Antara Batuk Dan Tonsillitis


Kesinambungan entri Sabtu lepas.

Hari ni genap seminggu aku batuk-batuk, jarang aku batuk-batuk sampai seminggu, biasanya 3-4 hari dah baik (dengan hanya bantuan Strepsils dan UBCIDA). Tapi sejak semalam batuk aku dah lain macam bunyinya dan tekak aku terasa bengkak dan agak sakit kalau menelan makanan, terasa seperti ada sebiji bola pingpong melekat pada tekak aku.

Hari ni aku pi klinik jumpa Dr. Ben Dr. Y. Aku suka pi klinik Dr. Y ni sebab berbanding dengan doktor di klinik lain, biasanya selepas diagnostik aku dan Dr. Y akan bercerita mengenai simptom dan kebarangkalian punca masalah kesihatan yang dialami. Ikut pengalaman aku waktu kena otitis media dulu.

Mungkin disebabkan Dr. Y tau yang aku berlatarbelakangkan sains (kimia dan biologi) sebab tu agak mudah bagi beliau menggunakan istilah-istilah biologi.

Gambar hiasan di sebelah kanan, tekak aku taklah sampai teruk macam ni. Imej link dari Wikipedia.

Selepas diagnostik, Dr. Y mengesahkan tekak aku mengalami mild tonsillitis, iaitu sejenis jangkitan (infection) virus atau bakteria pada kerongkong.

Mungkin beberapa hari lepas aku batuk kuat sangat sampai tekak perit (mungkin luka) menyebabkan senang untuk mendapat jangkitan. Dan seperti jangkitan-jangkitan yang lain, ia biasanya diubati dengan antibiotik pada dos-dos tertentu beserta beberapa ubat lain untuk batuk, sakit tekak dan demam.

Secara percuma aku "dianugerahkan" cuti sakit oleh Dr. Y walaupun sebenarnya aku taknak cuti. Tapi dah dapat cuti tu, cuti sajalah...

_____
Ada apa: Petang nanti kena pergi ke ofis juga sebab nak jemput Mrs. Ijau balik kerja.

Snark Overdosed!


Entri hujung minggu khas untuk Korawk si kereta sapu, this is madness! Dah alang-alang ada dua unit, guna dua-dua sekali lah hahaha~

Tuning dalam gelap (tak gelap mana pun). Boleh buat lampu lip-lap *kalalait untuk Raya Haji nanti ni, hahahah~

Korawk, adakah anda berminat dengan Snark?

_____
Ada apa: *Kalalait = colour light.

Antara Batuk, Strepsils, Ibu Dan Anak


[Filler entry] Uhuk uhuk! Batuk sejak Isnin lepas, adakah ia "byproduct" daripada sessi jamming Metuk Ulau Projekt Sabtu lepas? Memang tak selesa bila batuk ni, lagi-lagi kalau terbatuk-batuk waktu tidur...

Dua jenama kegemaran aku yang agak berkesan untuk melegakan batuk ialah Strepsils Extra Strong (biru) dan Nin Jiom Pei Pa Koa atau lebih dikenali di Malaysia dengan nama Ubat Batuk Cap Ibu Dan Anak (UBCIDA).

Kelebihan UBCIDA ni berbanding ubat batuk lain ialah ia pekat seperti sirap dengan aroma badam. Selain dikonsum (dimakan/diminum?) seperti ubat batuk lain, ia juga sesuai dibancuh dengan air panas dan diminum seperti minum teh (teh herba lah kononnya).

_____
Ada apa: Siapa masih ingat iklan UBCIDA zaman Moero Attack dulu-dulu?

Ada Sesuatu Dari NoobAxe Guitars (Part 5)


Jumaat (28/10/2011) - Ditempah pada hari Selasa lepas dari Jo @ NoobAxe dan hanya dipos semalam (Khamis).

Aku terlupa pula hari Rabu Semenanjung cuti Deepavali sebab Sarawak tak cuti dan kami bekerja seperti hari-hari biasa (ada ura-ura supaya Sarawak diberi cuti umum untuk perayaan Deepavali, 1Malaysia maaa~).

Enough with Deepavali story, pembelian unggul (great purchase?) dari NoobAxe kali ni ialah Snark SN-2 (red model), clip-on chromatic tuner for all instrument.

Snark itself, manuals, pouch and CR2032 battery.

Dead Eye Guitars (DEG) buat masa ni tidak mempunyai stok model SN-2, sebab tu aku mencari penjual alternatif lain. Dan NoobAxe merupakan penjual kedua (in my *trusted online sellers list) yang ada menjual Snark.

Perbezaan utama antara model SN-2 (merah) dan SN-1 (biru) yang aku dah ada ialah model SN-2 mempunyai dua tuning mode, sama ada menggunakan VIB (vibration) gelombang getaran atau MIC (microphone) melalui gelombang bunyi, sama seperti fungsi yang ada pada Korg GA-1 tuner. Sebab tu tuner ni boleh digunakan untuk semua jenis instrument (hence the phrase "tuner for all instrument").

Gambar ni aku snap sambil bersiul (MIC mode),
ia memang sensitif pada perubahan pitch bunyi.

