Mourning Monday: RIP Tamaki 2009-2013




Tamaki (my matriarch cat, named after Kawazoe Tamaki) menemui ajalnya petang semalam 29/9/2013 akibat kecederaan parah digilis van. Sedih dan sebak rasa di hati...

_____
Ada apa: Antara kucing paling cerdik yang pernah aku pelihara...

Sudden GAS: Bedroom Amp (Tube/Valve)


Tiba-tiba terasa GAS untuk memiliki sebuah amp kecil, sesuai untuk kegunaan di bilik, lebih-lebih lagi versi tube dengan watt yang kecil.


Calon utama ialah Vox AC4TV, tak kisah sama ada versi combo biasa (10"), AC4TV Mini (6.5") atau AC4TV8 (8"). Single channel sahaja, amat sesuai untuk digunakan bersama-sama stompbox atau multi-effects pedal. Juga boleh disambung dengan kabinet speaker lain dengan impedens 16 Ω untuk bunyi yang lebih ohsem.

Bentuknya yang retro-klasik juga mengingatkan aku kepada tema suasana dalam siri-siri game Fallout.

Tapi biasalah, bila perasaan GAS mendadak (sudden GAS) sebegini menyerang, ada baiknya bersabar dan bermuhasabah diri, fikirkan adakah ia keperluan atau kemahuan. Bila bawa bersabar pasti ia akan reda sendirinya (seperti kes pikap EMG dalam entri yang lepas).

_____
Ada apa: LX12 yang ada sekarang pun jarang pulas volume lebih daripada suku.

Wordless Wednesday: Pickup Mania



Image linked from Seymour Duncan blog.
_____
Ada apa: Tangan dah mula gatal nak main pateri...

Ada Apa Dengan Pembolos Keranjang?


Entri yang dah terperap dalam draft hampir dua tahun - Koleksi manga Slam Dunk versi terjemahan Bahasa Melayu keluaran Tora Aman (yang dikenali sebagai Pembolos Keranjang) yang sempat aku gambar sewaktu balik kampung cuti CNY 2012.


Manga terkenal (yang kemudiannya diadaptasi menjadi anime) hasil nukilan Takehiko Inoue pernah menjadi hype suatu ketika. Isu #1 (gambar di atas) dibeli secara tidak sengaja sekitar penghujung 1994 kerana hampa komik Jejak Wira belum ada di pasaran. Jalan cerita yang menarik dan lucu sehingga aku ketawa terbahak-bahak, membuatkan aku bertekad untuk untuk terus mengikutinya sehingga habis.


Dikeluarkan sebulan sekali (atau kadang-kadang mencecah 3-4 bulan sekali), dengan keluaran terakhir #31 pada tahun 1998 (atau 1999, akupun dah lupa). Dalam jangkamasa tersebut aku ada tercicir dua keluaran.


Koleksi aku hanya lengkap sekitar pertengahan 2008 dengan pembelian keluaran #25 dan #28 yang merupakan cetakan kedua (atau ketiga kot?) dari segi visual sedikit berbeza berbanding cetakan pertama.

Ia menjadi bahan bacaan santai bersama-sama komik Jejak Wira, Raja Rimba, Dewata Raya, Jengking Merah dan X-Men. Manga ni juga membuatkan aku meminati bola keranjang sehingga menjadi seorang daripada ahli pasukan dan juga pengerusi persatuan bola keranjang sekolah menengah ketika itu (1995-1996).

_____
Ada apa: Kali terakhir aku main bola keranjang penghujung tahun 2006...

Kues Goldie


Baru sahaja beberapa minggu lepas Goldie aku dipasang dengan tali kitar semula D'Addario EJ21 (12-52) dan ditala dengan C, C# dan kadang-kadang D-tuning.

Disebabkan tak biasa guna tali bersaiz tebal dan agak janggal memainkan talaan rendah (low tuning), malam tadi aku menggantikannya dengan dengan Kerly Kues KQX-0942 (9-42) yang terperap dalam simpanan sejak tahun lepas dan menalanya semula dengan standard tuning. Lagipun tali EJ21 sebelum ni merupakan tali kitar semula dan dah bermusim (seasoned), jadi taklah terasa macam membazir atau sayang nak buang.


Pendapat peribadi mengenai tali ni, ia agak lembut seperti Slinky, Boomers dan Darco, dengan kata lain senang nak bending. Dari segi ketahanan, kena tunggu beberapa bulan lagilah baru dapat keputusan. Mungkin aku akan guna Goldie sebagai gitar utama untuk sessi jamming seterusnya sehingga gig Bintulu Rocker Re-Union bulan November nanti (eksperimen ketahanan tali).

Sedikit ulasan oleh Bro Sub mengenai tali Kerly Kues boleh baca entri ni.

_____
Ada apa: Ada beberapa lagi tali gitar yang ada dalam simpanan menunggu giliran untuk dicuba...

Bintulu Iron Maiden Cover Band


Bukan, ini bukan persembahan Metuk Ulau Project...


Persembahan kumpulan Natas yang membawakan lagu Aces High sempena gig #1 Bintulu Bike Week 2013 minggu lepas. Gig #1 ni diadakan pada malam hari pertama BBW2013 (Jumaat, 13/9/2013). Manakala gig #2 diadakan pada petang hari ketiga (Ahad, 15/9/2013).

Aku tak ada apa-apa info mengenai kumpulan Natas ni, mungkin Adi Herman boleh membantu?

_____
Ada apa: Kena main versi Children Of Bodom la lepas ni...

IDK Gigrig #1 (Part 2)


Semasa gig Bintulu Bike Week 2013 minggu lepas, penganjur menyediakan dua buah amp gitar, satu daripadanya merupakan amp Marshall MG100HFX (MG4-series batch).

Tapi sayangnya penganjur tidak membekalkan footswitch untuk amp ni, jika dibekalkan sudah pasti aku tidak menggunakan gigrig #1 (gambar di bawah) dan hanya menggunakan amp secara terus (direct amp) seperti semasa gig Bintulu Music Fest 2013 yang lepas (with JF-01 as booster).

Iklan Veet.
Semenjak dah selalu jamming di 36 Studio yang menggunakan MG102FX (with footswitch), aku lebih selesa menggunakan empat channel (CLEAN, CRUNCH, OD1, OD2) yang ada pada amp tersebut berbanding stompbox atau multi-effects.


Semua amp MG4-series dari MG15 sehingga MG100 memiliki empat channel yang hampir sama settingnya. Dan selalunya aku akan menggunakan factory presets (refer manual for resetting presets) berbanding membuang masa terkial-kial mendail setting sendiri.

Apa kelebihannya?
  • Marshall growl - purely unadulterated Marshall iconic sound, not a mere modelling.
  • Five minutes setup/soundcheck - tak perlu terkial-kial mendail setting.
  • Travel light - tak perlu membawa stompbox atau multi-effects ke lokasi jamming/gig (bawa sebagai backup).
Tapi jika anda tak suka bunyi Marshall, tak dapat nak tolong...

_____
Ada apa: Racun untuk mendapatkan sebuah Marshall...

The Offspring - Smash


Bungkusan eBay daripada estock_deutschland yang diterima semalam berisi CD audio album studio ketiga The Offspirng iaitu Smash, diperolehi dengan harga tersenyum €3.01 (RM14.02).


(P)(C) 1994 Epitaph, cetakan Belanda. Sedar tak sedar dah hampir 20 tahun album ni, walaupun hanya peminat kasual The Offspring, tapi album ni banyak meninggalkan memori terutamanya ketika era "youth energy" semasa di tingkatan 4.


Satu daripada album batu loncatan (selepas Unplugged dan Dookie) yang memperkenalkan aku kepada genre muzik pantas dan rancak yang sinonim dengan remaja pada ketika itu - alternative, grunge, punk rock dan thrash metal. Dan pastinya ia boleh dikategorikan sebagai super album.


