
Pengganti kepada Replacement (RG350M) yang dimaksudkan ialah ESP LTD M-103FM. Ya M-series (Mirage) versi LTD, kalau versi ESP memang aku tak mampu (buat masa ni).
Sekali imbas ia tak jauh beza dengan dengan Replacement - superstrat, warna hitam, maple fretboard, floating bridge. Hinggakan Mrs. Ijau pun komplen "Aik? Sama je macam gitar yang jual hari tu?".
Tapi secara spesifik ia berbeza dari segi reversed headstock, HSS pickups, flamed maple top with matching headstock. Aku memang suka gitar yang menggunakan maple fretboard, ada suatu perasaan yang agak berbeza di hujung-hujung jari ketika menekan fretboard maple berbanding rosewood (subjektif).

ESP LTD M-103FM
"The ESP LTD 'M-series' short for Mirage, are superstrat style solid body electric guitars manufactured by ESP.
All except one of the M-series guitars are manufactured in Indonesia, with only the M-400 model being manufactured in Korea. All the guitars in the series have the same general layout with 1 tone control, 1 volume control and a 3 way pickup selector. The ESP Standard Mirages however are instead manufactured in Japan and are more upmarket guitars"
- Hype dari Wikipedia.

Tak berapa nampak corak flamed maple pada badan gitar.
Meet the Mirage (spesifikasi)
- Brand: ESP LTD
- Model: Mirage
- Model Code: M-103FM
- Made In: Indonesia
- Serial No: IW11060781 (June 2011?)
- Construction: Bolt-on
- Body: Basswood body with faux flamed maple top
- Neck: 1-piece maple
- Fingerboard: Maple with dot inlays
- Pickups: ESP LH-150 x1, ESP LS-120 x2 (HSS config)
- Colour: See-thru black (STBLK)
- Hardware: Black nickel
- Scale: 25.5"
- Fret: 24 extra jumbo (XJ)
- Bridge: Floyd Rose Special (FR Special)
Set as standard tuning EADGBE.

Reversed headstock, locking nut, string retainer. Headstock juga mempunyai corak flamed maple sama seperti badan (matching headstock). Btw, apa kelebihan reversed headstock?

ESP tuners, 1-piece maple neck, neck yang tak setebal neck Les Paul dan tak senipis RG, agak sedang-sedang saja dan selesa digenggam seperti neck Abominations. Made in Indonesia (MII) - seperti gitar-gitar Ibanez, sememangnya seni pertukangan luthiers Indon memang halus.

Seperti model-model gitar/bass LTD yang lain, nama model ditulis pada fret ke-12 (pearloid). Ia menggunakan extra jumbo (XJ) frets yang agak tinggi, lebih mudah untuk menekan fret terutamanya untuk shredder (I don't shred, yet), tapi agak janggal bagi aku yang dah biasa guna medium dan jumbo frets.

Masih lagi menggunakan neck plate pada neck joint (slightly bevelled), lebih kurang macam yang ada pada Abominations dan Les Pirate aku dulu. Dalam bab ni aku lebih suka neck joint jenis AANJ (all access neck joint) tanpa neck plate seperti yang ada pada gitar-gitar Ibanez, walau bagaimanapun neck plate ni masih lagi selesa, tak tajam seperti yang ada pada Les Pirate.

Bila dah zoom dekat macam ni baru boleh
nampak corak flamed maple pada badan gitar.
HSS pickups (ESP LH-150/LS-120/LS-120), VOLUME and TONE knobs, 5-way switch, FR Special bridge. FR Special ni lebih kurang macam bentuk Ibanez ILT bridge pada Mephisto (GRG270) aku dulu, ia agak "tinggi" berbanding dengan Edge-III pada RG series, jadi agak janggal dan perlukan masa untuk membiasakan diri.
Kelebihan:
- Flamed maple top with matching headstock, +1 for appearance (walaupun ia hanyalah faux flamed maple). Plain black is boring!
- Extra jumbo frets, lebih mudah untuk menekan fret.
- Pikap humbucker LH-150 yang boleh membuatkan penggemar distortion tersenyum lebar.

Ruang kaviti yang bersih, pematerian wayar juga kemas dan ringkas, senang nanti kalau-kalau aku nak tukar pikap lain. Kedua-dua pot VOLUME dan TONE adalah dari jenis 500K.
Kelemahan:
- FR Special yang agak ringkas, senang out-of-tune kalau tak biasa menggunakan floating bridge (tremolo/whammy). Agak mencabar juga untuk mendapatkan personal preference (action and pickup heights, spring tensions, whammy bar torque).
- Pointy headstock, amat mudah "tercedera" kalau tak berhati-hati. Ia juga lebih panjang berbanding headstock RG, dan memang tak muat dalam gigbag Gator bau buaya, terpaksa guna gigbag OGB.
- Kalau pikap humbucker LH-150 memuaskan hati, tapi kedua-dua pikap singlecoil LS-120 agak mengecewakan untuk clean tone (pendapat peribadi).

Sistem spring FR Special yang digunakan agak ringkas, sama seperti sistem spring untuk ILT. Tidak ada penahan spring pada bridge block, kebarangkalian spring akan terlepas adalah tinggi sekiranya terlalu kasar menggunakan floating bridge.
Pada siapa-siapa yang ada Ibanez menggunakan Edge-III, anda memiliki floating bridge system (tremolo/whammy) yang lebih bagus berbanding FR Special ni. Dan yang pasti Edge-Zero II with ZPS system yang ada pada Ibanez RG terkini adalah jauh lebih canggih daripada Edge-III, ILT mahupun FR Special ni (I might get another RG with Edge-Zero II in the future, word!).
Walaupun bentuknya superstrat dan tak jauh beza dengan bentuk Ibanez RG, tapi terus terang aku memang janggal bila pertama kali menggunakan M-103FM ni, mungkin disebabkan extra jumbo frets, konfigurasi pikap HSS dan fine-tuners pada FR Special yang "tinggi" agak sukar nak palm-mute. Perlukan masa untuk membiasakan diri, sebab gitar ni akan menjadi gitar utama aku di rumah (bedroom player) atau ketika jamming (Goldie tidur dalam keranda).
Nickname? Malas nak pikir banyak, aku bagi nick MIRAGE saja... Welcome to the LTD camp! Sekarang dah boleh geng dengan Jairo :)
_____
Ada apa: Kepada saudara Muspeed, buat masa ni aku cuma ada dua buah gitar dan sebuah bass saja.