Selain perbezaan tuning mode, model SN-2 ni memiliki kelebihan dan kelemahan yang sama seperti model SN-1.

Kebelakangan ni aku dah suka tuner jenis clip-on berbanding jenis bar (GA-1, Pandora Mini) atau jenis pedal (yang pada B2 atau Pod X3), kelebihannya tak perlu nak sambung-sambung kabel, tak perlu tunduk, mudah alih boleh kepit sana-sini dan yang paling penting - ia comel :)

_____
Ada apa: *Mungkin kalau ada kesempatan aku akan buat entri pasal "trusted online sellers list" untuk panduan "noobie" yang lain.

Setawas Teriloji


Dah lama DVD ni terperap dalam almari aku di kampung (bersama-sama beberapa boxset yang lain - Sivaji, Robotech, dll). One of my favourite trilogy film(s) of all time...

Gambar diambil waktu aku balik kampung cuti raya beberapa bulan lepas, menyesal pula aku tak bawa DVD ni balik Bintulu.

To be continued...

_____
Ada apa: Siapa tak suka Star Wars?

Ada Sesuatu Dari LYN Street Mart (Part 2)


Isnin (24/10/2011) - Satu lagi "pembelian" melalui Lowyat.Net (LYN) Street Mart. Bukan, kali ni bukan pedal/stompbox gitar macam minggu lepas, tapi sebuah audio CD Roadrunner United The All-Star Sessions diperolehi dari user baldiajaib. Dengan keadaan yang agak memuaskan (8/10) pada harga RM20 termasuk kos pos, kira boleh tahan jugalah.

Issued under license to Roadrunner Records from The All Blacks BV. (P)&(C) 2005 The All Blacks BV. Manufactured and distributed by The Island Def Jam Music Group. Edaran di Malaysia oleh Sony BMG Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.

Tracklist

  1. The Dagger
  2. The Enemy
  3. Annihilation By The Hands Of God
  4. In The Fire
  5. The End
  6. Tired 'N Lonely
  7. Independent (Voice Of The Voiceless)
  8. Dawn Of A Golden Age
  9. The Rich Man
  10. No Way Out
  11. Baptized In The Redemption
  12. Roads
  13. Blood & Flames
  14. Constitution Down
  15. I Don't Wanna Be (A Superhero)
  16. Army Of The Sun
  17. No Mas Control
  18. Enemy Of The State

Waktu album ni dirilis pada tahun 2005 dulu, aku hanya mampu membeli versi kaset (sekarang ada di kampung) dari dB Music Komtar (kedai Aunty Alice), Penang. Waktu tu versi CD harganya dalam lingkungan RM40 memang aku tak berapa mampu nak beli.

Dan yang lucunya, kaset tu tak pernah aku pasang sampai sekarang, cuma pernah pasang sekali saja di premis dB Music enam tahun yang lepas...

Ulasan? Yang tu kena tanya yang pakar... Atau layari website Roadrunner. Tengah sakit selesema, tekak perit, sakit kepala, tak ada mood nak menaip lama-lama.

[Entri Mini] Selamat Deepavali

Selamat Deepavali kepada pembaca AADI yang merayakannya (atau yang tak merayakannya tapi dapat cuti). Mesti 2-3 hari ni banyak muvi Tamil yang best di TV! Disyumm!~

Tapi Sarawak tak cuti :(

_____
Ada apa: Susah dah nak layan lagu-lagu yang jenis growl sekarang ni.

Antara Jamming Dan Tolak Kereta


Satu peristiwa yang menarik, lucu dan memenatkan berlaku kepada kami selepas sessi jamming Metuk Ulau Projekt v2.0 Sabtu lepas.

Enjin kereta Bob Kandar (Kenari "Djarum Black") tak dapat dihidupkan (low-bat), pada mulanya hanya aku dan Azrol saja yang jadi mangsa menolaknya disebabkan geng-geng bas sekolah MUUV yang lain masih lagi melepak borak-borak di depan Z-Studio. Hampir separuh Li Hua Plaza kami tawaf sambil menolak Kenari Bob Kandar ni, namun usaha kami sia-sia belaka.

Kemudian pertolongan daripada geng-geng MUUV yang lain diperlukan, ramai-ramai tolak kereta tapi masih tak menjadi.

Dipendekkan cerita, akhirnya atas "kepakaran" geng-geng MUUV yang ada, enjin Kenari Bob Kandar dapat dihidupkan menggunakan teknik jump start dengan bantuan bateri daripada kereta sapu. Nasib baiklah Adi Herman ada simpan jumper cable dalam keretanya.

Kebelakangan ni Imago aku pun dah mula menunjukkan tanda-tanda low-bat, dah lima tahun (sejak dibeli) bateri Imago aku masih lagi bateri yang asal...

_____
Ada apa: Bob kata "inilah akibat engkar perintah isteri" hahaha...

Sessi Jamming Metuk Ulau Projekt (Part 2)


Sabtu (22/10/2011) - Setelah mendapat persetujuan sebulat suara, sessi jamming kedua kolaborasi antara Hepi;) dan Metuk Ulau Projekt berlangsung di Z-Studio, Li Hua Plaza bermula pukul 4.50 petang (setting dan soundcheck pukul 4.30) dan berlarutan sehingga dua jam.

