material locking nut baru ni nampak seperti material yang digunakan pada sistem Edge-III
Replacement aku dulu. Harap-harap ia setahan material locking nut FRS. Kalau tak tahan pun tak kisah sebab cap ayam dan harganya murah
taklah nanti aku menyumpah-nyumpah, tapi kalau lebih tahan lagi bagus!
Walaupun ia bukanlah perfect fit (dalam 95-98% fit dengan shimming asal) tapi sekurang-kurangnya
Mirage aku dapat digunakan semula. Dan setakat sessi pandu-uji malam tadi, talaan (tuning) pada gitar ni masih sama selepas penggunaan tremolo/whammy yang agak kasar, dalam bahasa teknikal gitar "stays in tune". Maknanya locking nut ni memang betul-betul "mengunci" tali gitar dengan ketat.
*Ya dua unit, seunit sebagai stok simpanan (backup). Tengah browse alat ganti kegitaran lain daripada seller yang sama...
Entri Mini: Selamat Hari Guru
AADI ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru seluruh dunia terutamanya kepada guru/mentor/jurulatih/pensyarah yang pernah mengajar dan membimbing aku semasa aku berada di Tadika Kampung Pimping, SK Pangiran Jaya Kampung Pimping, SUIS Kampung Pimping, SMK Membakut, Universiti Sains Malaysia dan dalam kehidupan harian dan kerjaya secara amnya.
_____
Ada apa: Makin lama makin sayang dengan
Mirage ni.