2013 yang...


Hari terakhir untuk tahun 2013, menoleh kembali aktiviti yang menarik dalam AADI sepanjang 2013...

1) Equipments - Bagi mereka yang dah mengikuti AADI sejak beberapa tahun lepas pasti tahu perangai aku yang suka bertukar-tukar pasangan gitar dan juga GAS untuk memiliki gajet kegitaran yang lain. Alhamdulillah tahun ni agak kurang rancak hehehe...

Tak kurang juga gajet yang telah bertukar milik (aka di"let-go") - CC-1, GART20, Micro-Cube, SN-2, DM4.0S, UPC688, FX-600.

2) Music life - Tahun 2013 juga menyaksikan Metuk Ulau Project agak aktif dalam kancah muzik bawah tanah Bintulu berbanding tahun lepas. Walaupun sering bertukar-tukar line-up, termasuk pemuzik bermusim (seasonist), tapi tunggak utama iaitu geng Hepi;) - aku, Azrol, Bob Kandar - akan memastikan nadi MUP terus berdenyut.


Antara gig dan persembahan awam yang disertai sepanjang 2013:
Untuk 2014, dah ada perancangan jangka pendek untuk MUP. Antaranya menyiapkan lagu sendiri yang masih belum ada lirik dan juga mencari ahli tambahan sama ada tetap ataupun bermusim.

Oh bab kumpul CD masih diteruskan, lebih-lebih lagi sejak mengenali estock_deutschland. Perangai eBayholic aku kembali walaupun tak serancak tahun 2009 dulu. Nampaknya lepas ni nak kena beli sekurang-kurangnya mini hi-fi untuk halwa telinga di rumah, selalu layan CD audio ni dalam Imago je (di rumah layan versi mp3 guna PC).

Last CD for 2013.
3) Metallica live in Kuala Lumpur! (21/8/2013) - Sejak mendengar Black Album mereka hampir 20 tahun lepas, akhirnya tercapai jua hasrat aku untuk menonton konsert Metallica (live, bukan DVD ye~) walaupun hanya tiket murahan.

Pic courtesy of Dead Eye Guitars.
Pic courtesy of Dead Eye Guitars.
Cerita mengenai konsert ni boleh baca entri "Selamat... Thank you" dalam tiga bahagian (Part 1, Part 2, Part 3).

Iron Maiden sudah, Metallica pun sudah. Mungkin lepas ni aku teringin nak tengok konsert Megadeth, walaupun Megadeth selalu turun buat konsert di Singapore, aku harap suatu hari nanti mereka juga dapat lepas masuk ke Malaysia.

Dapat jumpa Ezaidi (tauke blog Metal Brain Asylum).
Selain Megadeth, mungkin teringin nak tengok konsert HammerFall, Kamelot, Tarot, Nightwish, wish on... Itupun jika mereka sudi singgah di rantau Nusantara ni (dan aku masih punya kudrat fizikal dan material).

4) Accident Of Birth - Aku jarang bercerita pasal kehidupan harian dan keluarga dalam AADI, bagi aku AADI ni didedikasikan sebagai blog perhobian dan santai. Tapi peristiwa ni antara yang menyentuh emosi (selain kematian Tamaki). Mungkin belum ada rezeki untuk Lil'Ijau menjadi seorang kakak, dan sudah pasti ada hikmat di sebalik setiap ketentuan-Nya.

Selamat Tinggal 2013...

_____
Ada apa: Harapan untuk 2014? Oh~ Itu boleh cerita dalam entri tahun depan.

Sekitar BRRU Rock Nite 2013


Majlis makan malam (dinner) BRRU Rock Nite 2013 anjuran Bintulu Rockers Re-Union (BRRU) Entertainments diadakan di Hotel Kemena malam tadi walaupun meriah tetapi agak muram, mungkin kerana ada yang tak dapat hadir (antaranya Adi Herman) disebabkan beberapa kawasan di Bintulu dilanda banjir kilat.


Program yang dijadualkan bermula 7.30 malam (pendaftaran) hanya bermula secara rasminya sekitar 9.00 malam dengan ucapan pengerusi BRRU (Papa Rock Yep Hanafi) dan sedikit slide-show mengimbau kenangan silam rock di Bintulu.