Gambar-gambar untuk sessi ni adalah hakmilik MUUV, sebab ia diambil menggunakan kamera Nikon Coolpix kepunyaan Adi Herman. Kamera aku tertinggal dalam kereta (mati-mati aku ingatkan kamera aku hilang!).

Setlist, bias kepada Iron Maiden dan Wings...
(Erk? Jerat Percintaan?)

Line-up

  • Bob Kandar - Drums
  • Adi Herman - Bass
  • Azrol - Gitaris utama
  • Korawk - Gitaris kedua
  • Aku - Vokal, merangkap "gitaris ketiga"

Warm-up dan soundcheck sambil menanti bassist yang lambat datang.

Dan seperti yang telah dibincangkan, sessi kali ni kami cuba menjalankan eksperimen "triple-guitar attack" (three amigos?). Terima kasih pada tauke Z-studio kerana dapat menyediakan kabel tambahan untuk rig "gitaris ketiga" yang disambung terus ke mixer studio.

Adi Herman yang datang setengah jam kemudian terpaksa menggunakan bass studio (Stagg B300-BK disambung pada amp Fender Rumble 75) disebabkan bass barunya masih lagi diservis (upgrade?) di Zoso Music.

Satu fakta yang menarik tentang sessi kali ni ialah semua ahli (kecuali Adi) membawa equipment sendiri - bagus, semangat macam ni lah aku suka, ada komitmen.

Bob Kandar membawa double-pedal sendiri, dari pengalaman sessi yang lepas studio ni tidak menyediakan double-pedal.

Azrol menggunakan Ibanez GRX40 dan Digitech RP55 yang disambung pada amp Kustom KG100FX212 #1.

Sedikit cerita pasal setlist:

  • Lagu yang tak tersenarai dalam setlist tapi menjadi - Gadis Bertudung Putih, About A Girl, Breed, Smells Like Teen Spirit, I Don't Belong Here (instrumental).
  • Lagu yang ada dalam setlist tapi separuh jadi - Gaban, Puppets/Creeping medley, Caught Somewhere In Time.
  • Lagu yang tak menjadi langsung! - Alone Again, Lump, Jerat Percintaan, hahaha!
  • Macam biasa, kadang-kadang aku terlupa lirik atau lirik tunggang-terbalik (terutamanya lagu Ranggi Metropolis).

Korawk menggunakan Samick Gregg Bennett Les Paul Custom copy dan Behringer UM300 (studio punya) disambung pada amp Kustom KG100FX212 #2.

Eksperimen "triple-guitar attack" memang menjadi, disebabkan ketiga-tiga gitaris mempunyai cara permainan dan skill yang berbeza. Azrol dengan precision attack dan shredding solo, Korawk dengan rhythmic licks, manakala si "gitaris ketiga" cuma menjadi background/ambiance strummer.

Si "gitaris ketiga" yang menggunakan Ibanez RG350M "Replacement" (Goldie direhatkan), Modtone Speedbox, Behringer FX600 dan GDI21 disambung terus ke mixer studio.

Tempoh dua jam "non-stop" memang memenatkan (dah tua?), kualiti vokal aku pun mulai menurun selepas satu jam. Untuk sessi-sessi yang akan datang, tempoh jamming mungkin dikurangkan kepada satu jam atau satu setengah jam sahaja.

Tapi perasaan puas hati memang ketara. Ada kebarangkalian sessi macam ni akan menjadi acara bulanan, dengan percubaan beberapa lagu cover yang lain.

_____
Ada apa: Dan yang pasti lepas jamming ada insiden yang agak lucu dan memang memenatkan...

Ada Sesuatu Dari LYN Street Mart


Jumaat (20/10/2011) - Menerima sebuah bungkusan poslaju yang berisi Behringer GDI21 V-Tone guitar driver DI.

Diperolehi dari forum Lowyat.NET (LYN) Street Mart. Dijual oleh seorang LYN user yang tidak lagi menggunakannya (pedal berusia 6-7 bulan) dan dijual pada harga 56% daripada harga asal (juga disertakan dengan salinan resit dari Music Master Studio).

Ia diterima bersama-sama manual dan bungkusan asal. Secara fizikalnya ia masih nampak 95% baru, nampak ketara macam tak pernah dipijak, mungkin cuma ditekan dengan tangan (bedroom player?).

Dan kebetulan aku memang GAS dengan pedal ni (entri beberapa hari lepas). Ia memang pedal yang serbaguna, berfungsi sebagai:

  1. Guitar amp modeler - imitasi bunyi tiga amp terkenal (California, British, Tweed) dengan tiga mode amp (clean, high gain, hot wired) pada tiga kedudukan mikrofon maya (classic, centre, off-axis). Dengan kata lain, ada 27 konfigurasi untuk dipilih.
  2. Preamp - dengan dua EQ; TREBLE dan BASS beserta LEVEL (output volume) dan DRIVE untuk mengawal "gain" ketiga-tiga mode amp.
  3. DI unit - fungsi utama yang sangat-sangat aku perlukan.

