Boxing Diaries: May 2024


Seperti bulan April, bulan Mei juga agak jarang dapat mengikuti sessi tinju. Kalau tak silap hanya tiga sessi sahaja, faktor berkursus di PJ satu daripada penyebabnya.

Juga sempat menyibukkan diri menyertai kontinjen Bintulu Fight Team (PS Muaythai x PS Boxing) semasa malam pembukaan Kejohanan Muaythai Piala Premier Sarawak 2024 pada 23/5/2024 di Naim Paragon Street Mall Bintulu. Tapi hari-hari kejohanan seterusnya tak sempat nak singgah atas kekangan masa.

Tahun ini diadakan agak awal berbanding tahun lepas pada hujung bulan Oktober mungkin sebagai persediaan SUKMA. Katanya untuk SUKMA tahun ini acara Muaythai juga akan diadakan di lokasi yang sama.

Harapnya untuk bulan Jun ini dapat kembali aktif, paling cikai pun satu sessi seminggu pun dah kira bagus.

_____
AADI: Backdated.

Furi Osa


Menonton filem Furiosa: A Mad Max Saga, prekuel untuk filem Mad Max: Fury Road rilisan hampir sedekad lepas di TGV Bintulu tayangan 12.00 tengah hari Sabtu lepas. Ini filem pertama ditonton di pawagam untuk 2024, kali terakhir ditonton ialah The Creator, September 2023.

Mulanya aku agak skeptikal untuk menonton filem ini. Pertama, kerana durasi yang agak lama 2 jam 30 minit, antara sebab aku tak tengok filem Oppenheimer tahun lepas. Kedua, sudah muak dengan watak tipikal girl boss yang menjengkelkan dalam filem-filem aksi Hollywood mutakhir ini.

Tapi kebetulan aku menghantar Silvia aku untuk servis aircon di sebuah bengkel berdekatan dengan Bintulu Boulevard sekitar 11.00 pagi, katanya akan mengambil masa 3-4 jam untuk disiapkan. Kesudahannya, daripada aku balik rumah naik Grab, baik layan tengok wayang.

Tanggapan aku agak meleset, watak Furiosa dalam filem ini bukanlah watak tipikal girl boss, kerana origin/journey yang dilalui amat perit tidak seperti watak-watak girl boss dalam filem lain yang tiba-tiba terus hebat tanpa sebarang hero's journey.

Pada pendapat aku, magis utama dalam filem ini ialah watak protagonis Dr. Dementus lakonan Chris Hemsworth. Nathan Jones (Rictus Erectus) pun nampak kurang berketul berbanding dalam Fury Road, mungkin faktor usia. Walaupun ada nama "Mad Max" pada tajuk, tapi watak Max (tak tunjuk muka) hanyalah cameo untuk beberapa saat.

Selebihnya tak perlu spoiler sangatlah... Cuma mata Anya Taylor-Joy agak pelik eksotik dan memukau, sama seperti mata Ella Purnell (okie dokie) yang besar mengingatkan pada mata watak-watak anime.

_____
AADI: Buatlah filem Mad Max dah tua, dilakonkan oleh Mel Gibson...

Red Dead Redemption II (PS4)


Satu-satunya pancingan ketika berada di premis Brother Game Enterprise, Digital Mall, PJ minggu lepas - Red Dead Redemption II. Inilah game pertama yang dibeli di premis fizikal, sebelum ini hanya membeli secara online (Lazada/Shopee) atau digital download.

Banyak game dalam senarai intai yang aku jumpa di sini - The Outer World, Elden Ring, Doom Eternal, Shadow Of The Tomb Raider - tapi aku memilih tajuk RDR2 ini kerana faktor keteradaan (availability) dan bajet aku yang ciput ketika itu.

Ini antara game yang teringin dimainkan sejak musim pandemik, tapi telah dipotong oleh Days Gone ketika itu yang lebih murah dan kemudiannya gaming fatigue bulan berikutnya yang menyaksikan PS4 Slim aku menjadi mangsa keadaan. Bila kembali berkonsol awal tahun ini, keinginan itu kembali lagi.

Data disc.

Didatangkan dalam cakera Blu-ray berkembar - data disc dan play disc. Memang besarlah data untuk game ini, jika dimainkan dengan konsisten dalam keadaan aku sekarang, mungkin akan mengambil masa beberapa bulan untuk dihabiskan.

Play disc.

Baru sahaja habis memainkan Rise Of The Tomb Raider selepas balik dari PJ, dan sudahpun mula ber-RDR2 beberapa jam. Masih lagi janggal dengan control vs gameplay yang agak slow-paced dan berbeza berbanding game segenre seperti Days Gone.

Walaupun boleh dikira game yang agak basi (rilisan 2018), tapi ia masih relevan dan seronok dimainkan pada 2024.

_____
AADI: Bukan R2D2.

Decathlon Petaling Jaya


Bila dapat tahu ada premis Decathlon bersebelahan tempat penginapan aku ketika *beberapa hari di PJ minggu lepas, memang terus diserbu selepas balik dari Amcorp Mall (hari pertama) dan Digital Mall (hari kedua).

Terus ke tingkat dua untuk mengintai barangan Outshock yang khusus untuk sukan kombat. Ada beberapa barangan Outshock aku sudahpun ada seperti glove BG120, BG500 dan Liner Glove 500 ergo.

Mengambil peluang untuk mencuba Helmet 100 dan Headguard 900 secara fizikal untuk mecari saiz yang sesuai. Nanti bila sudah ada bajet, bolehlah dibeli secara online pada harga yang sama dengan pengeposan percuma.

Dengan bajet yang amat ciput, hanya membeli Outshock Boxing Inner Gloves 100. Dan dua barangan sampingan Decathlon lain - knee brace dan sole kasut yang amat diperlukan ketika itu, kerana lutut dan tapak kaki mula sakit akibat banyak berjalan sambil menggalas beg yang berat dan memakai kasut yang kurang selesa (kasut kerja).

_____
AADI: *Hari ketiga, balik.

Exists - Reunion


Pembelian CD audio pertama untuk 2024, ini antara album artis tempatan yang aku intai sejak sebelum pandemik lagi. Album Exists Reunion diperolehi di Victoria Music Centre minggu lepas, sebuah album kompilasi dengan satu lagu baharu Tak Berakhir.

Mati-mati aku ingatkan mereka rakam semula lagu-lagu lama dalam album ini. Rupa-rupanya lagu asal dalam rakaman asal, menjadikan album ini album kompilasi biasa yang lebih fokus pada era Mamat. Daripada 13 lagu lama, hanya ada empat lagu era Ezad (pasca-2000) - Jesnita, Percayakan Siti, Seperti Dahulu dan Jesnita.

Itu yang terasa agak kecewa, kalau aku tahu memang aku beli album Mutan. Silap aku juga tak buat research/homework pasal album ini. Tapi tak mengapa, kalau nak layan lagu era Ezad pra-2000, album kompilasi ini ada. Mutan tu pula, mungkin selepas ini...

Nampak sangat aku macam pro era Ezad, kenapa?

"Aku tak follow Exists, tapi lagu-lagu mereka pra-2000 memang banyak memori. Memori dari zaman sekolah menengah hingga zaman USM. Paling terasa lagu Mengintai Dari Tirai Kamar, Alasanmu dan Masih Terserlah Ayumu."

Kalau era Mamat awal 90an dulu pasti teringat zaman-zaman mula masuk sekolah menengah, zaman baru kenal dunia, zaman yang kenangannya tak berapa best.

Exists ini sudah boleh dikira supergroup kerana kesemua ahlinya lama dan baharu boleh dikira nama-nama besar dalam industri muzik Malaysia. Termasuklah Joey Daud yang langsung tak ada dalam rilisan ini.

Tiap kali ada ulangan Konsert Minggu Ini di TV6 pasti aku akan terlayan sampai habis... Ok dalam konsert RTM ni ada Joey.

_____
AADI: Teringat member aku tauke ais krim Mingomingo muka macam Ezad.

Digital Mall 2024


Petang hari kedua di PJ aku ke Digital Mall pula. Bila dah 40an ni malas nak jalan jauh dari tempat penginapan, kalau zaman 30an dulu petang-petang macam ni memang aku akan ke KL. Kenapa luarannya sudah tidak seceria seperti dahulu?

Aku ke sini semata-mata untuk singgah ke premis (kiosk) Brother Game Enterprise yang berada di tingkat dua. Antara pengedar game dan gajet konsol PlayStation dan Nintendo.

Mulanya datang untuk mencari Dualshock 4 original Sony tapi tiada, yang ada hanyalah Hogwarts Legacy official licensed PS4 controller yang harganya agak premium. Kalau yang OEM tu di Bintulu pun ada, tak perlu aku cari sampai ke PJ.

Akhirnya dengan bajet aku yang ciput (ketika itu), hanya mampu memancing satu game PS4 basi yang agak sukar diperolehi pada harga menarik di platform atas talian.

_____
AADI: Kalau setakat mencari barangan ICT, di Bintulu pun sudah ada PC Image.

Antara Amcorp Mall Dan Victoria Music Centre


Sebelah petang hari pertama baru ada peluang meronda Amcorp Mall untuk mengembalikan nostalgia seperti entri-entri 2010an AADI. Entah selepas 11 tahun tak turun PJ, aku rasa agak hambar dan seperti tiada mood untuk melangkah masuk Amcorp Mall. Kehangatan itu sudah tiada...

Pertama sekali terkejut bila Victoria Music Centre sudah "tiada" kini ia menjadi premis menjual baju(?). Rupa-rupanya masih ada, cuma sudah berpindah lokasi, nasib baik tak jauh daripada lokasi dulu, aku dah hampir kecewa dan putus asa rasa nak balik.

Kononnya ingin membeli CD audio album warna kuning yang belum ada dalam koleksi. Tapi bila tengok harga memang ternyata harga CD audio kini melambung naik, rata-rata RM70-80 untuk satu album yang dahulunya boleh dapat bawah RM50. Manakala RM100-120 untuk album yang memiliki CD berkembar, contohnya Senjutsu. Album-album lama pun menerima tempias kenaikkan harga, contohnya album kompilasi ini yang sekarang sudah naik hampir empat kali ganda! Dengan alasan, triple discs.

Rumusannya, berhobi CD audio pun kini kosnya hampir mengejar hobi berpiring hitam. Aku tak beli pun album warna kuning tu, bajet yang aku ada (ketika itu) hanya mampu untuk membeli satu album *artis tempatan.

Ada juga cuba mengintai premis-premis lain yang biasa dilewati dahulu, tapi seperti perenggan pertama tadi, kehangatan itu sudah tiada...

_____
AADI: *Itupun terasa sedikit menyesal.

PJ, Aku Datang Lagi, Versi 2024


Kali terakhir aku menyeberang Laut China Selatan ketika konsert Megadeth Dystopia Kuala Lumpur 2017, ya sudah tujuh tahun aku tidak meninggalkan tanah Borneo.

Selepas anak kedua aku didiagnos memiliki ciri-ciri autism spectrum disorder dan kelahiran anak ketiga aku pada tahun 2018, memang agak keberatan untuk berjauhan dengan Mrs. Ijau dan anak-anak sama ada untuk urusan kerja mahupun peribadi. Ditambah lagi dengan musim pandemik kemudiannya...

Kali ini ke Petaling Jaya untuk beberapa hari atas urusan kerja, mahu tak mahu aku kena pergi juga kerana berkaitan dengan tugas hakiki. Sebelum-sebelum ini cuba untuk mengelak apa-apa urusan kerja, kursus, konvensyen atau mesyuarat di luar Bintulu (atau Sarawak amnya) disebabkan perenggan kedua tadi. Sekarang anak-anak dah besar, akak yang sulung pun dah 12 tahun minggu lepas, dapatlah tolong maknya jaga adik-adik dan buat kerja rumah.

Kalau cerita pasal PJ pula, kali terakhir menjejak kaki di sini tahun 2013, selepas itu kalau ada latihan atau kursus biasanya akan dihantar ke Melaka.

_____
AADI: Hati masih di Bintulu.

Wordless Wednesday: Solar Siepen



_____
AADI: Cantik hijau.

Klasik Tapi Moden (Part 3)


Mengambil peluang diskaun 30% semua pikap jenama Gibson yang masih ada dalam inventori Swee Lee (dah tinggal sikit) sekali lagi untuk memancing seunit Gibson 490T Modern Classic (bridge) dengan kemasan emas.

Model 490T dipilih lagi kerana berpuas hati dengan prestasi 490R/490T pada abang long Goldie, selain faktor harga mampu milik berbanding model bridge lain - Burstbucker, 57 Classic, 500T - yang masih "mahal" walaupun selepas diskaun 30% tadi.

Diterima dalam keadaan yang tidak ber"seal", tanpa skru dan spring pikap (hilang?). Keluaran 2015 walaupun nampak masih baharu berkilat, tapi ada calar hairline di tengah-tengah pikap. Nasib baiklah ini unit clearance, kalau unit baharu pada harga asal/runcit memang hangin jugalah.

Kerana kemasan emasnya, kebarangkalian besar akan dipasang pada gitar rimau Tigera. Tapi kena tunggu ada pasangan seragam pikap neck yang sesuai barulah ada mood untuk memulakan projek. Sementara itu ia disimpan dalam koleksi peribadi seperti yang dirapu dalam entri Pickups R Us.

_____
AADI: Kan? Beli pikap gitar lagi...

Perampas Dana: Radiator Imago


Setelah beberapa bulan tersadai, Imago aku kini sudah boleh digunakan tanpa perlu rasa risau. Sebelum ini tersadai kerana enjin cepat overheat akibat masalah pada radiator. Bila dah masuk kategori kereta tua (bukan buruk ye), faham-faham sajalah, macam tuannya juga...

Anak-anak selalu komplen kenapa ayah jarang guna kereta popop (istilah untuk Imago ini, kerana bunyi lock/unlock nya), mereka lebih suka naik Imago waktu pagi pergi sekolah berbanding Sylvia (Alza). Akupun kalau drive solo memang akan guna Imago, teringat zaman-zaman bujang.

Tukar motor kipas radiator (rosak), tukar cover atas radiator (retak), cuci radiator, tukar coolant dan upah, hangus juga sekitar harga semasa sebuah pikap DiMarzio. Kan? Kadang-kadang kita tak berkira pun kalau bab berkaitan hobi, tapi kalau bab lain amatlah lokek untuk berbelanja, tangguh sana, tangguh sini, kah kah kah...

Tapi tak mengapa, asalkan Imago aku dapat beraksi semula... Aku sayang Imago aku, 18 tahun bersama, masih lagi comel. Ada lagi beberapa masalah pada kereta tua ini yang belum diselesaikan - seatbelt, aircon, power window - tapi semuanya taklah sampai tahap menjadi kekangan untuk dipandu. Tidak seperti masalah utama di atas, kayuh pelan-pelan untuk dibaiki.

_____
AADI: Ada hati juga mau bikin cantik-cantik, tapi rujuk perenggan ketiga.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (58) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (16) alice (12) amcorp mall (12) amplifier (167) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (73) anniversary (170) anthrax (1) arlo (9) artis tempatan (156) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (15) bag/case (89) barbarik (2) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (27) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (10) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (354) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (40) blades (5) blaze bayley (31) blind guardian (22) blogging blues (79) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (74) botb (21) bourns (5) boxing (46) brado guitars (7) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (25) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (28) ck music (66) cleartone (3) cog (12) coke (5) coklat (20) cola (13) compilation (69) conception (2) console games (41) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (18) d'addario (62) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (7) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (52) digitech (26) dimarzio (67) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (19) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (26) edwards (1) ehem (37) eksperimen (94) electro-harmonix (32) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (41) emo (294) energy drinks (52) engrish (8) entwistle (10) environment (39) epiphone (179) erectus (28) ernie ball (43) es-335 (2) esp/ltd (239) estock (72) evanescence (1) everlast (5) evh (2) exists (8) f-54 (9) f&n (19) fallout (18) family (95) fear factory (3) fender (20) filler entry (47) fishman (3) flashback friday (47) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (30) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (25) fusion (3) g-hr3-68 (4) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (52) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (132) gator (26) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (4) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (48) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (7) hammerfall (19) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (10) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (9) hillsburg (2) historical (17) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (31) ibanez (236) icb200ex (15) iced earth (10) icon (46) imago (73) imitation (3) in flames (7) instagram (55) insulter (5) inverno (30) iron maiden (173) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (319) j5 (15) jackson (77) jamming (162) jamtank (46) jepak (9) jim dunlop (82) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (26) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (7) kakis store (4) kamelot (28) karisma (4) kaset (37) kawan (388) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (114) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (105) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (18) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (9) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (20) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (38) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (86) lil (49) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) mackie (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (616) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (19) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (12) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (66) melaka (13) membakut (48) memori (454) mercyful fate (11) metallica (97) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (20) mooer (2) motorhead (9) movie (106) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (169) music bliss (30) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (13) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (31) new gear (256) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (121) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (29) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (42) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (76) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (365) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (63) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (19) pfg5 (19) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (101) pickups (218) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (9) planet waves (19) playstation (37) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (23) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (9) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (30) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (29) restring therapy (113) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (3) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (12) roxette (2) roy khan (13) roy z (9) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (56) shopee (46) sibu (11) sick puppies (5) signboard (21) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (10) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (33) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (31) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (15) stewmac (7) strap (35) street jam (2) strings (187) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (14) super album (104) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (34) sx (10) sze chan (1) t-shirt (66) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (20) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (37) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (43) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (17) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (137) tribute (62) trivium (21) tsb6 (7) tuner (38) tv (33) ugly kid joe (3) ultra swede (7) usm (7) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (481) wrestling (12) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (7) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (128) zoso music (10) zus (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger