_____
AADI: Macam mana nak sebut?
Let-Go: Francesco (Part 2)
oleh Ijau D. Koceng 19 April 2025 pada 6:00 AM 0 commentsSekali lagi mengucapkan selamat tinggal kepada bass bertali lima aku Francesco (BC Rich Warlock PFG Signature 5) yang telahpun berpindah milik kepada seorang rakan sepergitaran veteran Bintulu yang juga kini menjadi pengumpul gitar pelbagai jenama (termasuk ex-Sven aku).
Diperolehi kali pertama ketika Oktober 2018, kemudian dilepaskan pada Januari 2019, diperolehi kembali selepas musim PKP dengan pertukaran (trade) Playstation 4 Slim. Setelah hampir lima tahun dalam axology dan beberapa kali ingin dilepaskan, akhirnya tahun ini menjadi kenyataan.
Kali terakhir dibawa jamming ketika rehearsal bersama band Erectus hujung tahun lepas. Sebelum ini ia hanya dorman di rumah. Faktor saiz dan berat menjadi kekangan untuk ia selalu digunakan. Kini axology aku turun menjadi sembilan, tapi serius, kali ini dana-dananya akan dilaburkan semula untuk gitar lain, tak ada nak tipu-tipu diri.
_____
AADI: 2025 purging #1.
Throwback Thursday: MAS Pre-2000
oleh Ijau D. Koceng 17 April 2025 pada 6:00 AM 2 komen:Terjumpa relik zaman menuntut di USM Penang dulu ketika mengemas bilik di rumah kampung beberapa minggu lepas. Koleksi tiket kapal terbang dan pas masuk Malaysia Airlines (MAS) BKI-KUL, KUL-PEN sekitar 1997-2001.
Dulu menaiki MAS terasa eksklusif kerana penghujung 90an terbang sana-sini belum lagi menjadi kebiasaan. Ketika itu Air Asia belum lagi gah seperti awal 2000an, masih logo kepala helang. Orang Borneo terpaksa berbelanja besar jika menuntut di Semenanjung.
Kalau guna duit sendiri hanya mampu balik setahun sekali, mujurlah pihak biasiswa juga ada menyediakan tambang ulang-alik setahun sekali. Dapatlah balik dua kali setahun, sekali waktu cuti panjang semester dan sekali waktu raya.
FYI, harga tiket Kelas Golden Club (business class) untuk penerbangan malam lebih kurang sama seperti harga tiket Kelas Ekonomi penerbangan siang. Kalau ada peluang memang aku pilih Golden Club. Lagilah terasa eksklusif, lebih-lebih lagi untuk remaja bawah 20 tahun merantau solo. Ya, dulu ada penerbangan malam dan awal pagi yang harganya lebih murah.
Diambil gambar kenang-kenangan untuk modal entri AADI ini sebelum dilupuskan bersama-sama barangan lain yang sudah 30 tahun terperap dalam laci dan almari bujang aku.
_____
AADI: Sempat merasa Subang Airport.
Kraf Lombong
oleh Ijau D. Koceng 14 April 2025 pada 6:00 AM 0 commentsMenunaikan hajat anak autis aku si Junior untuk menonton filem A Minecraft Movie di pawagam. Sejak tahun lepas lagi dia dah bulatkan tarikh rilisan dalam kalendar. Amat jarang dia ajak tengok wayang, kali terakhir layan Polis Evo 3.
Dah alang-alang aku ajak sekeluarga menonton ala family time, sama seperti filem Mario beberapa tahun lepas. Tapi kali ini memilih tayangan 1.30 petang di play hall GSC Bintulu. Kali pertama masuk play hall ini, sedikit berbeza berbanding family friendly hall TGV Bintulu yang mana playground di luar dewan, manakala GSC ini di dalam dewan betul-betul bawah layar skrin.
Junior dan adiknya si Arlo seperti budak-budak lain di dalam dewan amat mudah mengenali watak-watak dan makhluk Minecraft dalam filem ini seperti creeper, villagers, iron golem dan Enderman. Sebab mereka pun ada bermain Minecraft sama ada Minecraft Dungeons (PS4) atau pelbagai versi bootleg di Internet.
Seperti biasa, Hollywood tak dapat lari daripada mentololkan watak lelaki untuk filem-filem sebegini, manakala watak wanita paling hebat sepanjang zaman. Watak Natalie dan Dawn amat mudah mengalahkan musuh berbanding watak Steve dan The Garbage Man yang terkial-kial kebingungan. Selebihnya tak perlulah spoiler sangat...
Yang pasti, kedua-dua Jack Black dan Jason Momoa memang mat rock/metal pada penghujung filem.
_____
AADI: Terlepas babak viral chicken jockey sebab menemankan anak ke tandas.
Everlast Elite 2
oleh Ijau D. Koceng 10 April 2025 pada 6:00 AM 1 commentEverlast Elite 2 ini merupakan sarung tangan tinju (gloves) keempat aku selepas dua tahun lebih (27 bulan) menyertai sukan tinju. Diperolehi daripada Sports Direct Malaysia melaui platform Lazada mereka untuk mengambil peluang diskaun dan kupon-kupon jualan Hari Raya Lazada beberapa minggu lepas.
Gloves ini buatan China tidak seperti gloves Outshock buatan Vietnam (BG120) dan Pakistan (BG500). Model Elite 2 ini katanya tahap/kasta di atas sedikit berbanding model basic/core.
Seperti biasa memilih saiz (berat) 14 oz, tapi agak sedikit menyesal kerana tidak memilih 16 oz untuk kelainan. Ia menggantikan gloves Everlast basic aku yang sudah banyak tanda-tanda wear and tear dan tidak lagi sesuai dibawa sessi latihan di gym atas faktor higienis. Kalau setakat latihan di rumah tiada masalah.
Seperti BG500, Elite 2 ini juga memiliki padding tambahan di bahagian belakang dan pangkal lengan sesuai untuk menahan/menangkis tumbukan ketika latihan atau sparring. Tapi bahagian telapak (palm) agak cincai sedikit buatannya.
Sudahpun dibawa semasa sessi latihan malam Selasa lepas, namun ia taklah se"elite" ketika dipakai. Agak sedikit ketat pada bahagian pangkal ibu jari, menguatkan lagi rasa menyesal kerana tidak memilih saiz 16 oz seperti perenggan ketiga tadi.
Kalau ikut pendapat dan pengalaman peribadi, Outshock BG500 lebih berbaloi dan selesa per harga dan perincian. Nasib baiklah ia diperolehi pada harga diskaun (2-digit) dan bukan harga runcit (3-digit).
_____
AADI: Ingin mencuba gloves Muaythai pula.
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
10/01/2026 - Genap tiga tahun aku menyertai PS Boxing Club , kali ini sudah boleh terima kenyataan yang aku boleh mampu bertahan dan bersuk...
-
Nescafe tin versi kopitiam yang dijumpai seterusnya ialah perisa kopi cham, apa itu kopi cham? Kopi yang dicampur dengan teh susu (coffee wi...
-
Kenapa A&W tidak menjual lagi A&W root beer seperti dahulu? Sekarang yang banyak di pasaran ialah A&W sarsaparilla... Ya, sarsa...
-
Pagi esok aku akan memulakan perjalanan kembali ke Bintulu. Jadi entri ni ada kaitan antara minuman dan pemanduan. Antara minuman yang wajib...
-
Tahun ke-19 berblog bawah platform Blogger (dahulunya Blogspot sebelum dibeli Google), selepas berpindah dari platform Friendster (The Blog ...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-