Generasi rockers pelapis juga turut hadir - Alex, Ian dan geng-geng My Eyes See Ghost yang lain, yang rata-rata antara mereka masih di bawah umur 20an.


Juga ada jualan t-shirt rock kelolaan Bro Razib vokalis Mother Earth (kiri sekali), sambil memerhatikan Pak Yep dan rakan otai melakonkan adegan muamalat.


Apalah maknanya majlis makan malam kalau tak makan, kan? Inilah sessi beratur tunggu giliran ambil makanan hahaha! Kenampakan Bro Eden dan Amy (tauke REG Studio) di situ.

Eh? Ada Azroy menyelit?
Anugerah khas disampaikan oleh CEO Bara Entertainment (Bro Rani aka Badul) kepada kumpulan Natas, disebabkan kesungguhan mereka menghidupkan kembali era rock 80an (dari segi penampilan) semasa gig dua minggu lepas dan malam tadi.

Sila singgah Facebook BRRU untuk gambar-gambar tambahan.

Persembahan akustik NV Unity.
Sessi yang dinanti-nantikan ialah persembahan live enam buah band yang dipilih oleh penganjur - NV Unity, Mother Earth, Bronze Earring, Natas, Metuk Ulau Project (ehem) dan band penganjur iaitu BRRU Project.

Setiap band hanya diberikan slot untuk dua buah lagu sahaja. Semasa band sedang membuat persediaan dan soundcheck, diadakan juga acara cabutan nombor bertuah.

Mother Earth
Aku kurang menumpukan perhatian kepada persembahan NV Unity dan Mother Earth ni kerana agak risau sebab Bob Kandar masih belum sampai, kes Bintulu banjir kilat. Waktu ini juga aku menerima info daripada Adi Herman mengatakan dia tak dapat hadir disebabkan persediaan menghadapi banjir kilat gelombang kedua.

Pak Yep dengan Jackson Warrior-nya.
Band ketiga yang membuat persembahan dan mula menarik perhatian pengunjung ialah band Bronze Earring yang diterajui oleh Pak Yep bersama rakan-rakan otai, antara perintis rock di Bintulu.

Layan blues...
Ini bukan Goldberg dan Stone Cold Steve Austin ya.
Dimulakan dengan instrumental blues, bak kata Pak Yep "roots of all rock genre". Kemudian lagu kedua Soldier Of Fortune yang dinyanyikan oleh Din Glamour, keyboardist lagenda Bintulu.

Din Glamour.
Persembahan keempat pula ialah band Natas membawakan medley beberapa lagu slow rock tangkap lentok. Juga menghadapi beberapa masalah teknikal dan tuning sebelum dan semasa persembahan.

Natas.
Natas kemudiannya "melanggar peraturan" dengan menyampaikan lagu ketiga. Ketika ini aku dah mula resah gelisah selepas beberapa kali menerima sms daripada Mrs. Ijau menyuruh aku balik cepat sebab Lil'Ijau menangis mencari aku (kes takut gelap, bekalan elektrik terputus di rumah), sedikit sebanyak membuatkan mood aku jatuh merundum.


Ya, Azroy menjadi gitaris jemputan Natas untuk persembahan kali ni. Bassist berbaju Union Jack (Bro Awie) bakal dipinjam diimport untuk persembahan MUP seterusnya menggantikan Adi Herman yang tidak dapat hadir.

Kemerahan, efek lampu kelip-kelip.
MUP menjadi band kelima membuat persembahan malam tadi. Kali ni Azrol dah mula pantas membuat soundcheck, setelah diajar cara soundcheck ekspress pada sebelah petangnya.

Persembahan kali ni MUP menyampaikan lagu Air Mata Sang Naga Tears Of The Dragon tanpa iringan bass, agak akustik kecuali semasa solo dengan distorsi berat.


Lagu kedua, lagu cover wajib MUP - The Troopers, yang disertai oleh "Steve Harris" jemputan Bro Awie daripada kumpulan Natas. Memang meletup-letup gallop bass dihentamnya. Seperti yang dijangka, part "ooo..." disahut oleh para pengunjung.


Habis sahaja persembahan, ketika aku sedang mengemas kelengkapan tiba-tiba nombor tiket aku (116) terpilih untuk cabutan bertuah yang keenam.

Kemudian selepas berkemas aku pun bergegas balik rumah disebabkan masalah yang telah dijelaskan di atas tadi, jadi tak sempat menyaksikan persembahan "main event" band penganjur iaitu BRRU Project.


Setibanya di rumah, bekalan elektrik dah kembali ada setelah terputus 45-50 minit. Hadiah cabutan bertuah tadi rupanya sehelai t-shirt berwarna merah (duh~) berlogo BRRU. Aiseh warna merah la pula... Nasib baiklah saiznya XXL, taklah diskriminasi saiz, sekurang-kurangnya dapat juga aku pakai nanti (pada masa-masa tertentu).

Tak lama kemudian, aku menerima sms daripada Bob Kandar mengatakan bahawa gitaris MUP (Azrol) menerima anugerah gitaris harapan disebabkan skill gitar dan umurnya yang agak muda. Ni mesti kes solo semasa lagu Tears Of The Dragon yang sememangnya solo panjang yang ohsem...

Oh ya, tidak seperti kes MBA di Terengganu, di Bintulu (dan mungkin di seluruh Borneo amnya) rock dan anak-anaknya (pelbagai genre metal) tidak dipandang serong. Bak kata Pak Yep "rock is an art form, we respect arts".

_____
Ada apa: Dah boleh tutup resume MUP untuk tahun 2013.

Metuk Ulau Project At BRRU Rock Nite?


BRRU Rock Nite anjuran Bintulu Rockers Re-Union (BRRU) Entertainments bakal diadakan malam esok bertempat di Hotel Kemena. Selain majlis makan malam (informal), acara ini juga menjadi platform suai-kenal band/kugiran rock generasi lama dan baru yang ada di Bintulu ni.

Imej cilok Facebook BRRU.
Selain persembahan "main event" band penganjur (geng-geng otai), ada khabar angin mengatakan Metuk Ulau Project juga bakal membuat persembahan pada malam tersebut. Boleh dikira sebagai "bayar hutang" sebab tak dapat buat persembahan semasa Gig Rock Kapak beberapa minggu lepas.

Oh ya, sesuai dengan namanya, kod pakaian (dress code) untuk Rock Nite ni bertemakan "rockers", alamak...

_____
Ada apa: Hotel Kemena, mengimbau kembali kenangan semasa Oktoberfest tahun lepas...

Ada Apa Dengan Barbican?


Beberapa tahun lepas (2011 to be exact), Muspeed pernah bertanyakan aku mengenai minuman berjenama Barbican disebabkan AADI ni kadang-kadang ada entri ulasan minuman jenama pelik-pelik.

Walaupun aku dah lama perasan minuman ni ada dijual di restoran Famous Mama Cafe dan juga di kantin Mizel Cafe seberang jalan, tapi baru hari ni aku ada "mood" untuk membeli dan mencubanya.


Aku memilih perisa epal untuk permulaan ni, dengan harga entah akupun dah lupa (mungkin RM3.00-400 kot?) untuk sebotol berisipadu 330 ml. Minuman ni keluaran Aujan Industries Co. yang berpusat di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), diimport ke Malaysia oleh entah kompeni apa, tak tulis pula pada botol.

Rasanya tak jauh beza dengan minuman berjenama Hillsburg dan Bavaria, cuma lebih manis dan fizzy (berkarbonat) berbanding dua jenama tadi. Dengan hype "non-alcoholic malt beverages", aku rasa minuman ni lebih kepada minuman sosial pak-pak Arab berbanding minuman penghilang dahaga.

_____
Ada apa: Jenama apa yang kecoh pasal hype "bir halal" suatu ketika dahulu?

Wordless Wednesday: Christmas Version




_____
Ada apa: Back-dated...

Daymare Before Christmas - Two Years Ago


Hari ini dalam sejarah - sekadar mengimbau kenangan lama dua tahun lepas... Sessi jamming versi "daymare before Christmas".

Geng topi baseball - imej cilok.
Entri juga boleh didapati dalam dua versi alternatif:
Tak sangka Metuk Ulau Project yang pada mulanya hanyalah sebuah "cover band" projek suka-suka (hence the word project) kini dah bergerak agak "aktif" (aktif la sangat) di persada muzik bawah tanah Bintulu hampir dua tahun.

Tapi kebelakangan ni line-up selalu berubah-ubah atas alasan komitmen dan sekali-sekala menggunakan khidmat seasonists untuk acara tertentu. Tengoklah tahun depan, jika hanya tinggal tiga orang (Aku, Azrol dan Bob Kandar) yang aktif, mungkin aku akan menggunakan semula nama Hepi;) - band 3-piece yang hepi, dan meneruskan semula projek lagu sendiri yang masih terbengkalai.

_____
Ada apa: Tiada idea? Kitar semula entri lama.

Teknologi Yang Semakin Murah


Setelah hampir 10 bulan "berdendam" dengan #9 yang sedang digunakan, kini masa untuk menggantikannya dengan alternatif murahan yang lain.


Bila bab telefon pintar ni aku taklah berkira dah memilih sangat, dan tak terlalu mengikuti perkembangan semasa. Model di atas ni pun masih menggunakan Gingerbread (varian terbaru A369i menggunakan Jelly Bean). Harganya pun lebih kurang sama dengan harga seketul Boss DS-1.

Bagi aku yang penting aliran data turun-naik berjalan lancar sama ada 3G, EDGE mahupun GPRS, dan mesra poket (dari segi saiz dan harga). Sekurang-kurangnya jenama ni sama dengan jenama netbook aku yang masih bertahan sehingga kini sejak 2009.

Chip pemprosesan yang digunakan pastinya lebih maju berbanding PC yang digunakan untuk main game Half-Life hampir 15 tahun lepas.

_____
Ada apa: Masih setia menggunakan K618i sebagai telefon utama.

Prequel: Gig Rock Kapak Bintulu Rockers Re-Union


Walaupun Metuk Ulau Project tidak berkesempatan untuk menyertai semasa gig Rock Kapak Bintulu Rockers Re-Union minggu lepas, tetapi Bob Kandar dan Azrol sempat turut serta membantu apa yang patut semasa sessi soundcheck sekitar 5.00 petang.

Equipment Bara Studio.

Juga dihadiri oleh Chop Sudir (vokalis/gitaris Ana & The Scene) yang datang ke tempat kejadian kerana menyangka gig tersebut bermula 3.00 petang seperti info yang dijadualkan pada Facebook BRRU.

Azrol dan X-11nya.
Aku hanya sempat singgah sekejap, kebetulan aku lalu Dewan Suarah selepas balik daripada membawa Mrs. dan Lil'Ijau beriadah di Promenade Bintulu (waterfront). Menurut info daripada staff BRRU yang aku temui, gig akan bermula secara rasminya pada pukul 7.00 malam.

_____
Ada apa: Tak lama kemudian, beberapa rakan MUUV juga datang untuk menonton gig, tetapi semuanya terpinga-pinga...

The Cranberries - Stars: The Best Of 1992-2002


Bungkusan yang dituntut sendiri di pejabat pos Bintulu pagi tadi lepas balik dari klinik, hari ni aku cuti sebab Mrs. Dan Lil'Ijau kena flu. Bungkusan kali ni berisi sebuah album kompilasi daripada The Cranberries, Stars: The Best Of 1992-2002.


Pada mulanya aku ingin membeli semula album No Need To Argue yang telah dilelong. Tapi selepas memikirkan beberapa faktor, aku mengambil keputusan untuk memiilih album kompilasi. Seperti biasa ia diperolehi daripada estock_deutschland dengan harga menarik €3.37 (RM15.32) termasuk pengeposan.


Tapi album kompilasi agak kurang menarik dari segi penampilan, kerana ia hanyalah selipat digipak kadbod yang nampak murahan, tanpa sebarang inlay. Tempat letak CD pun dibuat daripada kadbod dan bukannya plastik seperti digipak yang biasa. Tapi aku lebih suka CD yang didatangkan dalam bentuk jewel case kerana lebih tahan berbanding digipak.


Patutlah nampak murahan, rupa-rupanya ia dibuat daripada bahan kitar semula. Satu lagi perkara yang agak kurang menarik berkaitan album ni, beberapa jam selepas aku membelinya, terdapat pula versi CD berkembar (double CD) album yang sama dengan beza harga cuma €1-2 baru disenaraikan oleh penjual. Harap-harap versi berkembar tu pun sama menggunakan digipak murahan macam ni dan bukannya jewel case.


Dalam kompilasi ni memang terdapat semua lagu-lagu The Cranberries kegemaranku (bukan semua lagu mereka aku suka), antaranya; Dreams (aku mula-mula dengar versi Faye Wong), Zombie (sudah pasti), Salvation, Promises dan Animal Instinct. Lima lagu ni jika didengar semula mengingatkan aku nostalgia zaman selepas PMR (1994), sehingga zaman tahun ketiga di USM (1999).

Lepas ni aku bercadang nak kumpul album kompilasi artis atau kumpulan yang aku suka tapi tak sampai tahap kumpul diskografi penuh, lagipun dengan adanya estock_deutschland semuanya tak mustahil untuk mencari album-album tersebut pada harga yang menarik..

_____
Ada apa: Kadang-kadang teringin juga nak jamming lagu-lagu alternative rock.

Wordless Wednesday: Antara Solivite Dan Boboi Boy




_____
Ada apa: Bila anak dan bapa suka minum Solivite (dan tengok Boboi Boy)...

Solar TM


Ni sambungan entri Sungai Kut minggu lepas.

Berhampiran tempat aku meletak kereta, juga ada beberapa deretan kedai dan gerai. Tapi yang menarik perhatianku ialah pondok telefon awam ni.


Walaupun berlatarbelakangkan semak, tapi kedua-dua pondok telefon ni nampak "bersih" tanpa sebarang vandalisme (sticker FAM tu mungkin boleh dimaafkan).

Tanggapan pertama (first impression) aku ialah, masyarakat pedalaman mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dan menghargai kemudahan awam, tidak seperti masyarakat urban. Tak percaya? Cuba perhatikan kemudahan awam yang ada di kampung-kampung anda (sekiranya anda ada kampung la~).


Oh ya, kedua-dua pondok telefon ini dilengkapkan dengan panel solar. Aku tak pasti sama ada 100% menggunakan tenaga solar, atau untuk backup sahaja.

_____
Ada apa: Bila kali terakhir anda menggunakan telefon awam?

Bintulu Iron Maiden Cover Band (Part 2)


Seperti entri lepas, sekali lagi, bukan Metuk Ulau Project...

Sempat meluangkan masa menonton konsert (gig) rock kapak Bintulu Rockers Re-Union yang dianjurkan oleh BRRU Entertainments di Dewan Suarah malam tadi. Atas sebab-sebab teknikal (tak cukup korum) dan mental (hilang mood), MUP mengambil keputusan untuk tidak turut serta beraksi pada gig kali ini, kira cukuplah dengan gig semasa Bintulu Bike Week beberapa bulan lepas.

Murray/Smith hybrid.
Walau bagaimanapun, malam tadi irama Iron Maiden tetap berkumandang. Dua buah lagu - Flight Of Icarus dan Revelations dimainkan oleh Kumpulan Cop Kids. Ramai yang tak tahu lagu ni lagu Iron Maiden, aku rasa hanya 2-3 orang sahaja (termasuk aku) yang sing-a-long kedua-dua lagu ni pada malam tadi.

Steve Harris yang beriman...
Selain Cop Kids, ada dua buah kumpulan lain yang menarik perhatian aku malam tadi - Medusa dan Natas. Medusa memainkan lagu D'Febians yang agak rare - Peperangan (Creeping Death wannabe) yang sezaman dengan lagu Kabus.

Medusa.
Manakala kumpulan Natas kali ni tidak memainkan lagu Aces High, tetapi layan rock Melayu dengan lagu Pelayaran (May) versi octave rendah dan Balada Pemuzik Jalanan (Search) lengkap dengan tema dan pakaian era 80an - macam filem Mamat Khalid tu...



Aku terpaksa balik awal sekitar 10.45 malam (komitmen keluarga dan kerjaya) hanya sempat menonton persembahan 4-5 buah kumpulan sahaja. Laporan, gambar-gambar menarik dan entri penuh yang diulas oleh wartawan smeteter boleh dibaca dalam blog Barangkali Marus.

Pendapat peribadi, sebagai sebuah acara konsert/gig ia berjalan lancar dan boleh kira berjaya walaupun tidak mencapai tahap "happening" seperti yang diwar-warkan. Tapi dari segi pengurusan, terutama pengurusan masa, informasi dan promosi - aku rasa ia gagal.

_____
Ada apa: "Apa yang reunionnya?" - Rashid.

Ada Sesuatu Dari Pusat Muzik Reco (Part 5)


Harta rampasan pertama untuk Year End Sale (YES) tahun ni diterima Selasa lepas. Tapi kali ni aku tidak memperolehinya daripada CK Music tetapi melalui Pusat Music Reco (Melaka) yang juga merupakan satu daripada premis yang menyertai kempen YES CK Music (participating outlets - seperti yang tercatat pada muka surat belakang katalog).

Sejak Bang Mizan dah berhenti kerja, aku "kehilangan" staff CK Music yang boleh dihubungi secara terus (emel, SMS, Facebook) dan senang dirunding mengenai urus niaga dan pengeposan. Staff "gantian" yang ada macam nak tak nak layan aku - disebabkan layanan sebegitu, aku hilang mood untuk memiliki Vox AC4TV seperti yang aku terGAS dalam entri ni.


Berbalik kepada YES, bungkusan dari Reco kali ni mengandungi sebuah amp bass berjenama Vox iaitu Pathfinder Bass 10 PFB-10. Kenapa Reco? Disebabkan lebih mudah untuk aku berurusan dengan Miss Ng berbanding staff "gantian" yang dimaksudkan tadi. Lagipun ini bukanlah kali pertama aku berurusan dengan Reco.


Secara peribadi, ia bukanlah amp bass yang terbaik pada kelasnya (bagi kategori 10-15 Watt - aku rasa Laney RB1 lagi bagus), tapi dari segi harga per kualiti (RM208 @ YES price) dan dengan rekabentuk klasik Vox serta saiznya yang comel - ia amat berbaloi.


Juga disertakan dengan resit, kad bisnes dan Dunlop Scotty pick holder sebagai penggenap bayaran. Pick holder untuk pick saiz besar berbentuk tiga penjuru, pick yang aku ada kebanyakkannya bersaiz biasa (tear drop). Tapi tak apa, masih boleh pakai.


Panel yang ringkas, INPUT jack, DRIVE (gain), suis BRIGHT (untuk bunyi yang lebih nyaring), tombol-tombol TREBLE, BASS, VOLUME, LINE-OUT/PHONES jack dan suis POWER. Kenapa panel ni berwarna merah? Mungkin ia warna universal untuk bass - seperti StompLab 1G/2G.


Amp ni dilengkapi dengan dua buah driver (speaker) Vox Bulldog 5" dengan impedens 4 Ohm, berkuasa 5 Watt setiap satu dan dipasang secara bersiri (serial) dan bukan selari (parallel) menjadikan jumlah kuasa 10 Watt pada impedens 8 Ohm. Seperti ex-Valvetronix VT40+, amp ni juga buatan Vietnam.

Vox Bulldog 5" driver.
Semenjak amp Oren Besar (CR50BXT) telah di"let-go" beberapa tahun lepas, aku tidak memiliki sebarang amp untuk bass. Memandangkan untuk 2014, aku bercadang untuk fokus kembali kepada bass (jika tiada siapa yang nak jadi bassist untuk Metuk Ulau Project), oleh itu aku amat memerlukan sebuah amp bass untuk prektis di rumah.

Dan dengan kuasa 10 Watt, ia dah boleh dikira cukup bising kuat untuk kegunaan di rumah (bedroom level). Sekarang ni tak perlu amp yang besar-besar, jika nak bunyi gitar/bass yang ohsem (awesome) tanpa perlu mengganggu ahli keluarga ataupun jiran-jiran, hanya perlu guna headphone sahaja.

_____
Ada apa: Ada rezeki mungkin akan menggandingkannya dengan amp MINI3G2 klasik, hehehe...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger