1) Kugiran - Tahun ini MUP masih ada persembahan walaupun tidak serancak dulu, dah tak laku kot... Hanya ada dua persembahan awam dan menyertai satu pertandingan (BOTB).
![]() |
Malam Aspirasi Seni - 28/2/2016. |
![]() |
Jepak Mini Gig - 1/5/2016 |
![]() |
BOTB Sebauh - 25/9/2016. |
Untuk tahun depan, aku ada beberapa perancangan untuk memeriahkan semula MUP, tapi tunggu tahun depanlah...
2) Kegitaran - Memang tidak dapat lari daripada pembelian pedal dan stompbox, antaranya - Zoom MS-60B (menggantikan Boss ME-50B dan Zoom BFX-708), Boss BC-2, Digitech RP360, serta Vox Satchurator #3 dan ToneLab EX hasil pertukaran (trade) dengan beberapa pedal yang tidak digunakan.
Pembelian tahap "big-guns" hujung tahun pula ialah Laney Ironheart IRT-X, yang masih belum sempat dipandu uji. Tiada gitar dibeli tahun ni (selamat~), kalau ada pun hanyalah Ibanez KIKOSP untuk Azrol.
![]() |
Warna lawan tauke... |
3) CD/DVD - 2016 juga menyaksikan peng-eBay-an makin merosot disebabkan nilai ringgit yang merundum. Cuma lima CD sahaja mampu di-eBay tahun ini. Untuk pembelian tempatan, seperti biasa masih melalui gaya pos Radin Music...
4) PS4 Gamer - Highlight untuk 2016, aku kembali semula menjadi gamer, tapi melompat masuk khemah konsul dengan perolehan PS4. Ya, kalau ikut ceritanya sejak tahun lepas semata-mata sebab nak main Fallout 4.
Sehingga entri ini ditaip, aku masih belum habis main Fallout 4 (dah masuk dua bulan lebih). Kalau aku selesaikan misi-misi utama sahaja, tak sampai seminggu pun boleh habis. Tapi aku lebih fokus untuk menyelesaikan misi-misi sampingan yang banyak ke laut, itu yang sesat sampai ke bulan. Ditambah pula dengan masa bermain yang agak terhad, purata 2-3 jam sehari.
*AADI ni merupakan blog perhobian, jadi yang tidak berkaitan dengan hobi amat jarang aku kongsikan dalam blog. Yang sedih-sedih tu biasanya aku tolak tepi... Terima kasih kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang masih setia mengikuti blog AADI - Selamat tahun baru 2017!
_____
Ada apa: Kita sama-sama jahat, tak baik bergaduh...