Entri bersempena ulang tahun
ke-11 aku ber-Blogger (formerly Blogspot) bulan ini.
Pernah ditanya macam mana aku konsisten dengan blog 10+ tahun lebih, macam mana dapat idea dan motivasi untuk terus berblog hampir setiap hari ada entri. Ok, ini cuma kaedah peribadi aku, blogger lain mungkin dengan kaedah mereka.
1) Golongan sasar - AADI adalah blog untuk mereka yang
sehobi dengan aku - pengumpul CD, mat metal, gamers, peminat dan pemain gitar, pengkritik makanan, peminat manga/anime dan kadang-kadang kaki wayang. Jadi ada sesetengah istilah, sejarah atau cerita asal
tak perlu dijelaskan lagi dan anggap golongan sasar ini sudahpun mengetahuinya.
 |
Pancingan Radin Music. |
2) Motivasi - Bak kata
Deaf-Angel, blog ni sebenarnya medium untuk kita meluahkan perasaan dan
riak berbangga dengan pencapaian dan apa yang kita ada (sort of). Itulah motivasi utama untuk berblog, selain
rivalry dengan blogger lain (kau ada, akupun ada gitu, hahaha~).
Dan bergantung kepada tema blog dan golongan sasar, amat mudah untuk menapis mana yang perlu diceritakan dan mana yang tak perlu. Sebab itu ada beberapa entri lama aku sudah digugurkan kerana kandungannya sudah tidak sesuai dengan AADI sekarang.
3) Masa - Faktor yang selalu menjadi penghalang, lebih-lebih lagi kalau sudah berkeluarga dan dengan ledakan laman sosial yang lebih trendy. Perlu tetapkan (atau curi-curi) masa untuk berblog, dan kalau ada masa lebih/terluang boleh usahakan poin ke-
5) dan
7) yang akan diceritakan di bawah.
4) Entri pendek - Biasanya satu entri AADI tak panjang, satu perenggan dalam 40-50 perkataan. Aku tak akan letak satu perenggan melebih 100+ perkataan. Setiap perenggan juga akan diselang-selikan dengan gambar supaya mata boleh "berehat" membaca sekejap. Serius, mata aku akan mula sakit/berair bila fokus lama pada satu-satu perenggan yang panjang.
Aku lebih suka jika entri aku dibaca santai seperti artikel majalah dan bukannya serius seperti cerpen/novel. Lagipun bukan semua golongan sasar orang adalah jenis akademik/sastera yang suka membaca. Mungkin ada yang jenis malas (macam aku) yang membaca secara imbasan.
Jika entri panjang berjela, jadikan ia dalam beberapa bahagian. Mungkin bahagian kedua boleh dijadikan entri esok, lusa atau minggu depan dan seterusnya. Juga boleh buat stail Star Wars, ada prekuel selain sekuel.
5) Banyak idea - Jika tiba-tiba ada banyak idea, tapi masa belum sesuai untuk dirilis sebagai entri, taiplah siap-siap atau buat dalam bentuk poin dan simpan dahulu sebagai deraf (draft). Ia mungkin boleh dirilis sebagai entri tatkala suatu masa nanti tiada idea untuk dibuatkan entri.
6) Ejaan dan bahasa - Mulai 2010, entri-entri aku biasanya akan ditaip dalam *Bahasa Melayu standard dengan ejaan dan tatabahasa sebaik mungkin, menyahut seruan
Rais Yatim ketika itu. Aku bukanlah mahir dalam English, berbeza dengan Bahasa Melayu satu-satunya bahasa penghantar yang boleh dikatakan aku mahir.
Kenapa? Teknologi Google Translate sekarang semakin bagus berbanding 5-10 tahun lepas, jika entri anda menggunakan Bahasa Melayu yang betul, Google Translate akan dapat menterjemahkannya ke dalam bahasa lain hampir 100% tepat. Kalau tak percaya, cuba "Translate to English" entri ini dan baca. Secara tidak langsung, pembaca yang tidak bertutur Bahasa Melayu juga akan dapat faham entri-entri AADI.
7) Entri penampan (buffer) - Entri-entri mini, sampingan atau pengisi (filler) tatkala belum ada idea untuk entri utama. Untuk AADI, entri makanana dan minuman biasanya menjadi entri "buffer" selain entri "Wordless Wednesday" untuk hari Rabu. Dengan adanya entri-entri sebegini, tajuk blog kita akan sentiasa berada di atas blog roll harian rakan-rakan blogger.
8) Trend, tular, isu semasa - Antara pencetus idea utama, ikuti trend semasa rakan-rakan blogger lain
selagi isu tersebut masih panas - gajet terbaru, CD rilisan semula, album terkini, ulasan konsert, dll. Contohnya; takkan baru sekarang nak buat entri ulasan konsert
Megadeth KL kan? Agak seronok bila hampir semua geng-geng blogger berlumba-lumba buat entri yang sama.
9) Sumber - Jika idea, ayat, frasa, gambar/imej atau apa-apa sekalipun yang diperolehi menerusi media sosial, blog, atau website orang lain, jangan lupa untuk menyatakan sumbernya. Lagi bagus jika disertakan dengan hyperlink. Ia bukanlah mandatori, tapi sebagai etika berblog dan sekurang-kurangnya cara kita berterima kasih.
10) Blog idola -
[added @ 9.45 am] Cuba libatkan diri dalam blog idola anda, blog idola aku ialah
The Guitar Addict dan
Yustech GT untuk entri yang berkaitan gitar dan teknikal. Untuk blog CD dan metal, rakan-rakan blogger lain seperti
Berteromber, Deaf-Angel,
Rafi Xyrus, Mus
Speedrider (to name a few) merupakan idola, kah kah kah... Kadang-kadang tercilok juga idea mereka.
Rasanya itu saja untuk kali ini, dah lama aku tak buat entri panjang, terasa hipokrit pula dengan poin ke
4) di atas. Kepada rakan-rakan blogger, anggap sahaja ini sebagai pembakar semangat dan
rivalry camaraderie dalam kalangan kita. Tunggu bulan Mac nanti insya-Allah nak buat entri "bragging rights" bersempena sembilan tahun
berhobi gitar, kah kah kah~
Blog on! \m/
_____
AADI: Wow,
Hawaii hampir jadi tajuk
Fallout baru.