Sarung tangan tinju (gloves) kedua aku selepas hampir enam bulan menyertai sukan tinju. Outshock Boxing Training Gloves BG120 ini diperolehi terus daripada website Decathlon (juga ada pada platform Shopee, Lazada dan app Decathlon) dengan diskaun 22% dan penghantaran percuma menggunakan SkyNet.
Outshock merupakan divisi sukan kombat untuk jenama Decathlon, memiliki beberapa jenis gloves pada siri berbeza 100, 120, 500, 900 bergantung kepada jenis kombat, kualiti, material, padding dan harga. Seperti hobi-hobi lain, pasti tak akan puas hati jika hanya memiliki satu unit/set kelengkapan sahaja kan?
TRNG sebenarnya kependekkan untuk TRAINING dan bukannya Terengganu. Seperti namanya, gloves ini sesuai untuk "training" menumbuk beg atau pad. Tapi dengan saiz (berat) 14 oz yang dipilih, ia masih sesuai untuk sparring ringan. Lagipun tangan aku sudah biasa dengan beban 14 oz ini.
BG120 ini buatan Vietnam memiliki reka bentuk yang lebih moden dengan padding yang lebih tebal berbanding glove Everlast aku sebelum ini. Selepas menggunakannya untuk sessi malam tadi, ia terasa lebih selesa terutama di bahagian buku lima dan ibu jari. Tapi untuk sparring, aku rasa gloves Everlast aku lebih sesuai kerana padding yang lebih lembut agak mesra muka lawan.
Tali elastik pada glove sebelah kiri ini agak menjengkelkan. Tapi ia sebenarmya adalah untuk mengikat pasangan sebelah kanan ketika digantung. Tapi ada ikon "gunting" pada kedua-duanya, menyarankan ia perlu dipotong sebelum digunakan.
Untuk glove beginner dari segi kualiti, ketahanan, reka bentuk dan keselesaan, aku rasa BG120 ini lebih berbaloi berbanding gloves beginner jenama lain pada harga yang sama (julat RM60-80). Selepas ini akan mencuba produk Outshock lain seperti wrap, inner, mouth guard dan mungkin gloves siri 500/900.
_____
AADI: Fight your limits?