Mengambil peluang jualan pertengahan tahun 12.7 Lazada untuk mendapatkan amplifier Laney
LX65R Extreme ini dengan diskaun 45%. Jika ditambah dengan kos penghantaran, ia masih lagi murah berbanding harga pasaran model
LX35R.
Diperolehi daripada *Yamaha Music (
LS Music Sdn. Bhd.) berbekalkan dana GLTL hasil jualan Boss
GT-1 (dan sisa-sisa jualan ex-
Mirage), jual multi-fx beli amp.
Diterima dalam fizikal yang boleh aku katakan 9/10, jangkaanku ia mungkin display unit, kerana tidak disertakan dengan kotak asal dan, juga agak berdebu (patutlah berani diskaun 45%). Sepatutnya klausa ini dinyatakan dalam deskripsi produk di Lazada.
Ini merupakan versi batch pertama (Mark I?) kerana masih lagi memiliki perkataan "extreme", ber"tattoo" dan penutup speaker grill logam. Aku pernah memiliki versi 12 Watt
LX12 Extreme beberapa tahun lepas.
 |
LX12 - versi kecil dan comel. |
Penampilan batch terkini (Mark III?) lebih mirip siri Ironheart, tiada lagi perkataan "extreme", tiada "tattoo" dan penutup speaker fabrik. Tapi sebagai batch pertama, ia menggunakan speaker 12" Celestion
Seventy 80 berbanding speaker 12" Laney HH untuk batch terkini.
 |
LX65R batch terkini. |
Bunyi clean channel LX65R ini paling cemerlang berbanding crunch channel yang ala kadar. Crunch channel hanya mendapat tona "extreme" selepas dipulas tombol CRUNCH selepas 8,
bawah 7, hanya drive ala-ala kentut. Jika dipacu dengan overdrive/booster di hadapan, dalam kes ini aku gunakan TC Electronic
Spark Booster (mid mode) sekitar 6-7 agak mantap untuk bunyi peribadi.
Kelebihan
- 65 Watt solid state, cukup kuat untuk jamming atau pentas kecil.
- Non-modelling amp, bunyi clean/drive Laney yang asli.
- EQ berasingan untuk setiap channel.
- Pertukaran channel menggunakan suis kaki.
- Built-in spring reverb.
- Speaker 12" Celestion Seventy 80.
- Ada effects loop (send/return), dan terletak di bahagian hadapan.
- Boleh ditambah lagi dengan external speaker lain (minimum impedance 8 Ohm). Dalam kes aku, boleh tambah kabinet Blackstar HT112 (16 Ohm) dan/atau Vox V110NT (16 Ohm).
Kelemahan
- Crunch channel yang tak berapa "extreme" untuk amp yang berlabel "extreme".
- Tidak disertakan dengan suis kaki FS-2 (sold separately), juga serasi dengan suis kaki jenama lain yang menggunakan jack TRS/stereo dan jenis latch (bukan momentary).
Dengan kuasa 65 Watt, amp ini bukanlah untuk kegunaan di rumah (
HT-5RH ada), tapi untuk diusung ke studio jamming, persembahan awam seperti
Sarawak Rock'n Mob atau atas pentas jika amp pentas tidak mencukupi. Akan digunakan bersama-sama pedal kegemaran dengan kaedah 4-kabel (
4-cable method).
Mungkin juga boleh disewakan atas nama Hepi Sounds & Entertainment.
_____
AADI: *Laney, kini dipegang oleh
Bentley Music.