Cerita lebih lanjut sila layari website Behringer ataupun blog Bro Sub ni.

1/4" input (left), XLR balanced output, 1/4" normal output (right).

Pedal ni sebenarnya merupakan klon pedal Tech 21 SansAmp GT2, tapi dengan tambahan XLR balanced output (fungsi yang tiada pada GT2) yang membuatkannya juga boleh berfungsi sebagai DI unit walaupun pada bypass mode.

Kelebihan

  1. Harga yang ekonomi, 1/4 daripada harga pedal asal yang diklon (SansAmp GT2).
  2. Serbaguna, tiga fungsi dalam satu pedal - amp modeler, preamp dan DI unit.
  3. Ruangan bateri (battery compartment) yang senang diakses dan dibuka.
  4. Emergency (backup) distortion pedal - ketika pedal distortion utama meragam... Pilih CALIF/BRIT pada HOT channel dan pulas tombol DRIVE semaksimum yang boleh.
  5. Juga boleh digunakan untuk instrument lain - bass, keyboard dan mikrofon.

CALIF (Mesa/Boogie?), BRIT (Marshall?), TWED (Fender?).

Kelemahan

  1. It's plastic - standard Behringer pedals' trademark.
  2. Hanya amp model TWED pada CLN channel saja yang sesuai untuk main clean, model CALIF dan BRIT menghasilkan bunyi distortion walaupun menggunakan CLN channel dan tombol DRIVE pada kedudukan pukul 7-9.
  3. Kenapa mesti warna biru?

Ruangan bateri di bahagian bawah yang senang dibuka, tak perlu nak buka guna pemutar skru seperti dua pedal aku yang lain (EHX Bass Blogger, Modtone Speedbox MT-DS).

Disebabkan kebelakangan ni amat susah untuk jamming di Hepi;) makeshift studio, opsyen utama ialah untuk jamming di studio sewa. Tapi memandangkan studio jamming sewa biasanya hanya memiliki dua amp gitar, amat susah untuk kugiran yang memiliki tiga orang gitaris (three amigos?) untuk mengasah bakat mereka.

Jadi, cara penyelesaian yang mudah ialah "gitaris ketiga" terpaksa menggunakan amp modeler yang disambung terus pada mixer/PA system studio, sebaiknya menggunakan output XLR. Di sinilah pedal GDI21 ni memainkan peranan utamanya...

My simple jamming rig - GDI21, FX600, Speedbox MT-DS.

Speedbox untuk distortion, FX600 untuk efek-efek chorus, delay dan pitchshift. GDI21 pula untuk amp modeling (personal favourite - TWED, CLN, CNTR), kira dah cukuplah untuk "gitaris ketiga". Nak guna Pod X3 di studio jamming sewa dah kira terlampau "overkill" pula kan?

Dulu aku pernah ada pedal BDI21, waktu tu aku belum ada amp bass. Bass rig aku disambung terus pada PA system melalui pedal tersebut. Tapi ia dah di"let-go" bila aku dah ada Oren Besar.

_____
Ada apa: Dan pedal ni dah digunakan untuk sessi jamming Metuk Ulau Projekt petang tadi.

Dokken - Tooth And Nail


Semalam menerima "surat" bersetem dari Kanada, tak lain tak bukan hasil pembelian dari eBay, berisi CD album studio kedua Dokken - Tooth And Nail. Berteromber mesti suka ni kan?

Ia tidak dipos bersama-sama jewel case, alasan penjual adalah untuk mengurangkan kos penghantaran (postage cost). Tapi kalau ikut pengalaman eBay aku, kalau setakat US$5.55 memang dapat hantar CD bersama-sama jewel case.

Tapi tak kisahlah sebab CD yang diterima memang dalam keadaan memuaskan walaupun ia cuma berharga US$0.99 dan merupakan cetakan pertama (first pressing yo~). Sebenarnya aku joybid CD ni (max bid US$1.20), tapi disebabkan tak ada orang lain yang bid, paham-paham sajalah...

eBay purchase info

  • Purchased from: dalethewhale2008
  • Location: Canada
  • Condition: used
  • Price paid: US$0.99+5.55 (RM21.64) menang bid
  • Ordered: 2/10/2011
  • Received: 20/10/2011
  • Label: (P)(C) 1984 Elektra/Asylum Records
  • Made in: US
  • Manufacturer: WEA Manufacturing Inc.

Seperti aku pernah cerita dulu, aku mengenali Dokken bukanlah pada era kegemilangan mereka pertengahan 80an dulu, tapi pada awal millennium waktu rajin dengar Braingell Radio.

Gambar awal 80an, zaman ni Lynch belum lagi guna ESP, masih guna Charvel atau Aria kot? Fesyen 80's Rock macam ni aku boleh terima lagi (dan masih sesuai hingga sekarang) berbanding fesyen Glam Rock mereka macam dalam album Under Lock And Key.

Tracklist

  1. Without Warning (instrumental intro)
  2. Tooth And Nail
  3. Just Got Lucky
  4. Heartless Heart
  5. Don't Close Your Eyes
  6. When Heaven Comes Down
  7. Into The Fire
  8. Bullets To Spare
  9. Alone Again
  10. Turn On The Action

Aku suka lagu-lagu seperti yang terdapat dalam album kompilasi The Very Best Of Dokken iaitu Tooth And Nail, Just Got Lucky, When Heaven Comes Down, Into The Fire dan lagu berhantu Alone Again.

Lagu-lagu lain terasa janggal sebab pertama kali aku dengar, kecuali instrumental intro George Lynch - Without Warning yang memang menusuk kalbu, terasa macam ada lenggok solo gitar dalam lagu Alone Again.

Ini merupakan CD Dokken yang keempat selepas The Very Best Of Dokken, Beast From The East dan Erase The Slate. Hmm... Nak kumpul ke tak nak kumpul? Btw, aku memang jealous tengok boxset Dokken DarkShah si Awan Hitam ni!

_____
Ada apa: Sessi jamming esok nak cuma eksperimen lagu Alone Again guna standard tune.

Pedal Blues


TerGAS untuk mendapatkan dua buah pedal (stompbox) berwarna biru ni...

Behringer GDI21 V-tone guitar driver DI.

Danelectro Cool Cat chorus.

Imej-imej link dari website DV247.com

_____
Ada apa: Pedal-pedal murah je ni...

Bayley And The Clansman


[Filler entry] Entah kenapa beberapa hari ni aku tak ada idea nak buat entri blog. Dah terbiasa buat entri sehari sekali (efek 1H1E1M dulu), kalau tak buat entri rasa lain macam, apa kata kita layan YouTube sajalah...

The Clansman "cover" by Blaze Bayley (band).

Aku rasa lagu The Clansman ni memang sesuai dengan suara Bayley yang garau, walaupun abang Bruce (Dickinson) boleh menyanyikan lagu ni dengan lebih baik (pada note yang tinggi) sewaktu konsert, tapi aku lebih suka versi studio (dari album Virtual XI) yang menggamet memori ketika tahun kedua aku di USM (circa 1998).

Agaknya memang Harris cipta lagu ni untuk disesuaikan dengan suara Bayley kan?

_____
Ada apa: Up the Blaze! \m/

Pod X3, Si Kacang Merah


Hmm... Macam mana aku nak buat ulasan (review) pasal benda ni? Kali ni aku rasa lebih kepada cerita berbanding ulasan. Well, here goes...

Dah lebih dua bulan aku miliki benda ni - Line 6 Pod X3 (discontinued) guitar multi-effects processor "the most powerful Pod ever!" (before Pod HD Desktop came out though). Dengan bentuk yang seakan-akan kacang dan berwarna merah, ia lebih dikenali dengan nick "red bean" (kacang merah).

Banyak cerita disebalik pembelian benda ni - GAS bermula dari sini, tapi "out of stock + discontinued" di CK Music (as told by Bro Amizan), kemudian tempah (berdeposit) dari Engbok of yNot Studio (via MMO Music), tapi pembeliannya terbengkalai beberapa bulan sebab aku sibuk dengan Projek Mega 2011 ketika itu, dan paling lucu bungkusannya tersesat sampai ke Tawau! WTF?

Bila dapat tahu ia dah "sold-out" di CK Music, aku cuba mencarinya di tempat lain. Habis satu Malaysia aku cari benda ni (secara online lah), lepas survey cuma di MMO Music saja ia dijual dengan harga yang murah (semurah harga CK Music Year End Sale).

Dan beberapa hari selepas aku tempah dari MMO Music, tiba-tiba Bro Amizan SMS masih ada lagi satu unit benda ni di CK Music (display unit dalam entri ni?). *Sigh~* dah memang rezeki MMO Music nak buat macam mana? Lagipun MMO Music pun order stok dari CK Music juga kan?

Isi kandungan - The Pod itself, AC adapter (whopping 2000mA!), USB cable, thick pilot's manual (five languages), model gallery, warranty card and registration card. Err... Mana installation/software CDs?

Soalan khas untuk Abang Ben Dr. Ben - Waktu bro beli Pod X3 Live dulu ada dapat apa-apa CD tak?

Menurut kata Engbok, sekarang dah tak pakai CD, semua driver dan sofware main download dari website Line 6 je (yeke?).

Some knobs and buttons.

Akupun secara jujurnya baru terokai (explore) 40-50% daripada fungsi Pod X3 ni - guitar/bass effects, vocal effects, dual-tone, two rigs at once. Bab Pod Farm dan digital recording belum lagi aku cuba. Aku belum pandai main gitar/bass, malu nak rakam... Tapi aku memang suka bab-bab sound engineering dan teknikal gitar.

Second input - khas untuk equipment yang menggunakan
soket XLR, contohnya mikrofon.

Selalunya waktu jamming dengan rakan-rakan (sama ada Hepi ;) ataupun Metuk Ulau Projekt) memang 80% aku yang jadi vokalis merangkap bassist (atau kadang-kadang third guitarist). Jadi kalau dapat kawal kedua-dua efek (bass dan vokal) pada masa yang sama tanpa perlu membawa pedal efek yang berlainan (terutamanya efek vokal yang mahal dan susah nak cari), ini sudah kira bagus!

Sebab tu fungsi dual-tone (one instrument with two sound settings) dan two rigs (guitar+vocal or bass+vocal or guitar+bass or guitar+guitar) merupakan punca utama kenapa aku suka Pod X3 ni.

Perbandingan saiz dengan netbook Lenovo S10-2 aku.

Nak cerita apa lagi eh pasal Pod X3 ni? Terlalu kompleks dan teknikal untuk cerita semuanya dalam satu entri blog ni. Mungkin aku akan sambung lagi dalam entri yang lain secara berperingkat (kalau ada masa dan idea).

To be continued...

[Edited @ 9.00 am] Pod HD (300, 400, 500, Desktop) boleh guna untuk bass dan vokal juga ke?

_____
Ada apa: Apa? Alang-alang Pod HD terus?

Ada Apa Dengan Boboi Boy?


Baru lepas menonton siri animasi 3D Boboi Boy di TV3 sekejap tadi...

Walaupun dah lama disiarkan (Astro pun ada siarkan kan? Channel apa?) tapi baru beberapa episod kebelakangan ni (semenjak episod pertama disiarkan semula 2-3 minggu lepas) aku TERlayan. Kalau aku pun terhibur tengok siri ni, pasti golongan sasaran pun lagi super-duper terhibur!

Imej link dari website Ezy4u.org

Nampaknya industri animasi kita dah pergi jauh semenjak Keluang Man menggegarkan Malaysia suatu ketika dahulu...

Yang pasti, dubbing dan sound effects dalam siri Boboi Boy ni jauh lebih bagus, berkualiti dan "terbaek!~" jika dibandingkan dengan sebahagian besar filem-filem tempatan.

Info lebih lanjut, Google saja Boboi Boy.

_____
Ada apa: Gopal memang FTW!

4x10 Cabs Project, TTK Style!


Hari ni aku tak ada idea nak buat entri, kita layan YouTube dari TTK sajalah...

Nice info from The Tone King!

_____
Ada apa: Nak cari empat unit speaker (cap ayam) 16 ohm...

Ada Apa Dengan Hartke VXL Bass Attack?


Sejak terjerumus hampir tiga tahun yang lepas, aku memang *GAS sangat dengan benda ni. Tapi tiap kali bila tibanya CK Music Year End Sale (YES), dana-dananya dibelot oleh benda lain.

YES 2009 ia dibelot oleh B2 dan Satchurator, YES tahun lepas pula dibelot oleh G1u. Maybe it's not a priority in my bass rig during that time... Harap-harap ia tidak lagi dibelot oleh benda lain yang tersenarai dalam katalog YES CK Music tahun ni.

*GAS - gear acquisition syndrome.

_____
Ada apa: Tapi aura G3 macam dah melambai-lambai...

Nirvana - Bleach


Dah lama tak buat entri pasal CD eBay, kali terakhir bulan April lepas dengan CD Oasis album (What's The Story) Morning Glory? Pagi semalam aku menerima bungkusan dari UK yang mengandungi CD album studio pertama Nirvana iaitu Bleach.

Dulu waktu aku rancak ber-eBay-holic susah pula nak dapat CD Bleach ni dengan harga yang murah (even for a used CD). Bila dah kurang rancak...

eBay purchase info

  • Purchased from: ianccc501
  • Location: UK
  • Condition: used
  • Price paid: £2.20+2.75 (RM25.37) menang bid
  • Ordered: 30/9/2011
  • Received: 12/10/2011
  • Label: (C)(P) 1989 Sub Pop Records
  • Made in: Germany
  • Manufacturer/Distributor: Warner Music Manufacturing Europe

CD masih tiptop walaupun berlabel 1989 (first pressing?).

Tracklist

  1. Blew
  2. Floyd The Barber
  3. About A Girl
  4. School
  5. Love Buzz
  6. Paper Cuts
  7. Negative Creep
  8. Scoff
  9. Swap Meet
  10. Mr. Moustache
  11. Sifting
  12. Big Cheese
  13. Downer

Lagu-lagu dalam album ni tak banyak yang aku dapat layan sekarang ni, mungkin setakat About A Girl (pasti!), Love Buzz dan Negative Creep. Muzik genre Grunge macam ni tak berapa melekat lagi, tapi kalau 15 tahun yang lepas lain cerita... Waktu jiwa remaja penuh kacau bilau. Well, who doesn't like Nirvana in the 90's?

Sebenarnya koleksi discography CD Nirvana aku semua dah aku let-go sebelum Projek Mega 2011 dulu kepada seorang rakan se-MUUV, jadi album Bleach kali ni pun sebenarnya dipesan oleh rakan yang sama untuk melengkapkan koleksi tersebut.

Bagi aku zaman Nirvana sudah lama berlalu, yang tinggal pun mungkin beberapa lagu yang evergreen yang sesuai dibawa waktu jamming - Smells Like Teen Spirit, Come As You Are, About A Girl dan beberapa lagu lain versi unplugged. Walaupun demikian, aku masih lagi menyimpan koleksi-koleksi Nirvana dalam bentuk kaset atas nilai-nilai estatika dan nostalgia (dulu nak beli kaset harga RM10-15 memang susah ooo~).

Thank you Nirvana, for your eternal legacy...

_____
Ada apa: I need an easy friend.

Masa Untuk Panik! (Part 3)


Hampir empat jam baru selesai segala urusan - pendaftaran, medical check-up, ceramah, dll...

Nasib baik Klinik Kesihatan Bintulu ni tak berapa jauh dari tempat aku kerja (dalam 3-4km). Drop-off Mrs. Ijau pukul 7.45 pagi kemudian pi kerja dulu, dalam pukul 11.30 pagi (lepas dapat SMS) jemput Mrs. Ijau balik.

Nanti bila bangunan Klinik Kesihatan Bintulu yang baru dah siap, lagi dekat dengan tempat aku kerja (tak sampai 1km).

_____
Ada apa: Panik dah berkurangan...

Antara Jamming, Dilema, Kekangan Dan Alternatif


Suatu ketika dulu aku pernah tengok video ni dalam entri blog krenmaut. Best juga kalau ada jamming (cum recording) studio macam ni...

Lupakan sejenak studio Iron Maiden yang canggih dan mahal tu, kembali ke alam nyata...

Kebelakangan ni dah agak susah nak jamming di Hepi ;) makeshift studio atas kekangan-kekangan keluarga (tak dapat nak jamming sampai tengah malam macam dulu-dulu), equipment (PA system rosak) dan birokrasi (bilik selalu digunakan untuk analisis di hujung minggu - it's a scientific instruments room in the first place).

Alternatif lain ialah untuk jamming di studio sewa, di bintulu ni aku dengar-dengar (daripada rakan-rakan seperMetalan) ada sebuah lagi studio jamming yang baru dibuka namanya K-Jamm Studio.

Imej link dari Facebook MUUV.

Kini kugiran-kugiran tempatan di Bintulu tak kira apa genre (contohnya Hepi ;), Metuk Ulau Projekt, Korawk Band) mempunyai pilihan lain untuk jamming selain Amazika dan Z Studio. Hujung minggu ni nak survey equipment apa yang ada di K-Jamm Studio, adakah lebih "advance" berbanding Z Studio?

Seperti yang ditonton dalam entri Geng Kereta Sapu.
Kadang-kadang aku malu tengok video ni ;)

Kalau ada rezeki dan tempat yang tetap, teringin juga nak buat studio macam studio Wings dalam VCD Teori Domino Revisited Jamming Session. ataupun macam Flying Rock Studio (Kuching) ni...

Kalau ada tempat macam ni (ruang yang luas), beranilah juga nak beli half-stack amp (jenama/model apa?) hehehe...

_____
Ada apa: Pi mai pi mai tang tu akhirnya guna Micro-Cube juga...

Paschendale


Aku terjumpa t-shirt ni dijual di gerai-gerai t-shirt E-Mart, Permyjaya Miri (tidak berapa jauh dari Pusat Rawatan Cinta).

Paschendale beb! Walaupun Siam mari (non-official), tapi grafiknya memang cantik. Harganya pun 'cantik' lebih kurang separuh harga t-shirt TNOTB yang aku beli dari Immortal Infinity awal Februari dulu.

Tapi bab saiz memang buat sakit hati, memang diskriminasi! Saiz paling besar cuma M, aku pakai saiz XL, kalau saiz L pun mungkin aku boleh sumbat lagi. In the end, aku beli t-shirt bergrafik BOTB (yang aku pakai waktu jamming ni), itu saja yang ada saiz L (saiz XL langsung tak ada).

T-shirt bergrafik Iron Maiden lain yang ada dijual - The Trooper, FOTD, AMOLAD dan Benjamin Breeg.

Selain Iron Maiden, t-shirt bergrafik Metallica, Megadeth, Motorhead, AD/DC, Angry Birds, Gibson, Fender, Ibanez, Pearl, Marshall pun ada, tapi saiz...

_____
Ada apa: T-shirt lain aku tak sempat snap...

Bass Talk: Ibanez Destroyer Bass DTB100


Tak aci! Model limited edition ni cuma ada di website Ibanez USA, di website Ibanez Asia (Tenggara) tak ada! Memang tak aci!

Drawback(s):

  • B10 bridge (Gio basses bridge).
  • Solitary Ibanez STD P (P-Bass style) split pickup.
  • Only available in candy apple (CA) finish, ewww~
  • Regional offering.

Ibanez Destroyer Bass, DTB100 CA

Tapi daripada spesifikasi, model ni berspesifikasi model entri, no wonder it was a "100" series (DTB100CA). Mungkin harganya juga dalam linkungan harga Gio series. Kalau ada ditawarkan di Asia Tenggara, bergegar lutut juga kawan kita yang seorang tu...

All DTB100 images linked from Ibanez USA

Lebih kurang macam Destoyer Adrian Smith dulu-dulu...

_____
Ada apa: ART200FM yang limited di Asia pula jadi model standard di US sana, apa nak jadi?

Ada Apa Dengan Ayam 100 Plus?


Ni kes terpaksa jadi tukang masak secara "bidan terjun", walaupun pandai memasak tapi aku memang malas memasak. Dan cara paling senang kalau malas memasak (macam aku) ialah memasak menggunakan oven elektrik.

Perap ayam dan bahan-bahan lain (termasuk 100 Plus?) selama 5-10 minit, kemudian pindahkan ke dalam dulang oven beralaskan kertas aluminium dan masak di dalam oven (yang sudah dipanaskan sebelumnya) selama 15-20 minit pada suhu 180⁰C.

Rasanya? Lebih kurang macam rasa ayam masak merah, lantaklah sedap ke tak sebab aku seorang saja yang makan...

Mrs. Ijau dah mula alergi dengan bau dapur, lebih-lebih lagi bau bawang dan bau sinki. Masa untuk panik!

_____
Ada apa: Nampaknya lepas ni kena beli microwave oven jugalah untuk menyenangkan diri...

Ada Apa Dengan Crinson Music?


[Filler entry] Coming soon...

Yes, it's CRINSON not CRIMSON.

Location: To be revealed later.

_____
Ada apa: Aku nak buka gerai Grüne Katze Corner la lepas ni.

Guitar Talk: LTD Entry-Level Forests


Dua model gitar entri LTD F-Series (Forest), F-50 dan F-10.

Berpandukan katalog ESP 2011 dan website ESP Guitars sebagai rujukan - antara model F-50 dan F-10 ni macam tak ada perbezaan langsung, selain varian dan konfigurasi pikap iaitu LH-150 pada F-50 dan LH-100 pada F-10 (neck pickup was rail version in singlecoil size).

LTD F-50

LTD F-10

Tapi harga F-10 hampir separuh daripada harga F-50! Apa yang membuatkan F-10 lebih murah berbanding F-50? Harap-harap ada kaki gitar (guitar enthusiast) atau tauke gitar yang boleh jawap...

F-10 juga ditawarkan dalam bentuk pek permulaan (starter pack) bersama-sama amp, gigbag, tuner, kabel, strap dan pick.

All images linked from DV247.com

_____
Ada apa: Nasib baik model ni tak masuk dalam senarai LTD wishlist aku...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (56) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (16) alice (12) amcorp mall (12) amplifier (165) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (71) anniversary (161) anthrax (1) arlo (9) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (15) bag/case (87) barbarik (1) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (8) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (351) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (37) blades (5) blaze bayley (31) blind guardian (22) blogging blues (75) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (71) botb (21) bourns (4) boxing (39) brado guitars (7) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (25) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (26) ck music (63) cleartone (3) cog (11) coke (5) coklat (19) cola (13) compilation (69) conception (2) console games (35) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (16) d'addario (60) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (4) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (66) dio (4) disturbed (3) dk2 (6) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (24) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (6) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (290) energy drinks (52) engrish (8) entwistle (10) environment (39) epiphone (177) erectus (18) ernie ball (43) es-335 (2) esp/ltd (235) estock (72) evanescence (1) everlast (4) evh (2) exists (8) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (92) fear factory (3) fender (20) filler entry (47) fishman (3) flashback friday (42) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (30) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (25) fusion (3) g-hr3-68 (1) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (50) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (129) gator (26) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (26) gig (122) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (1) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (89) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (6) hammerfall (19) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (9) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (30) ibanez (229) icb200ex (15) iced earth (10) icon (46) imago (73) imitation (3) in flames (7) instagram (53) insulter (5) inverno (29) iron maiden (171) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (313) j5 (15) jackson (75) jamming (159) jamtank (46) jepak (9) jim dunlop (82) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (6) kakis store (4) kamelot (27) karisma (4) kaset (37) kawan (380) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (108) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (8) kucing (6) kustom (4) lace (20) laney (39) larrong (9) lawas (5) lazada (34) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (82) lil (46) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) mackie (1) maiden tribute (29) majestica (5) makan/minum (613) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (17) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (12) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (66) melaka (13) membakut (48) memori (448) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (20) mooer (2) motorhead (9) movie (103) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (169) music bliss (28) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (13) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (86) new album (31) new gear (249) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (120) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (20) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (42) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (76) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (360) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (62) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (19) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (98) pickups (211) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (7) planet waves (19) playstation (32) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (22) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (9) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (27) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (113) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (25) restring therapy (108) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (2) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (8) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (53) shopee (43) sibu (7) sick puppies (5) signboard (21) silica gel (7) silvia (23) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (10) slipknot (2) smr (7) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (32) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (15) stewmac (6) strap (35) street jam (2) strings (181) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (14) super album (103) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (34) sx (10) sze chan (1) t-shirt (66) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (18) tech21 (11) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (36) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (41) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (17) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (134) tribute (61) trivium (21) tsb6 (7) tuner (38) tv (33) ugly kid joe (3) ultra swede (7) usm (7) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (474) wrestling (12) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (7) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger