Majlis makan malam (dinner)
BRRU Rock Nite 2013 anjuran Bintulu Rockers Re-Union (BRRU) Entertainments diadakan di Hotel Kemena malam tadi walaupun meriah tetapi agak muram, mungkin kerana ada yang tak dapat hadir (antaranya
Adi Herman) disebabkan beberapa kawasan di Bintulu dilanda banjir kilat.
Program yang dijadualkan bermula 7.30 malam (pendaftaran) hanya bermula secara rasminya sekitar 9.00 malam dengan ucapan pengerusi BRRU (Papa Rock Yep Hanafi) dan sedikit slide-show mengimbau kenangan silam rock di Bintulu.
Generasi rockers pelapis juga turut hadir - Alex, Ian dan geng-geng My Eyes See Ghost yang lain, yang rata-rata antara mereka masih di bawah umur 20an.
Juga ada jualan t-shirt rock kelolaan Bro Razib vokalis Mother Earth (kiri sekali), sambil memerhatikan Pak Yep dan rakan otai melakonkan adegan muamalat.
Apalah maknanya majlis makan malam kalau tak makan, kan? Inilah sessi beratur tunggu giliran ambil makanan hahaha! Kenampakan Bro Eden dan Amy (tauke REG Studio) di situ.
Anugerah khas disampaikan oleh CEO Bara Entertainment (Bro Rani aka Badul) kepada kumpulan
Natas, disebabkan kesungguhan mereka menghidupkan kembali era rock 80an (dari segi penampilan) semasa
gig dua minggu lepas dan malam tadi.
Sila singgah
Facebook BRRU untuk gambar-gambar tambahan.
 |
Persembahan akustik NV Unity. |
Sessi yang dinanti-nantikan ialah persembahan live enam buah band yang dipilih oleh penganjur - NV Unity, Mother Earth, Bronze Earring, Natas,
Metuk Ulau Project (ehem) dan band penganjur iaitu BRRU Project.
Setiap band hanya diberikan slot untuk dua buah lagu sahaja. Semasa band sedang membuat persediaan dan soundcheck, diadakan juga acara cabutan nombor bertuah.
 |
Mother Earth |
Aku kurang menumpukan perhatian kepada persembahan NV Unity dan Mother Earth ni kerana agak risau sebab Bob Kandar masih belum sampai, kes Bintulu banjir kilat. Waktu ini juga aku menerima info daripada Adi Herman mengatakan dia tak dapat hadir disebabkan persediaan menghadapi banjir kilat gelombang kedua.
 |
Pak Yep dengan Jackson Warrior-nya. |
Band ketiga yang membuat persembahan dan mula menarik perhatian pengunjung ialah band Bronze Earring yang diterajui oleh Pak Yep bersama rakan-rakan otai, antara perintis rock di Bintulu.
 |
Layan blues... |
 |
Ini bukan Goldberg dan Stone Cold Steve Austin ya. |
Dimulakan dengan instrumental blues, bak kata Pak Yep "roots of all rock genre". Kemudian lagu kedua
Soldier Of Fortune yang dinyanyikan oleh Din Glamour, keyboardist lagenda Bintulu.
 |
Din Glamour. |
Persembahan keempat pula ialah band Natas membawakan medley beberapa lagu slow rock tangkap lentok. Juga menghadapi beberapa masalah teknikal dan tuning sebelum dan semasa persembahan.
 |
Natas. |
Natas kemudiannya "melanggar peraturan" dengan menyampaikan lagu ketiga. Ketika ini aku dah mula resah gelisah selepas beberapa kali menerima sms daripada Mrs. Ijau menyuruh aku balik cepat sebab Lil'Ijau menangis mencari aku (kes takut gelap, bekalan elektrik terputus di rumah), sedikit sebanyak membuatkan mood aku jatuh merundum.
Ya, Azroy menjadi gitaris jemputan Natas untuk persembahan kali ni. Bassist berbaju Union Jack (Bro Awie) bakal
dipinjam diimport untuk persembahan MUP seterusnya menggantikan Adi Herman yang tidak dapat hadir.
 |
Kemerahan, efek lampu kelip-kelip. |
MUP menjadi band kelima membuat persembahan malam tadi. Kali ni Azrol dah mula pantas membuat soundcheck, setelah diajar cara soundcheck ekspress pada sebelah petangnya.
Persembahan kali ni MUP menyampaikan lagu
Air Mata Sang Naga Tears Of The Dragon tanpa iringan bass, agak akustik kecuali semasa solo dengan distorsi berat.
Lagu kedua, lagu cover wajib MUP -
The Troopers, yang disertai oleh "Steve Harris" jemputan Bro Awie daripada kumpulan Natas. Memang meletup-letup gallop bass dihentamnya. Seperti yang dijangka, part "ooo..." disahut oleh para pengunjung.
Habis sahaja persembahan, ketika aku sedang mengemas kelengkapan tiba-tiba nombor tiket aku (116) terpilih untuk cabutan bertuah yang keenam.
Kemudian selepas berkemas aku pun bergegas balik rumah disebabkan masalah yang telah dijelaskan di atas tadi, jadi tak sempat menyaksikan persembahan "main event" band penganjur iaitu BRRU Project.
Setibanya di rumah, bekalan elektrik dah kembali ada setelah terputus 45-50 minit. Hadiah cabutan bertuah tadi rupanya sehelai t-shirt berwarna merah (duh~) berlogo BRRU. Aiseh warna merah la pula... Nasib baiklah saiznya XXL, taklah diskriminasi saiz, sekurang-kurangnya dapat juga aku pakai nanti (pada masa-masa tertentu).
Tak lama kemudian, aku menerima sms daripada Bob Kandar mengatakan bahawa gitaris MUP (Azrol) menerima anugerah gitaris harapan disebabkan skill gitar dan umurnya yang agak muda. Ni mesti kes solo semasa lagu
Tears Of The Dragon yang sememangnya solo panjang yang ohsem...
Oh ya, tidak seperti kes
MBA di Terengganu, di Bintulu (dan mungkin di seluruh Borneo amnya) rock dan anak-anaknya (pelbagai genre metal) tidak dipandang serong. Bak kata Pak Yep "rock is an art form, we respect arts".
_____
Ada apa: Dah boleh tutup resume MUP untuk tahun 2013.