Ahad (28/07/2019) - Aku tiba di The Gold Mines sekitar 11.15 pagi dan acara sudahpun bermula dengan persembahan band Easternsky, memang on-time penganjuran kali ini.
Selain acara utama gig, di sebelah luar dan perkarangan ada acara sampingan iaitu jualan rokok elektronik (vape), e-Sports PS4 FIFA 2019 dan pameran figura aksi (lebih kepada
Gunpla) yang memeriahkan suasana.
Oleh kerana penganjur hanya menyediakan dua buah amp gitar (amp Kardon studio
Soundwave), aku mengambil keputusan untuk membawa amp sendiri Laney
LX65R. Walaupun ada alternatif lain untuk gitaris ketiga (namely DI-ing), tetapi aku tetap membawa amp ini untuk membuktikan ia memang gig-worthy.
Ada beberapa cabaran bagi aku untuk gig kali. Pertama, sejak petang Jumaat tekak aku dah mula gatal-gatal, antara simptom untuk batuk selesema, aku berharap dapat mengekalkan vokal sehingga habis gig. Kedua, Ijau Jr. demam panas dan muntah-muntah sejak beberapa hari lepas, aku bertekad untuk balik seawal mungkin dan menetapkan sekitar 3.00 petang untuk beredar.
 |
Easternsky. |
 |
Modern Chapters. |
Persembahan
MUP bermula pukul 12.45 tengah hari seperti yang dijadualkan. Aku mengambil peluang masa rehat buffer 15 minit untuk memasang dan soundcheck rig aku yang terdiri daripada
Sarge,
Airbridge,
RP360 dan LX65R tadi.
Sudah sekian lama tidak beraksi bersama-sama Azrul (
KIKOSP) semenjak tour bersama-sama Larrong. Kini MUP kembali full force 3-amigos dengan tambahan Nuing (
RG331M).
Bila persembahan dipacu oleh pure adrenaline rush sebegini, biasanya amat mudah untuk aku mendapat sakit ulu hati (sebenarnya otot diafragma) yang aku gelarkan sebagai *post-gig syndrome (PGS).
Selepas habis persembahan baru terasa sakit, menguap tak henti-henti, berpeluh-peluh rasa nak pitam menahan sakit. Kali terakhir aku sakit begini ketika
BOTB BIKF 2015, tapi ketika itu ada sedia berbekal
Gaviscon, kali ini tiada...
Agak teruk sakit PGS aku kali ini, antara sebab aku terpaksa balik awal selain klausa perenggan keempat di atas. Sakitnya berterusan sampai ke malam dan terpaksa mengambil paracetamol untuk melegakan kesakitan.
 |
PKR Brunei. |
 |
COG. |
Tak berapa sempat layan persembahan band sepermetalan lain; Tangkal Hitam, PKR Brunei (Pmuzik Kana Reject), COG dan Erectus - yang menyaksikan Azrul sebagai frontman bidan terjun (ketiadaan vokalis) kali ini menggalas
M-103FM yang ditala D-standard berbanding KIKOSP yang ditala Eb-standard untuk persembahan MUP.
Post-mortem peribadi
- Berpuas hati dengan prestasi LX65R yang sememangnya gig-worthy. Untuk gig akan datang aku hanya perlu bawa mixer kecil untuk dua gitaris berkongsi satu amp yang sama. Seperti yang pernah dipraktikkan semasa Opening Season Gig 2012 dan Oktoberfest 2012.
- Persembahan Pentagram Di Atas Pusara (lagu ori MUP) pertama dengan 3-amigos, dipanjangkan (extended) dan ada tiga solo.
- Berhati-hati supaya tidak "terpengaruh" dengan adrenaline rush yang pastinya akan menyebabkan sakit PGS.
- Rehat untuk cover lagu-lagu Iron Maiden era Dickinson (atau lagu-lagu bernot tinggi), mungkin akan cuba era Dianno atau Bayley pula.
Post-mortem gig
- Menepati masa.
- Ada acara sampingan (e-Sports, figura aksi, vape) memeriahkan suasana.
- Ada backdrop nama/logo untuk setiap band.
- Multi-genre bernaung di bawah satu gig - perkara yang unik untuk pengajuran gig di Bintulu.
- Begitu juga dengan peminat-peminatnya walaupun nampak berpuak-puak dari segi pakaian dan penampilan, tetapi pergaulan dan interaksi tetap muhibbah seperti entiti Sarawak itu sendiri.
- Mungkin penganjur perlu sediakan tiga amp gitar, dua amp utama dan satu sebagai backup (shit do happens) dan untuk kemudahan band yang ada tiga gitaris.
*IDK Post-Gig Syndrome - Sindrom yang mana otot diafragma (
diaphragm) aku penat kerana bekerja keras meneran suara not tinggi secara mendadak dan berterusan. Waktu jamming tidak terjadi kerana ada masa untuk warm-up vokal. Kes yang sama seperti anda terus bersukan tanpa warm-up, pasti akan ada sakit-sakit otot badan.
Pemerhatian tambahan - Adakah gajet yang dinamakan strap lock sesuatu yang agak rare?
_____
AADI: Selamat berbulan Ogos.