Bungkusan pos parcel beralamat dari Johor Bahru ni diterima pada hari yang sama aku menerima gitar si Korawk, iaitu pada Isnin dua minggu lepas (30/7/2012).
Pembelian dari LYN Street Mart kali ni berisi sebuah amp terpakai (used) Laney Extreme LX12 yang diperolehi dari LYN user parttime, pada harga separuh daripada harga amp yang baru (LX12 new unit price @ RM3xx). Walaupun berstatus terpakai, amp ni nampak masih baru, cuma diselaputi debu-debu liar.
Memang dah lama aku nak amp kecil 10-15 watt (practice amp) lebih-lebih lagi yang memiliki 3-band EQ (bass, mid, treble) untuk kegunaan di rumah. Micro-Cube yang sedia ada tidak mempunyai "true" clean channel, manakala Micro Crush pula tidak praktikal untuk sessi bedroom guitarist (bukan TJ).
Juga tidak praktikal untuk aku memiliki amp yang besar (over 30 watt) di rumah, sebab tu aku let-go VT40+ dan CR50BXT dulu. Dengan amp 10 watt ni pun aku tak berani nak pulas tombol volume melebihi separuh untuk menjaga keamanan suasana di rumah dan kejiranan. Nak main full blast, pergi ke Z Studio :)
Tanpa sebarang efek (direct to amp), bunyi clean channel amp ni memang pristine, lebih-lebih lagi jika menggunakan pikap singlecoil atau jenis PAF. Manakala crunch channel kira boleh tahan jugalah, crunch level 6-8 can get that "British" sound. Walaupun memiliki crunch channel, tapi aku lebih mengaplikasikan clean channel untuk dipadankan dengan jamming rig aku (G2Nu dan VXL) ataupun Pandora Mini.
Seperti biasa tak perlulah aku letak sound demo dalam entri ni, sebab ia sama sahaja seperti ulasan-ulasan lain dalam blog AADI ni, semuanya temberang belaka~
_____
Ada apa: Masuk kem Laney pula...
5 komen:
kasik tukar itu speaker to 12", lagi best.. baru bley layan FX pedal
12" aku xde jo, klu 10" ada...
boleh tukar ke? kalau camtu aku nak buat la. tapi speaker ape yang terbaik?
boleh tukar, tp pastikan impedance (ohm) speaker sama dgn speaker asal
speaker terbaik? amik brand celestion (RM3xx sebiji 8")
orait thanks ijau...
Post a Comment