Pancingan ketika berada di Kuching semalam...
Sebuah gitar Ibanez terpakai bersama-sama gigbag Gator, strap Planet Waves dan Straplok Dunlop. Entri terperinci menyusul.
_____
AADI: Selamat Hari Kebangsaan.
The Blog Of Ijau (ver 3.0) - kita sama-sama jahat, tak baik bergaduh...
Pancingan ketika berada di Kuching semalam...
Sebuah gitar Ibanez terpakai bersama-sama gigbag Gator, strap Planet Waves dan Straplok Dunlop. Entri terperinci menyusul.
_____
AADI: Selamat Hari Kebangsaan.
Bulan Ogos ini hanya sempat menyertai empat sessi sahaja. Lebih kurang seminggu combat gym ditutup untuk memberi laluan kepada altet Muaythai SUKMA berlatih.
Beberapa orang jurulatih PS Boxing dan PS Muaythai juga bertugas semasa SUKMA.
Selain atlet Muaythai Sarawak, atlet dari negeri lain pun katanya ada berlatih di sini, kalau tak silap team Melaka dan Wilayah.
Cerita pasal Muaythai SUKMA pula, sempatlah menjenguk di Paragon Bintulu bersama keluarga pada sessi hari Sabtu 17/8/2024. Macam mana meriahnya seperti yang ditonton di TV dan media sosial, begitulah meriahnya suasana di sini.
Anak ketiga aku si Arlo (6 tahun) menunjukkan minat pada Muaythai, sejak hari pembukaan pun memang sudah dibawa oleh nenek (gelaran pengasuhnya) untuk menonton Muaythai SUKMA. Sampai-sampai di rumah memang dia terus mencari gloves kakaknya dan ajak ayah ber-Muaythai. Tunggulah nanti sampai umurnya lapan tahun kalau masih berminat, baru aku lepaskan untuk ber-Muaythai.
_____
AADI: Agi idup agi bebukut.
Aku perasan benda alah ni tak laku dan masih banyak di premis-premis *Shell Select Bintulu walaupun hampir setahun ia diperkenalkan. Kalau dulu ia pasti menjadi rebutan terutama bagi pengumpul barangan memorabilia berkaitan Star Wars, pasti tak sampai seminggu akan sold-out.
Itu belum cerita lagi pasal Bonuslink yang entah beberapa kali menawarkannya untuk ditebus dengan mata Bonuslink.
Walaupun pernah diberikan sekelumit harapan ("hope~" bak kata Leia) tapi aku sudah tawar hati dengan Star Wars, walaupun berkali-kali anak aku tanya "ayah tak beli kereta Star Wars?".
Betapa jauhnya nilai franchise Star Wars ini telah jatuh di bawah naungan Disney. Kalau dulu letaklah apa-apa produk untuk dikolaborasi dengan Star Wars, pasti ia akan mendapat sambutan.
"Without respect, we reject." - Overlord DVD.
_____
AADI: *Kalau tempat lain aku tak tahulah.
Ini merupakan kali kedua gitar rimau Tigera ini dipasangkan dengan set Lace Alumitone/Deathbucker. Set DiMarzio PAF Pro/Super 3 (cover emas) sebelum ini dikeluarkan spesifik kononnya untuk projek akan datang.
Dibuat secara impromptu sekitar 30 minit, tak sempat pun ambil gambar. Yang ada untuk entri ni pun gambar yang dikitar semula daripada entri lama. Sama je... [Edited, 08/09/2024] Digantikan dengan gambar terkini.
Nak pasang yang ini, tak ada pasangan serasi pula. Simpan sajalah dalam stok atau didagangkan semula kelak.
_____
AADI: Selebihnya temberang belaka.
Menunaikan janji untuk menonton filem Despicable Me 4 bersama anak dara aku si Lil'Ijau kerana kami follow francais Despicable Me dan spin-off Minions sejak dia masih kecil lagi. Nasib baik GSC Bintulu masih ada tayangan, kalau TGV Bintulu sudah tiada...
Pendapat peribadi aku, filem kali ini seperti kurang menghiburkan dan tidak segah filem-filem terdahulu. Plot kurang menarik, lawak pun tak seberapa. Antagonis utama Maxime Le Mal tidak memberikan impak seperti antagonis tiga filem sebelumnya (Vector, El-Macho, Balthazar).
Lucy sudah beranak (Gru Jr.), tapi Margo, Edith dan Agnes pula masih kekal kanak-kanak seperti usia dalam filem pertama. Alangkah bagusnya jika mereka meningkat remaja dalam filem keempat ini memandangkan francais ini sudah lebih sedekad.
Tiada Dru dalam filem ini, tak tahu kenapa... Kalau tak silap semasa penghujung filem ketiga hampir kesemua Minions menjadi pengikut Dru kerana Dru adalah seorang supervillain, manakala Gru kembali bersama AVL. Tapi dalam filem ini nampaknya semua Minions kembali bersama Gru. Mega Minions pula hanya sebagai parodi filem-filem superhero.
Menakluk popcorn. |
Bagi aku filem pertama akan tetap menjadi kegemaran, kerana ia antara filem pertama yang ditonton dalam format 3D (GSC Suria Sabah, 2010) tanpa menjangkakan apakah sebenarnya plot filem tersebut.
_____
AADI: Baru teringat filem Minions: The Rise Of Gru ditayangkan dua tahun lepas.
Projek menggodek Swede (Hagstrom Ultra Swede) yang dipasangkan dengan Julianbucker yang tiada gitar perumah semenjak dikeluarkan daripada abang long Goldie. Pikap ini perlu digunakan sendiri, jika didagangkan semula ia hanya bernilai pada mereka yang menghargai kerja tangan Julian Mokhtar.
Dipadankan dengan pikap neck Epiphone Alnico Classic untuk penampilan lebih eksotik yang sepadan dengan tema chrome bridge dan tombol-tombol yang ada.
Menghadapi sedikit masalah ketika memasang pikap-pikap ini kerana ruang kaviti pikap agak kecil berbanding ruang standard humbucker, sedikit modifikasi perlu dibuat.
Suis mini-toggle DPDT digunakan untuk mengakses opsyen coil-split Julianbucker. Untuk Alnico Classic tiada opsyen ini. Wayar-wayar diikat dengan cable tie supaya nampak kemas sebagai meneruskan legasi YusTech.
Seperti yang pernah aku ulas sebelum ini, responsif Julianbucker ini lebih kurang pikap high output benchmark yang pernah aku guna (JB, Super Distortion, Tone Zone) manakala Alnico Classic pula katanya berasaskan 57 Classic. Kombo playsafe untuk gitar humbucker berkembar ala Les Paul.
Dipasangkan dengan set tali gitar Ernie Ball Not Even Slinky (12-56) dan ditala pada C-standard. Tali bersaiz besar begini perlu digunakan segera, lebih-lebih lagi jika ia berjenama Ernie Ball yang terkenal dengan keunikan berkarat sebelum paket dibuka jika disimpan lama.
Swede ini pun pada mulanya ingin didagangkan semula kerana dibeli secara joy-buy (ketika itu). Tapi bila kerap menjadi gitar harian di rumah, terasa seronok pula dimainkan kerana saiznya yang kecil.
_____
AADI: Ada dua set lagi tali bersaiz besar (12-60, 10-60) dalam stok.
Kesempatan semasa proses pelepasan ex-Dinky beberapa minggu lepas, Azrol mengajak aku ke REG Studio untuk memandu-uji gitar tersebut. Aku membawa bersama abang long Goldie yang semenjak dipasangkan dengan set pikap 490R/490T tidak pernah dibawa jamming mahupun dipandu-uji dengan amp besar.
Setup yang ringkas, Goldie terus ke amp lagenda Rockerverb 100 MkIII dengan perantaraan pedal M193 GT-OD sebagai front booster. Les Paul + TS-type overdrive + hi-gain British amp + 4x12 cab, memang gandingan heaven lah.
Sayangnya, amp terbaharu studio JCM800 masih belum dilepaskan untuk kegunaan pelanggan. Padahal, itu yang aku target sebenarnya...
_____
AADI: Rindu nak jamming dengan full line-up.
Selain masalah penglihatan, masalah lutut juga antara cabaran selepas memasuki fasa 40an. Setelah berjumpa dengan beberapa orang ahli fisioterapi dan kiropraktik, hampir kesemuanya mengatakan lutut aku mengalami osteoarthritis dan menyarankan supaya aku mengambil suplemen khusus untuk lutut sebagai ikhtiar sebelum berjumpa dengan pakar tulang.
Joy oren, Joy epal, mangga dan jambu batu... |
Begitu juga dengan pemilihan pendakap lutut (knee brace) untuk kegunaan bersukan, mereka menyarankan supaya memilih jenama yang memang khusus untuk sukan, bukan yang murahan dijual di premis buat sendiri kerana kualiti elastik material fabriknya yang boleh meregang empat arah berbanding dua untuk jenama murahan.
Maka sedikit dana akan ditarik setiap bulan untuk bekalan suplemen ini...
Selamat berbulan Ogos, bulan kemerdekaan.
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-