Dan kebetulan versi kaset ni aku tinggalkan di pejabat untuk dipasang pada radio kecil sebagai teman membuat kerja analisis bila dah bosan dengar mp3. Kaset ni pun dah berbelas-belas tahun umurnya dibeli sekitar 1997-1998 waktu di USM dulu.

Dan sebagai penggamet nostalgia, versi audio CD album ni mesti ada dalam koleksi walaupun aku tidak mengumpul diskografi The Offspring yang lain. Pasti geng-geng bloggers suatu ketika dahulu pernah layan album ni kan? Jadi, apa ulasan anda?

_____
Ada apa: Drivers are rude, such attitude...

Bintulu, Somewhere In Time...


Satu lagi blog anak watan Bintulu yang rajin aku jenguk ialah blog Images of Bintulu Before and Now kelolaan saudara Mahmud Yussop (aku tidak mengenali beliau, tapi mungkin Adi Herman atau Barangkali Marus kenal).

Walaupun jarang-jarang dikemaskini (update), tapi setiap kali ada entri baru, pasti aku akan terpesona dengan gambar-gambar lama (with it's present day counterpart) yang dikepilkan. Contohnya gambar berlatarbelakangkan Dewan Suarah di bawah ni (yang aku rasa diambil dari atas Hotel Li Hua).

Awal 80an, bukan Instagram ye~ (link dari entri ni).
Imej semasa (link dari entri ni).
Aku suka tengok gambar-gambar lama dan kemudiannya membandingkan dengan keadaan sekarang. Idea yang sama pernah aku gunakan untuk membuat slideshow sempena sambutan 100 Tahun Kimia Malaysia beberapa tahun lepas.

Aku bukanlah orang Bintulu, tapi semenjak bermastautin awal 2006 dulu, dalam masa tujuh tahun ni memang banyak perubahan yang berlaku. Paling ketara ialah bilangan kenderaan di jalan raya, tahun 2006-2008 dulu senang saja nak pergi Medan Raya (terutamanya Farley), sekarang?

_____
Ada apa: Macam tajuk entri blog Geng Kereta Sapu...

Metuk Ulau Project At Bintulu Bike Week 2013? (Wordless Wednesday Edition)









[Edited @ 3.15 pm] entry title renamed.

_____
Ada apa: Foto ehsan daripada Ezwani (bassist).

Sekitar Bintulu Bike Week 2013


Disebabkan kurang sihat dan komplikasi panik, aku hanya singgah di Bintulu Bike Week 2013 pada sebelah petang hari kedua (Sabtu 14/9/2013).


Itupun hanya untuk mendapatkan pengesahan tarikh dan masa gig #2 daripada pihak penganjur iaitu Bara Entertainment. Gig #1 telah dilangsungkan pada sebelah malam hari pertama (Jumaat 13/9/2013).


Laporan penuh mengenai BBW2013 ni mungkin akan ada dalam blog Molotov Cocktailz, Barangkali Marus ataupun Bintulu Buskers.

Manakala hari ketiga (Ahad, 15/9/2013) aku mendapat sms daripada Bob Kandar menyuruh aku datang ke pentas utama seawal 11.00 pagi untuk sessi soundcheck Metuk Ulau Project (menggunakan VIP pass). Gig dijadualkan bermula pukul 2.00 petang.

Imej cilok dari Facebook BRRU.
Aku lupa untuk membawa kamera murahan Cyber-Shot DCS-S930, dan hanya mengharapkan kamera pada K618i yang primitif (kamera pada Stealth memang tak boleh harap). Dan hanya sempat merakamkam beberapa gambar sahaja semasa menjadi penonton.


Mother Earth yang membawa lagu Tiada Lagi Airmata (Helter Skelter), pergh lama gila aku tak dengar lagu ni. Aku rasa, aku seorang sahaja yang sing-a-long lagu ni di kalangan kelompok geng-geng MUUV.

Adi Herman dan Busseg.
Busseg menggegarkan pentas dengan irama yang agak ekstrim walaupun hanya bermain secara 3-piece. Agaknya dah beberapa tahun Busseg tak beraksi di atas pentas?

Tahi suci! Hahaha gout beb gout~
Sekali sekala aku terdengar suara-suara negatif makcik-makcik di belakang sana membisikkan "lagu hantu" sesama sendiri, hahaha...


Hanya groupshot ni sahaja gambar MUP yang aku ada. Ada banyak gambar-gambar semasa persembahan MUP aku jumpa di Facebook, terutamanya hasil rakaman kamera Ezwani (bassist). Nak kena minta kebenaran tuan punya dulu baru dapat siarkan dalam AADI ni.

Rosli Dhobi In Frame.
Aku terpaksa balik sekitar 4.00 petang kerana ada urusan kerja, keluarga dan masalah kesihatan. Tak sempat nak tengok persembahan sebuah lagi band geng-geng MUUV iaitu Curse Of God.

Harap-harap blog Molotov Cocktailz akan ada cerita penuh mengenai gig ni. Aku tak ada idea nak buat entri apa hari ni, lagipun aku masih kurang sihat (demam tonsillitis), cuti dan berhibernasi di rumah...

_____
Ada apa: Nak kena ada in-ear personal monitor lepas ni...

Metuk Ulau Project At Bintulu Bike Week 2013? (Part 2)


Menyertai gig sempena Bintulu Bike Week 2013 (BBW2013) petang tadi secara "bidan terjun" menggantikan gig Bintulu Rockers Re-Union (BRRU) yang sepatutnya dijadualkan semalam tapi ditangguhkan sehingga penghujung November.

Cilok dari Facebook Rezal Suhaili (theonce).
Kenapa secara "bidan terjun"? Entahlah, sebenarnya akupun tak bersedia untuk gig BBW2013 ni, baru semalam dapat pengesahan untuk turut serta setelah dipujuk oleh ahli kumpulan yang lain. Lagipun aku kurang sihat (demam, sakit kepala) sejak Jumaat lepas, membuatkan mood untuk gig tu agak kureng.

Tapi, untuk tidak menghampakan ahli kumpulan, penganjur dan peminat (peminat?), dan juga disebabkan gig tersebut diadakan pada sebelah petang aku akhirnya bersetuju, walaupun terpaksa berbekalkan beberapa biji Panadol dan Fisherman's Friend.

Posing ala posers...
Nasib baik ada rakan-rakan MUUV datang memberikan sokongan, terutama geng-geng Bintulu Buskers, Busseg dan Curse Of God (yang juga ada membuat persembahan). Kalau tak mungkin sekali lagi aku mengalami sindrom "forever alone" semasa membuat persembahan.

Laporan penuh mengenai gig BBW2013 ni mungkin akan ada dalam blog Molotov Cocktailz.

_____
Ada apa: Selamat menyambut Hari Malaysia yang ke-50.

Calypso Turns One


Hari ni genap setahun Charvel So-Cal Style 1 HH (aka Calypso) berada dalam axology aku. Pernah menjadi satu daripada GAS tahap final fantasy aku suatu ketika dahulu. Dengan info Bro Sub dan bantuan Dead Eye Guitars, fantasi pastinya sudah menjadi realiti...

Dan selama setahun ni talinya belum pernah ditukar lagi (belum kira durasi dalam stor/kedai lagi). Aku tak pasti tali jenama apa yang digunakan, tapi ia memang tahan sehingga kini masih belum menunjukkan sebarang tanda karat (pastinya dengan penjagaan optimum). Cuma bila tali dah lama akan mula hilang kekenyalannya, tanda-tanda mandatori untuk ditukar.


Dipasangkan dengan tali DR Strings Extra Life Evergreen (discontinued) yang dihadiahkan oleh Bro Sub beberapa tahun lepas (yang sudah sekian lama dalam simpanan) untuk dipadankan dengan tema warna hijau.


Saduran pada Extra Life ni lebih "tahan pukul" berbanding saduran pada DR Neon yang lebih "rapuh" dan mudah tertanggal setiap kali bergesel dengan pick. Tapi setahan macam manapun sadurannya, saduran tetap saduran, akan terkikis jua dengan penggunaan pick yang ganas.


Sebelum memulakan proses memasang tali baru, sempat menjenguk isi perutnya, bukannya selalu ada peluang nak buka pickguard. Ruang kaviti yang kemas, bersih dan nampak premium, seperti yang dijangkakan untuk "hype" gitar buatan Amerika. Nampaknya routing gitar ni boleh menampung konfigurasi HSH.

DiMarzios.

Pendawaian yang agak ringkas (quite messy for an MIA guitar), selain pikap hanya ada suis tiga arah jenis toggle dan pot VOLUME 500k sahaja. Ada masa nanti aku akan gantikan pot ni dengan jenis push-pull (coil-split) untuk variasi bunyi.

DP158 - Evolution Neck.
DP155 - Tone Zone F-Spaced.
Pernah terfikir (idea gila-gila) nak gantikan konfigurasi pikap yang sedia ada dengan konfigurasi HSS (Fender SCN x2, DiMarzio Super Distortion) nak tiru Adrian Smith San Dimas DK. Tapi buat masa ni, biarlah dengan konfigurasi asal.

Semenjak Oktoberfest 2012, ia telah dijadikan sebagai "stage guitar" disebabkan faktor-faktor keselesaan, mudah laras (cuma satu tombol), sistem FR yang tegap (stays in tune) dan yang penting mojo warna HIJAU (IDK sig Mark III?) sedikit-sebanyak menambahkan keyakinan semasa berada di atas pentas gig.

_____
Ada apa: Batch baru So-Cal ada sedikit perbezaan...

Metallica - Death Magnetic (Part 2)


Harga tersenyum ebay seller estock_deutschland membuatkan aku ingin mengumpul semula album-album dan diskografi yang suatu ketika pernah dikumpul tetapi dah "dilelong". Dan bungkusan ni baru sahaja diterima pagi tadi.


Kali ni album Death Magnetic Metallica (lagi~) menjadi pilihan, diperolehi dengan harga €3.01 (RM14.02) dengan fizikal luaran yang nampak sedikit bermusim. Sebelum ni aku pernah ada versi Malaysian Edition yang akhirnya berpindah milik dan ditayangkan di sini.


Versi yang diterima ni merupakan versi yang menggunakan super jewel case (macam Dark Passion Play). Amat sesuai untuk koleksi, tapi amat menyusahkan sekiranya rosak/pecah kerana sukar untuk mencari super jewel case gantian. (C) 2008 Metallica under exclusive license to Universal International Music.


Didatangkan dengan inlay yang agak unik (dan bangang) berbentuk lubang kubur yang "dikorek" pada setiap helaian kertas (tiru idea anai-anai ni) hingga ke muka surat kedua terakhir.


Tidak seperti versi Malaysia Edition yang ciput, versi ni disertakan dengan lirik lengkap dan info mengenai album, walaupun idea unik (bangang) tadi sedikit sebanyak telah "memakan" beberapa lirik.

Ulasan mengenai album ni boleh rujuk entri yang lepas.

_____
Ada apa: Masih tak habis-habis dengan mood Metallica ye?

Lima Album Metal/Rock Yang Membuatkan Aku Minat Metal


[Entri tak ada idea] Tanpa lima album metal/rock ni, aku tak akan jadi mat metal macam sekarang...

Imej link dari entri Takilala.
1) Manowar - Fighting The World. Rasanya ini merupakan album metal pertama yang aku layan dari mula sampai habis. Kali pertama mendengarnya melalui piring hitam (gambar di atas) sekitar 1993 membuatkan aku teruja.


2) Nirvana - MTV Unplugged In New York. Aku mengenali Nirvana selepas kematian Kurt Cobain, kalau tak silap aku mula-mula layan album ni sekitar penghujung 1994. Selepas album ni aku mula meminati Nirvana dan mengenali genre grunge dan alternatives.


3) Metallica - Self-Title (aka Black Album). Bukan muzik Metallica yang mula-mula memperkenalkan aku kepada muzik metal, tetapi menerusi album Black ni membuatkan minat aku terhadap Metallica dan muzik metal secara amnya semakin menebal.


4) Iron Maiden - A Real Live One. Walaupun bukan album Iron Maiden yang pertama aku dengar, tapi menerusi album ni (especially Helsinki crowds chant) membuatkan aku mula meminati Iron Maiden secara serius.


5) King Diamond - House Of God. Bermula dengan album ni aku mula meminati lagu-lagu berunsur kegelapan dan yang bergenre ekstrim.

Album metal/rock lain yang berpengaruh tapi tak masuk senarai "Top 5" (not in order):
  1. Ugly Kid Joe - Menace To Sobriety
  2. Danzig - How The Gods Kill
  3. Megadeth - Risk
  4. Metallica - Load
  5. Manowar - Louder Than Hell
  6. Iron Maiden - Virtual XI
  7. After Forever - Mea Culpa
  8. Fear Factory - Digimortal
  9. Blind Guardian - The Forgotten Tales
  10. Foo Fighters - Self Titled
_____
Ada apa: Nanti nak buat entri "non-metal/rock album" pula.

Wordless Wednesday: Panik Lagi!





_____
Ada apa: Gambar kitar-semula entri dua tahun lepas...

Metuk Ulau Project At Bintulu Bike Week 2013?


Atas sebab-sebab tertentu, gig Bintulu Rockers Re-Union (BRRU) yang sepatutnya diadakan hujung minggu ni (14-15/9/2013) ditunda ke suatu tarikh yang belum diumumkan.

Aku rasa mungkin ia untuk memberi laluan kepada Bintulu Bike Week 2013 anjuran Bintulu Bikers Community yang juga dijadualkan pada tarikh yang sama (takut kurang sambutan?).


Menurut info dari sumber kurang rasmi, BBW2013 ni juga ada slot persembahan live band yang dianjurkan oleh penganjur BRRU. Dan mana-mana band yang menyertai BRRU dijemput untuk membuat persembahan semasa BBW2013 tersebut.

Sebenarnya aku malu segan nak ikut serta, macam belum bersedia untuk crowds yang terlalu ramai hehehe...

_____
Ada apa: *Tepuk dahi*

Masih Mood Metallica?


[Skip terus ke @12:00] Kuala Lumpur wants heavy? Metallica gives you heavy baby!

"We'll do this until we don't wanna do it anymore; it's as simple as that. There's no use doing something your heart is not in. But for us, we love what we do and we're blessed that way."

Soalan: Apakah kesan-kesan negatif yang dapat diperhatikan pada remaja/belia Malaysia selepas mereka menonton konsert Metallica?

_____
Ada apa: Masih mood Ahad...

Jazz Light Goldie


Sedar tak sedar dah nak hampir setahun aku tak tukar tali gitar Goldie aku ni, kali terakhir bulan Oktober tahun lepas menggunakan Ernie Ball Hybrid Slinky.

Walaupun tidak menunjukkan sebarang kesan karat (dengan penjagaan yang optimum) tetapi ada suatu perasaan yang menjengkelkan semasa palm mute - tanda-tanda ia perlu diganti (mandatori?).


Kali ni aku menggunakan tali D'Addario EJ21 Jazz Light Gauge (12-52). Ya, aku tau saiznya yang agak besar, sebab itu aku menggunakan C-tuning untuk tali ni.

Tali ni sebenarnya tali kitar semula, pernah dipasang (selama dua minggu sahaja) pada ex-Abominations aku sekitar awal 2011 sebelum ia digantikan dengan GHS PRDM. Walaupun dah disimpan hampir dua tahun (dalam bekas kedap udara), tali EJ21 ni masih lagi kenyal dan belum berkarat.

_____
Ada apa: Masih ada sebungkus lagi EJ21 dalam simpanan.

GIMW: Gear I Most Wanted?


Tertarik nak buat entri "gear I most wanted" (GIMW) selepas terbaca entri Wordless Wednesday Metal Brain Asylum baru-baru ni (yang ada gambar dia masuk majalah Guitar World tu~).

Berangan-angan sekejap. Kalaulah banyak duit (dan keperluan asas lain dah selesai), gear I most wanted:

Linked somewhere from the net.
  • Guitar: ESP Horizon III (in green of course, macam gambar di atas tu)
  • Bass: Warwick Infinity NT
  • Amp: Marshall JVM410H (with 4x12 cab of course)
Kepada rakan-rakan bloggers yang kaki gitar tu, apakah GIMW anda?

_____
Ada apa: GIMW aku taklah sampai tahap overkill kan?

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (56) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (16) alice (12) amcorp mall (12) amplifier (165) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (71) anniversary (161) anthrax (1) arlo (9) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (15) bag/case (87) barbarik (1) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (8) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (351) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (37) blades (5) blaze bayley (31) blind guardian (22) blogging blues (75) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (71) botb (21) bourns (4) boxing (39) brado guitars (7) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (25) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (26) ck music (63) cleartone (3) cog (11) coke (5) coklat (19) cola (13) compilation (69) conception (2) console games (35) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (16) d'addario (60) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (4) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (66) dio (4) disturbed (3) dk2 (6) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (24) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (6) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (290) energy drinks (52) engrish (8) entwistle (10) environment (39) epiphone (177) erectus (18) ernie ball (43) es-335 (2) esp/ltd (235) estock (72) evanescence (1) everlast (4) evh (2) exists (8) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (92) fear factory (3) fender (20) filler entry (47) fishman (3) flashback friday (42) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (30) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (25) fusion (3) g-hr3-68 (1) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (50) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (129) gator (26) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (26) gig (122) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (1) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (89) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (6) hammerfall (19) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (9) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (30) ibanez (229) icb200ex (15) iced earth (10) icon (46) imago (73) imitation (3) in flames (7) instagram (53) insulter (5) inverno (29) iron maiden (171) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (313) j5 (15) jackson (75) jamming (159) jamtank (46) jepak (9) jim dunlop (82) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (6) kakis store (4) kamelot (27) karisma (4) kaset (37) kawan (380) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (108) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (8) kucing (6) kustom (4) lace (20) laney (39) larrong (9) lawas (5) lazada (34) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (82) lil (46) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) mackie (1) maiden tribute (29) majestica (5) makan/minum (613) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (17) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (12) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (66) melaka (13) membakut (48) memori (448) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (20) mooer (2) motorhead (9) movie (103) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (169) music bliss (28) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (13) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (86) new album (31) new gear (249) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (120) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (20) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (42) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (76) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (360) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (62) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (19) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (98) pickups (211) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (7) planet waves (19) playstation (32) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (22) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (9) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (27) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (113) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (25) restring therapy (108) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (2) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (8) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (53) shopee (43) sibu (7) sick puppies (5) signboard (21) silica gel (7) silvia (23) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (10) slipknot (2) smr (7) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (32) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (15) stewmac (6) strap (35) street jam (2) strings (181) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (14) super album (103) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (34) sx (10) sze chan (1) t-shirt (66) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (18) tech21 (11) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (36) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (41) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (17) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (134) tribute (61) trivium (21) tsb6 (7) tuner (38) tv (33) ugly kid joe (3) ultra swede (7) usm (7) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (474) wrestling (12) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (7) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger